Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, October 6, 2008

Hari Terakhir Berpuasa

At Last, hari terakhir puasa baru dapat berbuka kat luar. Yelah sbb suami tak nak ketinggalan solat terawih. Kalau dah malam raya, kebanyakan hotel dah takde buffet ramadhan, so kita orang berbuka kat Pizza Hut Bukit Tinggi aje dan keluarga mertua ada join kami jgk pada malam itu. Lepas settle berbuka, solat maghrib dan diikuti dengan shopping beli kasut saya dan suami.



Seronoknya Khadija.



Yeye aje, macam dia yang puasa pulak.



Cik Adik & MIL.



Mama yang sentiasa cute.



Khadija yang tak tau duduk diam. Dapat lepas, habis semua tempat dia pusing.



Main cak2 dengan anak cina dalam kedai.



Anak sapa ni eh?

Baking Project

Bangganya, first time buat kek buah kukus, terus menjadi.....Resepi diambil dari http://resipinoraini.blogspot.com. Blog ni boleh dipercayai sbb memang pakar buat kek dan biskut. Selain daripada kek buah kukus, ada jugak try buat kek marble (krim belang coklat) letak dalam cawan kertas tabur coklat chip. Kek ni pun menjadi, ikut resepi kak Ti. Proses membuat kek dibuat di rumah mak, untuk kek buah, bantuan mak diperlukan untuk membuat gula hangus. Untuk pengetahuan, kek buah dikukus selama 4 jam start pukul 9.00 malam sampai 1.00 pagi sbb menurut resepi lagi lama dikukus lagi tahan lama kek tu.



Proses memukul mentega dengan gula sampai naik gebu supaya kek yang dihasilkan lembut.



Menyukat tepung.



Hasil pukulan mentega dan gula.



Kek yang siap dikukus.



Baki banyak ni untuk saya, yang lain dah diagih2 kat mak, kak ti, mak lang dan mak utih buat rasa.

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Hari ni dah 18 hari umat Islam menunaikan puasa. Lagi 12 hari insyaallah semua akan beraya. Kalau diikutkan banyak jgk aktiviti yang saya buat pada bulan puasa tahun ini. Secara keseluruhannya, kebanyakan juadah berbuka (kalau tak berbuka kat rumah mak) dimasak sendiri. Ada jgklah yang pernah beli. Tapi disebabkan bila fikir tak berbaloi dan mahal, terus ambil keputusan masak walaupun tak se terror mana. Antara menu yang dicuba dan ada jgk rasa adalah nasi ayam, mee kari, donut, pau sardin. La, bila disenaraikan sikit je rupa2nya yang saya masak. Yang lain2 kebanyakannya tapau dari rumah mak. Yelah, selalu sampai rumah pun hampir 6.30 petang, kelam-kabut belum lagi dgn si Khadija dok mengacau tolong susun dan sepahkan barang kat dapur. Entry untuk gambar bulan puasa ni agak malas sikitlah. Saya pun dah berjaya menghias serba sedikit rumah saya tu dgn memasang langsir, mengubah warna cat dinding (sbnrnya nak warna merah cili tapi bila dah cat rupa2nya warna pink) dan memaku beberapa aksesori sebagai hiasan dinding. Syukur alhamdulillah. Lagipun rumah yang kemas dan tersusun bukankah membuatkan penghuninya tenang sepanjang masa untuk berada dalam rumah. Heheheh.


Wednesday, August 20, 2008

Hari Bersejarah Buat Suamiku

Tahniah! Suami saya dapat Anugerah Khidmat Cemerlang baru-baru ni. Semoga terus cemerlang pada masa-masa akan datang dalam kerjaya, dunia dan akhirat. Amin.....






Khadija 1 tahun 3 bulan



Kalau suruh abah jaga macam ni lah, Khadija main air pun tak kisah. Dia kata janji diam.



Hisy, main lap2 kat muka ni yang saya paling bengang. Nanti berkudis pulak anak saya.



Mula2 memang rakam aksi dia. Lama2 bengang terus angkat bawa dlm rumah. Apalagi menjeritlah Khadija menangis.



Gambar ni kat laman rumah mak. Waktu petang sambil Khadija dgn abang Nurdeen tunggu kepulangan daddy, ibu, abah dan mama masing2.



Memang rapat mereka berdua ni.



Anak siapa ni eh?



Lebih mirip dengan sapa? mama ke abah dia?

Tuesday, July 29, 2008

Main Masak-Masak








Tengok tajuk, macam main2 je memasak. Tapi tak kot bila tengok gambar. Walaupun simple2, sepah jugak dapur saya tu. Macam donut tu mula2 nak ikut resepi yang ambil dalam internet. Lepas tu bila call Kak Ti tanya dia, resepi dia lagi senang dan 'guarantee jadi'. Apa lagi terus try dan akhirnya menjadi. Lepas tu, yang ikan kukus tu ikan jenahak. Disebabkan nak makan makanan yang sihat, saya kukuslah daripada digoreng. Siap beli pengukus lagi. Makan plk dengan air asam dan kicap. Best jugak sekali-sekala, kalau selalu muak jgk.


Taman Laranganku






Suami saya yang beria-ia benar nak buat landskap kat tanah sekangkang kera rumah kami tu. Akhirnya terhasillah hasil kerja tangan kami. Tapi gambar yg ada ni tak lengkap lagi sbb masa tu belum tanam rumput carpet lagi. La ni dah ada rumput carpet, pastu kat dalam 'fountain' tu dah ada ikan talapia kecik. 'Fountain' tu plk pemberian mak uda saya. Dia dah tak nak sbb dah boring kot dengan landskap rumah dia. Ok jgk, bunyi deruan air jadi terapi minda kepada kami.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...