Kepada kawan2 (kalau ada) yang buka blog ni, mesti agak boring sebab takde cerita atau gambar terkini. Sebenarnya ada aktiviti dan gambar cuma malas nak transfer ke sini. Cuma nak berkongsi cerita terkini Khadija yang hampir 2 tahun bulan Mei ni. Bukan nak memuji anak sendiri tetapi Khadija ni senang dijaga, tak cerewet makan dan setakat ni alhamdulillah sihat. Mungkin sebab Khadija tak diberi makan makanan ringan kot, tapi kadang2 ada juga adik saya atau mak cik nor dia bagi. Bohong juga kata tak beri, vitagen ada juga bagi kat dia. Saya selalu amalkan makan kurma, kismis dan madu. Khadija pun saya beri dan dia memang suka dengan benda2 ni. Saya yakin, benda2 ni banyak khasiatnya sebab Khadija tak diserang selesema atau demam dengan mudah. Khadija lagi satu cepat menangkap atau lebih tepat terang hati. Sekarang dah banyak perkataan dia tahu cakap. Kalau cakap sekali terus dia akan ulang banyak kali. Lagi pun mungkin kesan kata-kata atau ucapan yang akhirnya menjadi doa (bak kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, apa yang kita sebut itu akan menjadi doa). Suami saya suka panggil Khadija dengan sambungan ayat Khadija yang bijak, pandai, sihat, cantik dalam kata2 dia. Semoga apa yang selalu disebut2 itu menjadi doa. Khadija sekarang pun cukup manja atau mengada2. Kadang2 pantang ditegur sedikit buat2 mencebik nak menangis. Kadang2 dia pandai pujuk ambil hati kita semula. Setakat ni cerita Khadija. Kalau ikutkan banyak yang nak dikongsikan tapi......Gambar Khadija pulak ada yang terkini, nantilah di'upload'kan.
Wednesday, February 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)