Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, December 31, 2017

Mandi Sungai @ Sungai Lopo, Hulu Langat

Sambil-sambil melihat Khadija dan Khairin ikut aktiviti kem, kami sebenarnya tak tahu nak buat apa sebab sampai je kat Sungai Lopo petang tu, hujan turun dengan lebat dan tak berhenti.  Keadaan memang sejuk dan dingin kat sana tambahan pula kawasan Hulu Langat ni berhampiran dengan bukit-bukau.  Sampai tengahari pun masih ada kabus menebal di situ.  Agak bosan juga sebab tak tahu apa nak buat selain daripada menonton televisyen (nasib baik ambil chalet yang ada TV).  Nak mandi sungai lepas hujan berhenti pun tak boleh, sebab air sungai agak keruh dan deras.

Kalau ikutkan kami nak singgah sahaja ke rumah Saleha @ mak lang Leha mereka (adik saya) yang duduk di Batu 22, Hulu Langat.  Tak jauh pun dari Sungai Lopo yang terletak di Batu 23.  Tapi disebabkan rumah Saleha tak ada air dan ada kerja-kerja penggalian tanah untuk buat perigi bagi  mendapatkan punca air bersih, makanya hasrat nak ke rumah dia dibatalkan kerana khuatir akan menyusahkan tuan rumah pula.
























Alhamdulillah, cuaca pagi esoknya agak baik.  Kami keluar seawal jam 7.15 pagi untuk 'berjogging' kononnya.  Tapi disebabkan ada Muhammad Harraz, larian kami agak terhad dan terbatas.  



Selesai beriadah, kami sarapan pagi di gerai berhampiran.  Lebih kurang pukul 9.00 pagi baru kami berani masuk sungai sebab air sungai terlalu sejuk.










Untunglah Harraz, kakak-kakak tak ada.  Abah layan dia seorang, semua kehendak dia abah turutkan.
























Dalam pukul 10.00 pagi,  mak lang Leha sekeluarga datang ke chalet kami bawa makanan.  Aqilah, Angah dan Irfan pun walaupun orang Hulu Langat tapi boleh dikira berapakali sahaja mereka mandi sungai. Bila dapat peluang macam ni, apalagi mereka pun sama ikut terjun sungai.


Percutian kali ni yang pada saya fokus kepada mandi sungai.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...