Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, December 15, 2017

Cuti-Cuti Langkawi ~ Part 3 @ Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi adalah lokasi seterusnya yang kami tujui selepas kecewa tak dapat naik cable car.  Underwater World ni terletak di sekitar Pantai Cenang.  Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM36.00 untuk dewasa dan RM26.00 untuk kanak-kanak.   


























 




Underwater World ni saya memang 'recommend' mesti pergi kalau ke Langkawi.  Tak bosan, ada macam-macam jenis ikan dan hidupan laut kat dalam tu.  Memang tak akan menyesallah kalau bawa anak-anak masuk dalam tu.






Cuti-Cuti Pulau Langkawi ~ Part 2 @ Langkawi SkyCab

Sepanjang 4 hari kami berada di Langkawi, cuaca agak lembap disebabkan hujan sepanjang hari.  Hujan yang boleh dikatakan hanya gerimis tetapi berlaku hampir setiap masa.  Namun, ada juga waktu-waktu yang tidak hujan tetapi cuaca sememangnya redup.

Seawal jam 8.00 pagi kami dah bersiap untuk keluar berjalan.  Hotel yang kami duduk ni di Pekan Kuah.  Berdekatan dengan jeti untuk 'island hopping', lokasi yang strategik sebab berdekatan dengan deretan kedai makan.



Kami menginap selama 3 malam di Hotel Geopark Inn yang saya tempah secara 'online'.  Berbaloi dari segi harga iaitu hanya lebih kurang RM450.00 untuk 3 malam.  Bagi saya, percutian kali ini bukan untuk duduk berehat di dalam bilik, justeru saya memilih hotel yang sederhana sahaja kerana kami hanya balik ke hotel setiap hari seawal jam 9.00 malam dan keluar keesokannya seawal jam 8.00 pagi.


















2 kali kami ke Langkawi SkyCab ni.  Sebabnya cuaca tak elok untuk Cable Car beroperasi.  Makanya, kami hanya berjalan di sekitar kawasan tersebut.


'Part' yang paling saya suka, shopping cenderahati.























Budak yang menyibuk semua  benda dia nak.













Khadija dan Fatihah, masing-masing pilih cenderahati untuk kawan-kawan dia orang.























Tiket untuk menaiki cable car ni sebenarnya kami beli awal secara 'online'.  Tempoh sah laku tiket tu pula difahamkan setahun dari tarikh pembelian.  Kami ambil pakej 'basic' dengan total RM170.00 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.  Dalam pakej tu kami dapat nikmati SkyCab, 3D Art Museum, SkyRex dan SkyDome.























Sementara nak tunggu cuaca elok, kami jalan-jalan dulu.


Apa yang saya perhatikan, tiada beza keadaan di dalam kawasan SkyCab ni seperti beberapa tahun lepas.


Kami yang teruja.























Geram dengan Harraz.  Susah nak ambil gambar dia dalam keadaan statik pandang kamera.























Yang lain dah elok pandang kamera.  Harraz tak sampai sesaat dah buat hal.


Dengan mama pula.


3 bidadari syurga.  Insha Allah.























Air pancut nilah yang buat Harraz tak tahu duduk diam.  Air pancut ni beberapa tahun lepas tak ada lagi.  Ni antara yang terbaru ada kat sini.























Menunggu air tu memancut tinggi sebab dia nak main air.  Sabar je kawal dia.














Mujur ada 2 kakak yang prihatin jagakan adik yang terlebih 'excited'.

Kami meninggalkan SkyCab untuk meneruskan lokasi lain setelah 2 jam menunggu, SkyCab masih tak boleh meneruskan operasi sebab keadaan angin agak kuat dan berkabus.






Monday, December 4, 2017

Cuti-Cuti Pulau Langkawi ~ Part 1 @ Cerita Perjalanan Kami

Alhamdulillah.  Syukur, percutian kami ke Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam telah dipermudahkan olehNya.  Percutian yang menaiki kapal terbang Air Asia ini hanya ditempah lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh berlepas.  Tambangnya?  Sudah tentulah agak mahal.  Kenapa pemilihan destinasi percutian dibuat pada saat-saat akhir, sedangkan saya seorang yang sukakan perancangan awal?  Ianya berlaku disebabkan kami menukar destinasi percutian iaitu Pulau Pinang yang mana kami khuatir keadaan di sana belum pulih sepenuhnya selepas kejadian banjir kilat pada awal bulan November yang lalu.

Kalau diikutkan sudah berkali-kali saya dan abah Hakim ke Pulau Langkawi ni.  Daripada tak ada anak, anak seorang, kemudian bersama dua anak dan seterusnya kali ni dengan tiga anak pula.  Saya tidak pernah jemu ke sana kerana pada saya Pulau Langkawi merupakan destinasi yang menarik dengan keindahan alam dan pantainya.

Khadija dan Khairin memang tak akan ingat mereka pernah ke Langkawi sebab masa tu mereka masih kecil.  Jadi percutian kali ini, jelas keterujaan di wajah mereka bila mana abah Hakim putuskan akan menaiki kapal terbang.  Teruja sebab dapat naik kapal terbang walaupun Khadija dan Fatihah pernah naik sebelum ini semasa kecil.


