Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, February 27, 2017

Muhammad Harraz @ 2 Years 4 Months

Alhamdulillah.  'Handsome boy' mama semakin hari semakin besar.  Harraz dah semakin pandai bercakap dan menjawab bila ditanya.  Harraz paling 'obses' dengan Ultraman.  Pada pandangan dan perbandingan mama, perkembangan Harraz sama seperti kakak-kakak dia.  Pada mama, Harraz anak yang bijak.















Setakat ni, Harraz pantang nampak abah sibuk buat kerja di luar.  Apa yang abah buat, dia pun nak buat sama.  Semoga 'kerajinan' Harraz ni berkekalan sampai dia besar nanti.














Harraz anak harapan mama dan abah untuk jaga halaman rumah nanti.














Nilah yang dikatakan 'like father, like son'.























Harraz ni kalau demam pun tak banyak songeh. Senang sangat nak jaga Harraz.  Waktu tidur dia seawal jam 8.00 malam.  Bangun pulak seawal jam 5.00 pagi.  Bila dah bangun pun tak banyak hal, buatkan saja sebotol susu dan Harraz akan baring atau ikut abah solat Subuh kat surau.























Sekarang ni skuter nilah mainan Harraz.  Skuter yang wan belikan sorang satu kat cucu-cucu kecil dia.























Mama doakan Harraz menjadi anak yang sentiasa menyenangkan hati mama dan abah, anak yang soleh, anak yang bijak serta berjaya di dunia dan akhirat.







Welcome KT @ Kathy

Akhirnya, apa yang diidamkan Khadija dan Fatihah dapat juga.  Nak bela anak kucing sebabnya anak kucing comel.  Kalau diikutkan saya juga sukakan kucing.  Suka tengok sahaja tapi bukan bela sebab saya tak suka bau busuk najis kucing.  

Kisah kami bela kucing ni bermula dengan kedatangan anak kucing ni ke rumah mak @ wan.  Entah dari mana, tiba-tiba muncul mengiau-ngiau.  Samada anak kucing ni sesat atau pun dibuang orang, itu kami tak pasti.  Masa kat rumah mak tu anak kucing ni hanya dibiarkan di luar rumah sahaja.  Mak dan mak lang hanya berikan dia susu dan makanan kucing.  Tempat tidur si kucing pula merata tempat tapi tempat 'favourite' dia dalam tayar kereta.  Dua, tiga hari juga saya lihat anak kucing ini tak tentu arah, dengan bulu yang kotor dan mengiau-ngiau, mungkin kelaparan atau ketakutan.  

Balik sahaja rumah, saya ceritakan pada Khadija dan Fatihah.  Mereka berdua teruja dan beria-ia minta bawa balik rumah sebab nak bela.  Bila tanya abah Hakim, dia bulat-bulat menolak, tak nak masuk campur sebab kata dia nanti bila ada kucing akan menambahkan komitmen untuk mengurus kucing pula.

Namun, disebabkan rasa kasihan yang tinggi...... saya dan Khadija tekad untuk bawa balik anak kucing tu.  Sebelum nak bela anak kucing tu, segala persiapan dan kelengkapan untuk anak kucing kena disediakan.  Makanya, petang Jumaat tu balik dari pejabat terus sahaja kami ke kedai binatang untuk beli sangkar dan makanan untuk si kucing.  















Selain sangkar dan makanan kucing, susu dan pasir untuk buang najis kucing pun saya beli.  Loceng untuk si kucing tu pula, Khadija dan Fatihah yang beria-ia nak.  Baru tahu, bagus rupanya pakai pasir kucing ni, langsung tak ada bau dari najis dan air kencing yang dibuang si kucing sebabnya pasir tu akan serap bau najis tersebut.  Apa yang saya perhatikan, lokasi yang sama akan menjadi tempat setiapkali najis dibuang oleh si kucing.


Sebelum bawa balik, kucing dah dibersihkan dulu bulu dan mukanya dengan dibantu oleh mak lang.  Disebabkan kucing ni kecil lagi, tunggu beberapa minggu lagi baru akan dimandikan.


Sepakat kami namakan kucing ni KT @ Kathy.  Mula-mula kami namakan Kitty tapi kemudian tukar kepada KT.














