Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, March 14, 2017

My New Baby

Inilah terapi saya.  Pokok bunga orkid.  Dah lama tak menambah koleksi bunga orkid.  Baru-baru ni masa pergi IKEA, terus rambang mata bila tengok pokok bunga orkid tengah berbunga lebat dengan harga RM14.90 sepasu.  Agak berbaloi bagi saya dan tanpa fikir panjang ambillah 3 pasu.  Jadilah untuk buat tambah-tambah koleksi pokok bunga orkid yang ada. 














Pokok-pokok ni memang sengaja diletakkan di tepi gazebo ni sebab di kawasan ni agak redup.


Yang seronoknya, abah Hakim janji nak buatkan rak besi bagi menempatkan koleksi pokok bunga orkid ni sebab rumah kayu pokok bunga orkid sebelum ni dah reput dan hampir roboh.






Monday, March 13, 2017

Happy Meal Time

'Family bonding time' bagi saya adalah di meja makan.  Masa kat meja makanlah kita belajar erti sabar, bertolak ansur dan bertenang.  Di meja makan jugalah kita akan luangkan masa duduk bercerita. 














'Reward' diri masing-masing sebab dah penat bagi komitmen dan sokongan bersukan.














Tak rugi ajak Puteri makan sebab dia pandai makan dan suka makan.














Harraz yang panjang akal.


Kakak Khadija kalau dapat makan memang duduk senyap je selagi tak habis.  Khairin Fatihah pula permulaan makan agak beria-ia, tapi dipertengahannya selalu tak habis.














Dah habis makan ayam, makan aiskrim McD pulak.  Alhamdulillah.  'Family bonding time' kami di meja makan.







Thursday, March 9, 2017

SAFAR 2017

Sukan tahunan Sekolah Islam Al-Farabi telah sempurna dilaksanakan pada 4 Mac 2017.  Alhamdulillah, program yang dirancang nampaknya berjalan lancar dengan diiringi cuaca yang baik pada hari tersebut.

Tahun lepas, SAFAR diadakan hanya di padang sekolah secara tertutup disebabkan perancangan awal yang sepatutnya diadakan awal tahun telah tertangguh kerana faktor cuaca dan pencemaran udara.  Alhamdulillah, tahun ini SAFAR dapat diadakan di Stadium Sultan Sulaiman, Klang mengikut perancangan pihak sekolah.














2 budak comel yang menyerikan program.  Puteri ikut serta kami sebab malam sebelumnya dia tidur di rumah kami.  Puteri ni senang dijaga, tak banyak songeh, mendengar kata dan arahan, dan tak mudah menangis.  Cuma agak terhad nak bergerak ke sana, ke sini bila ada 2 budak kecil yang akan mengekor pergerakan kita.














Khairin Fatihah macam biasa.  Monyok je muka.  Awal pagi, memang susah nak dapatkan 'mood' ceria budak ni.














Abah Hakim bergerak ke bahagian bawah untuk merakam detik-detik berharga yang hanya akan berlaku sekali dalam hidup.  Walaupun tahun-tahun ke hadapan akan ada lagi sukan, tetapi tidakkan sama seperti tahun ini.

Acara bermula lebih kurang jam 9.15 pagi.  Walaupun perasmi program telah hadir awal, acara tetap bermula lewat bagi memastikan kesediaan kontijen perarakan.














Sehari sebelum sukan, Khadija minta kami belikan t-shirt putih.  Mula-mula naik angin juga, kenapa kena pakai t-shirt putih.  Dia kata dia terpilih masuk perarakan.  Rasa macam susah nak percaya kenapa tiba-tiba 'last minute' masuk perarakan.  Sedangkan 2 minggu berlatih, kata dia masuk bola jaring dan acara 'manis muka' yang dijalankan di sekolah (tahap 2).  Disebabkan beria-ia dia mempertahankan yang dia masuk perarakan, saya ikutkan juga beli t-shirt putih.
















Betul rupanya dia masuk perarakan. Ustazah yang pilih kata dia.  Alhamdulillah, satu sumbangan Khadija buat pasukan rumah biru.


Perarakan kontijen rumah sukan Al-Farabi tahun ni bertemakan Super Hero.














Dari kejauhan, gambar Khairin dirakam.  Khairin masuk acara 'harta karun'.  Hanya acara untuk pelajar tahap 1 dan acara akhir balapan sahaja yang dipertandingkan di stadium.  Manakala, acara-acara lain, telah dijalankan di sekolah pada hari-hari sebelumnya.














Khairin berdiri tegak menunggu acara mula.  Ustazah susun Khairin paling depan dalam barisan rumah kuning untuk memulakan acara.














Khairin yang 'serius'.























Khairin ni memang banyak alasan.  Tapi apa yang saya perhatikan, dia ni agak komited dan bersungguh-sungguh jika dah memulakan sesuatu tugasan tu.  Contohnya, 'homework' dia akan siapkan dulu sebelum makan malam.  Selagi tak siap, selagi tulah dia takkan makan.
 












