Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, October 4, 2018

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Hari kedua, selepas puas menikmati keindahan alam di Pulau Kapas, kami meninggalkan daerah Marang dan merancang untuk menginap di Kuala Terengganu pula.  Di Kuala Terengganu, kami memilih Hotel Grand Puteri yang mana abah Hakim telah 'booking' terlebih dahulu secara 'online'.  Hotel ni kami pilih sebab terletak betul-betul di pusat bandar Kuala Terengganu dan hanya 5 minit perjalanan untuk ke Pasar Payang.







Dari anak-anak kecil dah biasa bawa bercuti dan menginap di tempat yang selesa, jadi mereka dapat bezakan antara menginap di bilik hotel, apartment, atau 'homestay'.  Begitu juga saya, yang mana saya lebih suka untuk memilih menginap di bilik hotel berbanding apartment atau 'homestay'.   Saya tidak sukakan ruang yang terlalu besar, tapi juga jangan terlalu kecil untuk menampung kami 5 orang.  Jadi bilik hotel adalah menepati kriteria yang saya mahukan.  Mungkin bila anak dah menginjak usia remaja, memang kami perlu memilih menginap di apartment pula.  


Lobi Hotel Grand Puteri.  Hotel ini berkonsepkan islamik.  Ada 'welcoming drink', kakitangan semua bertudung dan sentiasa mengucap salam bila bertembung.  Suasana hotel juga amat bersih dan selesa.


Kami di hadapan hotel.

















Kolam renang, kalau tak silap di tingkat 2.  Kolam renang diasingkan antara wanita dan lelaki.  Memang islamik sungguh hotel ni.


Bilik yang kami duduk dalam RM169.00 semalam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang.  Amat berpuashati sebab tambahan seorang dikenakan RM30.00 sahaja.  Makanan juga banyak pilihan.  Antaranya ada nasi dagang, pulut ikan masin, keropok lekor dan lain-lain menu sarapan pagi.


Khadija, Khairin dan Harraz memang cari koko krunch dan susu sahaja.  Dia orang memang dah tahu kalau tidur hotel, sarapan pagi mesti ada 'cereal' dan susu.
























Bergambar banyak-banyak di lobi hotel yang sangat selesa.

















Kami sebenarnya hanya 'booking' satu malam sahaja di Hotel Grand Puteri ni sebabnya kalau ikut perancangan, kami di Terengganu hanya 3 hari 2 malam sahaja.  1 malam di Marang, 1 malam lagi di Kuala Terengganu. Tapi disebabkan anak-anak kata 'best' sangat Terengganu, hotel ni dan juga tak puas mandi kolam, makanya kami sambung 1 malam lagi menginap di hotel ini.  Tambahan pula cuti Hari Malaysia, jadi tak ada masalah tambah 1 hari lagi di Terengganu.


Hari kedua, sebelum 'check out', kami bersarapan lagi di hotel.  Masih menu yang sama saya pilih, nasi dagang sebabnya memang sedap nasi dagang kat sini.


























Khadija dah pandai menikmati hidangan dan tak segan silu nak bertambah makan.

























Memang puashatilah dengan hotel ni.  Insha Allah, kalau ke Kuala Terengganu lagi kami akan menginap kat hotel ni lagi.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...