Khadija, Fatihah dan Harraz teruja ada anak kucing.  Khadija nampaknya berikan komitmen yang tinggi pada si KT.  Bangun sahaja tidur terus tengok KT, bersihkan bulu dan bontot KT. 


KT pun nampaknya manja dengan Khadija. 























Semoga dengan adanya KT ni dapat menjadikan Khadija dan Fatihah seorang yang bertanggungjawab dan sayangkan binatang.  Mungkin hadirnya KT untuk berkongsi rezeki kami.  

Harapnya KT sihat dan serasi di bawah jagaan kami.  Tak sabar nak tengok si anak kucing, KT menggemuk.






Wednesday, February 22, 2017

Family Bonding Time

Sesibuk mana pun, Alhamdulillah...... kami masih ada 'family bonding time'.  Jalan-jalan, 'window shopping', makan dan bersantai bersama.















Tuesday, February 21, 2017

Kisah Anak-Anak Syurga Kami

Hujung minggu saya agak sibuk walaupun hari cuti.  Sibuk sebab selain daripada mengemas seisi rumah, ada juga agenda lain yang perlu dituruti.  Pagi Sabtu saya sibuk dijalanan kalau abah Hakim tiada di rumah.  Sibuk sebab menghantar kakak Dija menghadiri kokurikulum @ koko dan Khairin ke kelas tusyen matematik di rumah teacher Shikin.  Pagi Ahad pula, Khairin dengan tusyen bahasa englishnya di sekolah.  Makanya, aktiviti nak balik rumah mertua atau 'window shopping' terpaksa mengikut waktu mana-mana yang terluang.  Mujur rumah mak saya dekat dan masih boleh singgah bila-bila masa.























Khadija ni memang komited dengan apa-apa sahaja program sekolah.  Memang senang nak urus dia dari segi ketepatan waktu dan disiplin.  Kadang-kadang saya mengusik dia dengan perkataan 'poyo'.























Muhammad Harraz yang memang tak kira hari akan bangun seawal jam 5.00 pagi.  Kadang-kadang tu, perangai dia sangatlah baik tak banyak songeh, bangun duduk diam, lepas bagi susu sebotol terus layan diri.  Kadang-kadang tu, merengek dan mengekor saja ke mana saya pergi.  Kadang-kadang tu buka baju, nak mandi awal sebab nak ikut abah Hakim pergi surau solat Subuh.  Ada saja perangai 'handsome boy' yang semakin banyak cakap walaupun masih pelat.























Khairin Fatihah yang banyak songeh sebab suka menjawab bila mama atau abah Hakim cakap.  Ada sahaja alasan dia nak dapatkan perhatian lebih dari kami.  Kadang-kadang kesian juga dengan dia, sebab mama dengan abah Hakim ada masa lebihkan kakak Dija dan adik Harraz.  Tapi kami tahu Khairin anak yang baik dan bijak cuma banyak songeh saja.
























Kakak Dija, yang semakin hari semakin besar.  Semakin meningkat usia, jelas sifat kepimpinan dia.  Cara berfikir dia juga agak matang.  Adakalanya ada juga sikap keanak-anakan dia, main tetap main, merengek tetap merengek bila nakkan sesuatu.  Ada juga dia memberontak bila kita bantah kehendak dia. 

Kisah anak-anak syurga mama yang mama sentiasa doakan agar menjadi anak solehah, penyejuk mata dan hati mama dan abah.






Tuesday, February 7, 2017

Berswafoto @ Selfie Dengan Mak

Bukan senang nak ajak mak bergambar......Bila ada peluang terus kami berswafoto.

















Muka saya ada iras muka mak ke?  Abah Hakim kata bila saya tua nanti, mesti sebiji muka mak.

















Sayang  mak.  Semoga Allah beri kebahagiaan buat mak, hilangkanlah kesakitan, kesedihan mak.  Berikanlah mak nikmat kesihatan dan kasih sayang buatnya.  Panjangkanlah usia mak kerana kami, anak-anak masih perlukan mak.  Maklah kekuatan kami.  Doa mak jugalah yang mengiringi setiap detik hidup kami.  Sayang mak!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...