Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, September 13, 2018

Bermalam Di Glory Beach Resort, Port Dickson

Kami ke PD, 2 hari 1 malam.  Lokasi sememangnya saya yang akan buat pilihan.  Kali ni saya buat tempahan di Glory Beach Resort melalui Booking.com.  Apartment 2 bilik menjadi pilihan sebab kononnya cuti kali ni nak masak-masak sendiri.

Dah tentu, tempat penginapan yang dipilih kena ada kolam renang, itu permintaan mereka.


















Puas sebab dapat berendam dalam kolam renang dan juga air laut.






























Penginapan ni beserta sarapan pagi untuk 3 orang.  Untuk Khairin sahaja kami perlu bayar.  Muhammad Harraz pula free.























Percutian yang puas dengan aktiviti mandi-manda.





Friday, September 7, 2018

Cuti-Cuti Port Dickson Lagi

Cuti sekolah seminggu selepas Hari Raya Korban, kami tak lepaskan peluang bawa anak-anak bercuti dan dalam masa yang sama untuk merehatkan minda dan fizikal kami dari bebanan tugasan di tempat kerja.  Lokasi yang kami pilih adalah atas permintaan anak-anak iaitu Port Dickson atas alasan mereka tak puas mandi laut tempohari masa ambil mama dari mesyuarat di PD.


















Masing-masing teruja sebab nak tidur hotel, mandi swimming pool dan laut.























Kakak Khadija ni sekarang dah pandai, masuk kereta je terus tidur.  Tidur atas sebab memang mengantuk dan juga nak mengelak dari kena layan Harraz.  Memang 'clever' dia ni dalam bab 'mengelat' ni.






















Abah Hakim plan dengan anak-anak nak camping.  Jadi kami sampai awal lebih kurang jam 11.00 pagi di PD walaupun 'check in' hotel dalam pukul 3.00 petang.  Sebabnya nak merasai suasana berkhemah.

















BFF tapi gaduh juga sekali-sekala.


Lokasi kami berkhemah di nak dekat dengan Pantai Teluk Kemang.


Antara mereka bertiga, Harraz paling teruja.  Teruja nak main pasir.



'Best' suasana kat sini, redup je.  Pasir pun taklah terbang sangat.  Ramai juga keluarga yang berkhemah macam kami kat situ.























Mama goreng wedges.  Nasi dan lauk serta kek dan jajan untuk kudapan ada juga kami bawa.

















Abah goreng ayam.  Bertuah dapat suami serba boleh ni.  Syukur Alhamdulillah.  Dia pelengkap kepada saya.  Kalau saya malas, ada dia untuk buat.



Tengahari buta mereka main pasir.


Redup tak ada gangguan.  Memang tenang disini.


Kami tinggalkan lokasi tapak perkhemahan ni lebih kurang jam 2.00 petang.  Sebelum 'check in', kami singgah ke pasaraya di pekan PD, beli stok makanan dulu.  Beli juga teh ais untuk melepas dahaga.  Untuk cawan besar, harganya sama seperti di Klang iaitu RM5.00 tapi bezanya ada 2 skop ais krim vanilla.  Rasanya?  Best lagi teh ais Dhaka.  Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan ke Glory Beach Resort, apartment yang telah mama buat tempahan secara 'online'.






Hari Raya Korban 1439H

Syukur Alhamdulillah.  Tahun ni kami dapat sempurnakan lagi ibadah korban.  Raya korban @ Aidil Adha yang disambut sederhana tetapi meriah di rumah mak di Telok Gadong, Klang.























Berlatar belakangkan Masjid Telok Gadong yang baru siap dibina.























Masjid yang menyimpan 1001 nostalgia.  Masjid yang menjadi lokasi pernikahan saya 12 tahun yang lepas.


Susah nak bergambar dengan mereka ni, banyak sangat kerenah.























Tapi akhirnya dapat juga merakam gambar kami berlatar belakangkan masjid ni.


Tahun ni kami ambil bahagian korban di Surau Haji Sulaiman, Kampung Delek Kiri.  Kariah di mana kami tinggal supaya pembahagian daging ini dapat dirasai oleh kariah kami.

















Sejak kecil mereka ini dah kami dedahkan dengan ibadah korban supaya mereka dapat penghayatannya.


Sebahagian cucu bapak dan mak Telok Gadong.  Dia orang ni kalau berkumpul habis bergegar rumah mak.  Dia orang tak kisah makan minum, apa yang dia orang tahu, main je.  Sekejap berkejar ke luar, sekejap masuk ke dalam rumah.  Itu jelah kerja dia orang.  Ketuanya Khadija.  Adik-adik sepupu semuanya suka main dengan kakak Dija.

















Wan Alang yang menjadi tempat cucu-cucu bermanja.  Semoga Wan Alang diberi kesihatan yang baik.

















Menu raya korban agak meriah walaupun tiada ketupat dan rendang.  Tahun ni mak hanya masak lontong dan nasi beriyani untuk anak cucu.  Syukur dapat bantu sama masak pagi-pagi raya tu sebab kesihatan mak dah tak macam dulu.  Mak kurang lincah di dapur.  Jadi, kami sama-sama masak pagi tu.  Walaupun menu dan kuantiti yang banyak tapi jadi sekejap hasil daripada kerjasama.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...