Kawan pula, Khairin tak macam kakak Khadija yang punya ramai kawan.  Khairin akan berkawan dengan kawan yang serasi dengan dia sahaja.  Setakat ni, hanya dalam 2 hingga 3 nama sahaja yang sering Khairin sebutkan.  Antara kawan yang dia boleh ngam Khairunnisa.  Kawan dari tadika PASTI.  Walaupun Khairunnisa bukan duduk dalam kelas Bestari, tapi Khairin akan cari Khairunnisa bila masuk waktu rehat.  Kebetulan rumah sukan mereka sama, memang ke mana-mana mereka berdua.  Itu yang kakak Khadija laporkan.














Khairin dan kawan-kawan rumah kuning bergambar setelah selesai acara mereka.















Inilah dia Khairunnisa.














Berjalan menuju ke barisan untuk mengambil pingat.  Serius je muka, susah nak senyum.















Tahniah, acara untuk pelajar perempuan tahun 2 dimenangi oleh rumah kuning.
























Pingat emas untuk Khairin.  Kakak Khadija dapat pingat gangsa sahaja yang mana pingat disampaikan semasa perhimpunan di sekolah disebabkan kesuntukan masa untuk acara di stadium.


Paling 'happy' Muhammad Harraz sebab apa yang dia minta semua dapat.  Kakak Khairin pula muka 'stress' sebab penat.  Khadija masih boleh senyum walaupun penat terima arahan mama dan abah suruh tengokkan adik.  Paling 'cool' pula Puteri.







Tuesday, March 7, 2017

Ke IKEA Kita

Agak lama juga kami tak ke IKEA, lebih setahun rasanya.  Kali ni ke IKEA bukan sebab saya seorang nak ke sana tapi juga disebabkan ajakan abah Hakim.  Kami merancang ke IKEA bukan pada hujung minggu bagi mengelakkan kesesakan bukan sahaja di jalanan tetapi di dalam bangunan IKEA itu sendiri.  Makanya, korbanlah 1 hari cuti tahunan disebabkan nak 'shopping' di IKEA. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan kerana Khadija dan Fatihah turut cuti pada hari tersebut.  Cuti peristiwa yang diumumkan oleh pihak sekolah setelah penat bersukan pada hari sebelumnya. 























Harraz pada mulanya memang duduk diam.  Lepas je 10 minit duduk dalam tu, meronta minta keluar.  Mungkin sebab teruja dengan suasana dalam IKEA yang macam kat dalam rumah.























Kakak-kakak pun teruja.  Siap minta kami buatkan bilik dia orang macam bilik kat ruang pameran IKEA.























Seronok 'shopping' hari bekerja ni.  Tak ramai orang.














Terasa macam nak tukar konsep ruang tamu sediada ke ruang tamu yang berlatarkan warna gelap.  Tapi cepat-cepat padam angan-angan tu bila difikirkan buat apa nak membazir.  Bersyukurlah dengan apa yang ada.















3 barisan troley barang kami.  'Shopping' kali ni tak tersasar dari tujuan asal.  Cuma pokok bunga orkid sahaja yang tak ada dalam senarai, saya beli.  Itu pun disebabkan harganya yang murah pada saya, RM14.90 sepokok.  Dan disebabkan teruja dengan harganya, 3 pokok saya beli walaupun tak banyak pilihan warna.

'Shopping' kami tak habis kat IKEA sahaja.  Sebelum balik kami singgah ke AEON Mall Shah Alam.  Ada 'sale' rupanya.  Disebabkan saya jenis yang tidak suka 'last minute' berbelanja untuk baju raya mereka.  Makanya, bila ada 'sale' saya tak lepaskan peluang.  Tambahan pula, bila ada yang berkenaan di mata dan harganya juga berpatutan, terus sahaja saya beli.  Alhamdulillah, dapat mereka seorang sepasang baju raya. 























Mereka dengan buku-buku yang mereka beli kat Popular AEON Shah Alam.  Khadija dan Fatihah akan diam tak merungut bila dapat apa yang mereka nak, walaupun penat.

Alhamdulillah.  Dapat juga beli apa yang dihajati.  Siri-siri seterusnya 'shopping' baju raya mereka akan menyusul selagi tak datangnya bulan Ramadhan dan Syawal.






Wednesday, March 1, 2017

Shell Out Again

Alhamdulillah.  Ber'shell out' lagi kami.  Kali ni di lokasi lain pula..... Marissa Yong Tau Fu Sup, Kampung Delek.  Rasanya boleh tahan dan kami cukup puas hati.

Ni kali kedua makan 'shell out'.  Jadi mereka tak kekok seperti mula-mula dulu yang mana asyik tanya kenapa makan macam ni?  Tak ada pinggan ke? 














Pembuka selera kat set 'shell out' ni adalah petai.














Harraz yang tak kisah dengan makan.  Disebabkan abah Hakim tak nak dia meronta-ronta minta turunkan dari kerusi, abah bagi dia tengok cerita Upin Ipin.  Terus fokus kepada Upin Ipin.














