Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, November 12, 2018

Birthday Cucu-Cucu Wan dan Atuk

Alhamdulillah.  Sambutan 'birthday' semua cucu-cucu mak dan bapak sekali harung untuk tahun 2018 berjaya dilaksanakan.  Sambutan bersekali dengan 'birthday' Ain juga.  Perancangan dibuat pada saat-saat akhir berjaya juga kami realisasikan dengan kerjasama semua.  Untuk kali ini, kami pilih rumah baru mak cik Nor (adik saya).  Selesa sebab 'porch' kereta dia luas dan berbumbung.

Segala dekorasi, makanan dan goodies bag semua dibuat hasil persetujuan bersama.  Semua yang diraikan juga dapat hadiah.  Memang 'happy'lah dia orang sebab masing-masing bawa balik hadiah dalam 10 hadiah setiap seorang.  Bukan sahaja dapat hadiah, dapat juga angpau dari wan-wan sedara yang sememangnya menumpang kasih dengan cucu-cucu mak dan bapak sebab mereka ni belum ada cucu sendiri.


































































































Warna tema dan dekorasi kami sepakat pilih kuning hitam.  Deko-deko 100% sendiri dengan barang-barang yang dibeli di kedai ECO dan Mr. Diy.  Memang berbaloi-baloi.







































Kek dan brownies, memadailah 2 kek sahaja sebab banyak lagi menu lain yang ada.  Ada juga nasi ayam, mihun goreng, kuih-muih, roti, tapai, air coctail.  Datang pula sepupu, makanan jadi makin bertambah bila dia orang bawa pula buah-buahan dan agar-agar jelly.
























































Mereka yang teruja.  Alhamdulillah.

















Sebelum majlis bermula, bacaan tahlil dan doa dulu dipimpin oleh abah Hakim.








































































Insha Allah, tahun depan nak 'plan' buat semua cicit arwah Haji Hashim pula.  Semoga lebih banyak program dan aktiviti macam ni akan merapatkan lagi silaturrahim kami.






Wednesday, October 31, 2018

Sambutan Kedua Birthday Harraz Di Tadika

Alhamdulillah.  Sambutan kali kedua birthday Harraz dengan kawan-kawan di Tadika Annur Bestari dapat juga mama sempurnakan.























Muka gembira sebab dapat apa yang dia nak.


















Kek coklat gambar Spiderman ni memang Harraz yang pilih sendiri.

















Terima kasih cikgu Ida yang banyak membantu beri tunjuk ajar kepada Harraz.  Banyak perkembangan positif yang Harraz dapat dari didikan di sekolah.


Ramai yang sambut birthday bulan Oktober rupanya.  























Bangga dengan kek Spiderman dia.


















Tadika ni sambut birthday sebulan sekali iaitu pada hujung setiap bulan.  Jadi memang meriah sebab ada banyak kek dan goodies yang akan dibawa balik.

















Kelihatan Harraz yang paling kecil.  Mungkin yang lain semua umur 5 dan 6  tahun.  Dia seorang sahaja yang 4 tahun.

Goodies untuk kawan-kawan kelas Saidina Umar yang dalamnya ada biskut, wafer, kacang, mainan spring serta patung kertas untuk kanak-kanak perempuan, yang lelaki dapat kapal terbang kertas.

Syukur Alhamdulillah.  Insha Allah, setiap tahun jika berkelapangan akan cuba penuhi permintaan mereka untuk raikan birthday dengan kawan-kawan.  Jika tidak, memadailah hanya sambutan sederhana sahaja di rumah.






Wednesday, October 17, 2018

Happy Birthday Muhammad Harraz @ 4 Years Old

Happy birthday kesayangan mama, Muhammad Harraz.  Sekejap sahaja sudah 4 tahun umur kamu.  Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa-doa kami untuk memiliki anak lelaki.  Tarikh 15 Oktober setiap tahun sentiasa dalam ingatan mama kerana adanya kamu telah melengkapkan keluarga kita.





























