Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, February 14, 2020

2019 Tahun Mencabar

Alhamdulillah, syukur masih diberi nikmat hidup olehNya.  Setahun tiada cerita di blog ini.  Kekangan masa dengan tanggungjawab yang semakin bertambah menghadkan saya untuk memuatnaik gambar dan bercerita di blog ini. 

Tahun 2019 tahun yang mencabar.  Tahun di mana mak dan bapak diuji dengan kemerosotan kesihatan.  Mak mula menjalani proses rawatan haemodialisis.  Tahun yang saya ambil keputusan untuk Cuti Separuh Gaji untuk bantu apa yang perlu.  Alhamdulillah, dipermudahkan.  Dari sini saya belajar banyak perkara terutama dari sudut syukur.  Syukur masih diberi nafas, syukur punya keluarga yang bahagia, syukur punya kesihatan yang baik, syukur punya kerjaya dan syukur dengan nikmat Allah bagi mudah semuanya.

Kembali bertugas bulan Julai, selepas seminggu pula saya diuji dengan kemalangan kecil di rumah sendiri.  Insiden pagar rumah roboh menimpa kaki kiri.  Mulanya ingat tidak serius hanya luka sahaja kerana darah mengalir keluar banyak, ingatkan sekadar ke hospital untuk dicuci luka dan dijahit jika perlu, tetapi setelah di x-ray, barulah tahu satu jari kaki patah.  Makanya, dimasukkan terus ke Hospital Pantai dan menjalani pembedahan.  Allah bagi cuti yang benar cuti di mana 2 bulan bertongkat dan hanya duduk berehat dirumah.  Alhamdulillah.  Aturan Allah sebaiknya.  

Tahun 2019 berlalu dengan banyak kisah yang buat kami tersenyum bila mana anak-anak hadiahkan kegembiraan pada kami dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Terima kasih Khadija, Khairin dan Harraz kerana telah buat mama dan abah berbangga walaupun baru permulaan tapi kami tahu itu atas usaha dan selebihnya Allah yang permudahkan.  

Nikmat apa lagi yang hendak saya dustakan?  Syukur Ya Allah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...