Alhamdulillah.  Boleh ulang makan lagi kat sini.  Tapi mungkin juga akan cuba masak sendiri sebab memang senang je nak masak 'shell out' ni.






Monday, February 27, 2017

Muhammad Harraz @ 2 Years 4 Months

Alhamdulillah.  'Handsome boy' mama semakin hari semakin besar.  Harraz dah semakin pandai bercakap dan menjawab bila ditanya.  Harraz paling 'obses' dengan Ultraman.  Pada pandangan dan perbandingan mama, perkembangan Harraz sama seperti kakak-kakak dia.  Pada mama, Harraz anak yang bijak.















Setakat ni, Harraz pantang nampak abah sibuk buat kerja di luar.  Apa yang abah buat, dia pun nak buat sama.  Semoga 'kerajinan' Harraz ni berkekalan sampai dia besar nanti.














Harraz anak harapan mama dan abah untuk jaga halaman rumah nanti.














Nilah yang dikatakan 'like father, like son'.























Harraz ni kalau demam pun tak banyak songeh. Senang sangat nak jaga Harraz.  Waktu tidur dia seawal jam 8.00 malam.  Bangun pulak seawal jam 5.00 pagi.  Bila dah bangun pun tak banyak hal, buatkan saja sebotol susu dan Harraz akan baring atau ikut abah solat Subuh kat surau.























Sekarang ni skuter nilah mainan Harraz.  Skuter yang wan belikan sorang satu kat cucu-cucu kecil dia.























Mama doakan Harraz menjadi anak yang sentiasa menyenangkan hati mama dan abah, anak yang soleh, anak yang bijak serta berjaya di dunia dan akhirat.







Welcome KT @ Kathy

Akhirnya, apa yang diidamkan Khadija dan Fatihah dapat juga.  Nak bela anak kucing sebabnya anak kucing comel.  Kalau diikutkan saya juga sukakan kucing.  Suka tengok sahaja tapi bukan bela sebab saya tak suka bau busuk najis kucing.  

Kisah kami bela kucing ni bermula dengan kedatangan anak kucing ni ke rumah mak @ wan.  Entah dari mana, tiba-tiba muncul mengiau-ngiau.  Samada anak kucing ni sesat atau pun dibuang orang, itu kami tak pasti.  Masa kat rumah mak tu anak kucing ni hanya dibiarkan di luar rumah sahaja.  Mak dan mak lang hanya berikan dia susu dan makanan kucing.  Tempat tidur si kucing pula merata tempat tapi tempat 'favourite' dia dalam tayar kereta.  Dua, tiga hari juga saya lihat anak kucing ini tak tentu arah, dengan bulu yang kotor dan mengiau-ngiau, mungkin kelaparan atau ketakutan.  

Balik sahaja rumah, saya ceritakan pada Khadija dan Fatihah.  Mereka berdua teruja dan beria-ia minta bawa balik rumah sebab nak bela.  Bila tanya abah Hakim, dia bulat-bulat menolak, tak nak masuk campur sebab kata dia nanti bila ada kucing akan menambahkan komitmen untuk mengurus kucing pula.

Namun, disebabkan rasa kasihan yang tinggi...... saya dan Khadija tekad untuk bawa balik anak kucing tu.  Sebelum nak bela anak kucing tu, segala persiapan dan kelengkapan untuk anak kucing kena disediakan.  Makanya, petang Jumaat tu balik dari pejabat terus sahaja kami ke kedai binatang untuk beli sangkar dan makanan untuk si kucing.  















Selain sangkar dan makanan kucing, susu dan pasir untuk buang najis kucing pun saya beli.  Loceng untuk si kucing tu pula, Khadija dan Fatihah yang beria-ia nak.  Baru tahu, bagus rupanya pakai pasir kucing ni, langsung tak ada bau dari najis dan air kencing yang dibuang si kucing sebabnya pasir tu akan serap bau najis tersebut.  Apa yang saya perhatikan, lokasi yang sama akan menjadi tempat setiapkali najis dibuang oleh si kucing.


Sebelum bawa balik, kucing dah dibersihkan dulu bulu dan mukanya dengan dibantu oleh mak lang.  Disebabkan kucing ni kecil lagi, tunggu beberapa minggu lagi baru akan dimandikan.


Sepakat kami namakan kucing ni KT @ Kathy.  Mula-mula kami namakan Kitty tapi kemudian tukar kepada KT.














Khadija, Fatihah dan Harraz teruja ada anak kucing.  Khadija nampaknya berikan komitmen yang tinggi pada si KT.  Bangun sahaja tidur terus tengok KT, bersihkan bulu dan bontot KT. 


KT pun nampaknya manja dengan Khadija. 























Semoga dengan adanya KT ni dapat menjadikan Khadija dan Fatihah seorang yang bertanggungjawab dan sayangkan binatang.  Mungkin hadirnya KT untuk berkongsi rezeki kami.  

Harapnya KT sihat dan serasi di bawah jagaan kami.  Tak sabar nak tengok si anak kucing, KT menggemuk.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...