Minggu lepas, jadual kami sekeluarga agak 'busy'. Bermula cuti hari Malaysia pada 16 September hinggalah ke tarikh 23 September 2012. 'Busy' bagi meraikan majlis raja sehari adik bongsu Hakim @ adik ipar saya. Majlis pertama kali diadakan untuk anak perempuan yang mana sebelum ini 6 majlis yang dibuat kesemuanya majlis menyambut menantu perempuan. Makanya, majlis sememangnya amat meriah ditambah dengan kerjasama abang-abang dan kakak ipar yang cukup 'sporting' seperti saya.
Persiapan kami sekeluarga dah tentulah baju yang nak dipakai semasa majlis tu nanti. Kain adalah sedondon bertemakan warna biru firus (turquoise).
Baju gaun Khadija yang seperti biasa ditempah dengan Mak Usu. Gaun labuh hingga ke buku lali dan berlengan 3 suku. Khadija sekarang ni berfesyen agak muslimah. Lengan baju kena dilabuhkan sesuai untuk budak cerewet macam Dija.
Baju untuk Fatihah pula lengannya sengaja saya minta potongan sebegini. Takut Fatihah rimas. Mujur Fatihah masih belum secerewet kakaknya.
Kain lebihan baju raya, saya minta Mak Usu jahitkan gaun untuk Fatihah. Comel dengan ditambah jahitan bunga riben kecil yang dibeli siap.
Ni pula gambar bunga pahar yang saya sempat bantu dalam 5 batang sahaja. Tangan kurang berseni dan saya rasa kurang sabar untuk buat kerja halus seperti ini.
Bunga rekaan pengantin sendiri. Cantik.
Baju pengantin. Saya juga sukakan baju ni. Sangat cantik di mata saya. Terasa macam nak bersanding sekali lagi dengan Hakim je.