Percutian kali ni kami menaiki beberapa kenderaan awam.  Bermula dengan menaiki bas untuk ke KLIA2.

Terima kasih Pak Usu Meor tolong hantarkan kami sehingga ke AEON Bukit Tinggi Klang untuk menaiki Aerobus. 
























Kami sampai awal, jalan-jalan dalam AEON dahulu. 


Dialah teman paling akrab, kekasih dunia akhirat saya.


Mengenai perkhidmatan bas untuk ke KLIA2 ini saya tahu bila saya mencari maklumat uber, grabcar dan teksi untuk ke KLIA.  Di situ serta-merta turut memaparkan perkhidmatan bas dan ERL (keretapi laju).  Daripada maklumat tersebut, saya telah buat perbandingan harga yang mana saya dapati dengan menaiki Aerobus dari stesen terhampir dengan saya iaitu AEON Bukit Tinggi Klang lebih menjimatkan.  Tambang dari AEON Bukit Tinggi terus ke KLIA2 hanya RM13.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak dari usia 3 tahun ke atas.  Selain jimat, dapat juga merasai pengalaman menaiki bas dengan anak-anak.  

Tiket bas kami beli seminggu lebih awal.  Setiap 1 jam akan ada Aerobus dari stesen AEON Bukit Tinggi Klang ke KLIA2.  Cumanya, penumpang kena tiba lebih awal kerana bas ini tidak akan menunggu walau sesaat pun, sekiranya lewat tiada gantian tempat duduk untuk trip seterusnya.  Saya diberitahu oleh pihak Aerobus, penumpang kena beli tiket lain.

Alhamdulillah.  Saya berpuashati dengan perkhidmatan bas ini yang mana kami dihantar sehingga ke depan pintu masuk KLIA2.  Memang berbeza dengan pengalaman ke lapangan terbang seperti sebelum ini yang mana pernah dihantar keluarga atau pun menaiki kereta sendiri dan ditinggalkan di tempat letak kereta KLIA2.  Rasanya lebih baik menaiki kenderaan awam kerana kita boleh berehat di sepanjang perjalanan tanpa perlu memikirkan kesesakan lalulintas.























Sampai awal  di KLIA2.  Jalan-jalan cuci mata dahulu.


Isi perut dahulu sebelum 'check in'.  Masa ni Harraz paling 'excited'.














Senang bawa berjalan sebab masing-masing dah besar.














Tak sabar rasanya nak naik kapal terbang.  Itu barangkali yang berlegar-legar di fikiran Khairin.























Mujur Harraz tak buat perangai sepanjang kami menunggu masa untuk menaiki pesawat.























Merakam gambar kenangan bersama.























Jurugambar setia, abah Hakim.























Anak kesayangan abah.














Tak sabarnya nak naik flight.























'Excited' berjalan nak masuk ke dalam pesawat.
























Yes, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.  Dah berada dalam kapal terbang.























Budak yang tak boleh duduk diam lama-lama.  Terpaksalah abah Hakim layan dia sebab mama duduk dengan kakak.

















Kami yang 'excited'.























Alhamdulillah.  Dapat bagi pengalaman kepada anak-anak menaiki pesawat. 























Dalam pesawat, sementara menunggu masa untuk sampai ke destinasi.  Mama dan abah Hakim tak putus-putus bagi nasihat pada kakak Khadija dan Khairin supaya belajar rajin-rajin.  Insha Allah, ada rezeki kami akan bawa mereka bercuti naik kapal terbang lagi.


Selamat mendarat di lapangan terbang Pulau Langkawi.














Kereta kami sepanjang 4 hari di sana.  Abah Hakim dapatkan perkhidmatan ini melalui tempahan secara 'online'.  Sangat berbaloi bagi saya dengan jumlah bayaran yang dikenakan iaitu sebanyak RM420.00 untuk 4 hari penggunaan kereta Myvi ini beserta pakej 'island hopping' untuk 5 orang.  Secara keseluruhannya, penggunaan minyak kereta sepanjang 4 hari kami berada di sana adalah sebanyak RM60.00. 

Perjalanan balik kami dari KLIA2 setibanya dari Pulau Langkawi untuk pulang ke rumah pula abah Hakim putuskan untuk mendapatkan perkhidmatan Grabcar.  Ini merupakan pengalaman pertama saya dan abah Hakim menaiki Grabcar ini.  Kenapa kami memilih Grabcar?  Sedangkan ada perkhidmatan teksi, uber, ERL mahupun Aerobus sendiri.  Sebabnya setelah membuat perbandingan, harga yang ditawarkan oleh Grabcar amat berbaloi iaitu RM65.00 untuk perjalanan dari KLIA2 hingga ke hadapan pintu rumah.  Ditambah pula dengan pemandunya yang peramah, kereta yang selesa (Honda City) dan masa lebih kurang 1 jam kami tiba di rumah, rasanya memang kami akan mendapatkan lagi perkhidmatan Grabcar untuk pilihan kenderaan awam pada masa-masa akan datang. 

#Cerita Perjalanan Kami @ Part 1#






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...