Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, April 26, 2018

Minggu Setiausaha 2018 @ Hotel Flamingo, Ampang

Alhamdulillah.  Rezeki saya tahun ini di bulan April berganda-ganda.  Bersyukur sangat sebab dihantar pihak pengurusan ke Seminar Setiausaha 2018 di Hotel Flamingo, Ampang. 

Seminar yang pengisiannya ada ceramah (LPPKN, KWSP, PERKESO dan Penganalis Jenayah), tips mendeko kek oleh Pengarang Buku "Hey, What's In The Oven" dan persembahan artis (Man Bai diiringi gitaris Along Exist).


Kami sampai lambat, dah separuh ceramah sesi 1 oleh LPPKN berjalan.  Lambat sebab kesesakan yang teruk ke Ampang.


Puan Zuriani dan MC seminar tersebut, Kieran.

 





















Ambil  peluang bergambar dengan Puan Zuriani.  Lemah lembut tutur kata orangnya.























Semua peserta diberi sebiji cupcake yang kemudiannya disuruh deko sendiri.  


















Hasil cupcake yang dideko saya.

 















Kami.

















Makan tengahari saya.

Program kursus ni, selain daripada pengisian program..... Beg goodies dan waktu makan adalah yang paling ditunggu-tunggu.

















Sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian.


Dah 51 tahun umur Man Bai tetapi amat bertenaga memberi persembahan 5 buah lagu secara 'live'.























Kieran.























Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.  Kali kedua saya mendengar ceramah mengenai panduan menangani gangguan seksual di tempat kerja.  Pelawak juga dia ni rupanya.

















Ambil peluang bergambar.


















Bergambar lagi.

























Main phone masa ceramah KWSP dan PERKESO.  Hahahah, pengisiannya agak membosankan. 


Dulu masa zaman sekolah, tak pernahlah jawatan Secretary ni ada dalam senarai cita-cita saya bila dewasa.  Tapi siapa sangka, inilah kerjaya yang menjadi sumber rezeki saya.  

Saya bersyukur kerana telah memilih bidang ini sebagai kerjaya saya.  Kalau ditanya apa kepakaran saya?  Jawapannya menulis trengkas dengan kelajuan paling minima 80 perkataan seminit dan menaip dengan peratusan 99% kesalahan serta menyediakan minit mesyuarat serta-merta selepas mesyuarat.  Ya, saya berbangga dengan jawatan ini walaupun bukanlah memberi gelaran pangkat yang tinggi.  

Semoga keberkatannya menjadi catatan dalam timbangan amal saya kelak. 






Tuesday, April 24, 2018

Tahniah Perwiraku

Tahniah!  Pengiktirafan kedua kalinya dalam perkhidmatan abah Hakim dengan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017.  Syukur Alhamdulillah.




















Semoga abah Hakim terus istiqomah dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.






Friday, April 20, 2018

Rumah Baru Acik Nor

Alhamdulillah.  Kenduri kesyukuran dan tahlil arwah di rumah baru acik Nor di Taman Udang Kuning telah berjalan dengan lancar.

Dengan adanya majlis sebegini sahajalah untuk kami dapat berkumpul adik-beradik, mak saudara dan sepupu.  Bila dah berjumpa, berbual sakanlah kami.   
















































Syukur Alhamdulillah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...