Doa mama dan abah sentiasa mengiringi hembusan nafas kamu.  Semoga kamu, Muhammad Harraz bin Hakim menjadi anak yang terbaik buat mama dan abah, adik yang menjaga kakak-kakak, taat perintah Allah dan Rasul, berjaya dalam akademik dengan cemerlang serta beroleh kemenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat nanti.






Wednesday, October 10, 2018

Jalan-Jalan Sekitar Kuala Terengganu

Di Kuala Terengganu puas jugalah kami berjalan iaitu dari petang hari Sabtu dan kemudiannya bersambung ke hari Ahad.  Antaranya lokasi yang kami lawati adalah Kompleks Nur Arfa Batik, Pasar Payang, sekitar Kampung Losong sebab nak cari keropok lekor losong (yang ni beli memang banyak sebab nak bagi mak sedara dan adik beradik), sekitar Masjid Kristal, Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung (sempat solat disini) dan juga lepak bawah pokok di taman hadapan masjid terapung. 

Untuk lokasi makan-makan, ada beberapa lokasi yang kami pergi.  Tempat makan senang nak cari di Kuala Terengganu ni dan harga setiap kali makan juga amat berpatutan dan kami amat berpuashati.  Disebabkan sudah puas rasa makanan di Terengganu, malam akhir kami di sana kami makan KFC sahaja.




Melihat proses mencanting batik di Kompleks Nur Arfa Batik.


Bagi peluang kepada Khadija dan Fatihah tengok proses kain batik dihasilkan.


Banyak soalan yang kami tanya.  Ada proses yang perlu diikuti untuk mengelakkan warna kain luntur atau turun.

















Menurut pekerja ni, proses untuk menghasilkan sepasang kain songket ni memakan masa sehingga 3 bulan.  Harga pula mencecah ribuan ringgit disebabkan benang tenun yang digunakan juga dari jenis yang berkualiti dan mahal serta kaedah membuatnya secara tenunan manual bukan mesin.  Tidaklah kami membelinya sebab mahal.


Pasar Payang, masih seperti dulu.  Tak ada apa yang berubah.  Cumanya ada bangunan baru yang hampir siap dibina di sebelah pasar ni.  Ada juga saya memborong baju kaftan, kain batik dan kain ela songket.  Tawar-menawar mesti walaupun cuma dapat kurang dalam RM10.00.  Rata-rata harga di setiap kedai ni lebih kurang sama.  Cuma bagi corak kain yang dah lama memang akan dapat kurang banyak.























Dua kali juga kami berulang ke Pasar Payang sebabnya bila kira semula keropok yang dibeli tak cukup untuk bagi kat sedara-mara.  Maklumlah semua nak dibagi.























Produk setiap gerai lebih kurang sama, harga pun sama.  Kalau pandai minta tawar memang boleh dapat murah sikit beza dalam RM2 juga.  Itupun kalau beli banyaklah, macam keropok ikan tamban.



Gambar-gambar kami di Masjid Kristal.




Budak-budak dah penat. 





Dah nak memasuki remaja dah kakak Khadija.  Sudah pandai berfesyen dan menjaga penampilan serta kekemasan diri.  Alhamdulillah.


Abah yang 'sporting', ikut kehendak anak-anak.  Bertuahlah.


Kami berlatar belakangkan Masjid Terapung.

Seronok berjalan ke Terengganu.  Insha Allah, kami akan ke sini lagi.  Tapi mungkin fokus utamanya menjelajah ke pulau-pulau yang berada di negeri pantai timur ni.  Dalam masa yang sama, pasti akan singgah ke Pasar Payang kerana rugilah kalau ke Terengganu tidak ke Pasar Payang.

Terengganu, saya boleh simpulkan negeri yang bersih dan tenang dan bertepatanlah dengan cogankata Tahun Melawat Terengganu yang lepas iaitu "Beautiful Terengganu".






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...