Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, November 18, 2008

Happy 29th Birthday

Selamat Hari Jadi Abah! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan cemerlang di dunia dan akhirat.....AMIN.



Cupcake ni diorder dengan As. (Terima kasih As, sedap sungguh!!!). Mulanya memang bercadang nak buat kek sendiri tapi disebabkan kekangan masa, beli jelah.



Celebrate birthday abah tahun ni agendanya makan2 kat rumah dan di luar pastu jalan2. Itu aje. Yang penting kami happy!!!

Monday, November 10, 2008

Sungai Tekali, Hulu Langat

Sungai Tekali ni dekat Hulu Langat, on the way pergi sana memang banyak sungai-sungai yang akan kita tempuh contohnya Sungai Congkak dan Sungai Gabai. Air Sungai Tekali ni cetek je. Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. Oh ye, mula2 plan ramai yang nak pergi, tapi semua ada hal last minute, macam adik saya ada kursuslah, sepupu ada hal lah, macam2 lah lagi. Tapi akhirnya kami teruskan juga pergi sbb suami saya nak release tension mandi-manda kat sungai. Air kat situ cetek je, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda dan masa kami pergi tu majoriti ibu bapa yang bawa anak-anak kecil ke situ.



Cetekkan airnya? Khadija pun boleh terapung-apung.



Tengoklah Khadija tu.



Pakai baju mandi.



Abah tengah sibuk pasang khemah.



Kakak Sarah.


Abah mithali.


Kakak Sarah yang dah nak remaja.


Cousin...


Cerita Pasal Pinggan Mangkuk

Saya memang berhasrat nak buat jualan langsung set pinggan mangkuk jenama Arcopal. Untuk permulaan saya nak berkongsi cerita pasal set pinggan mangkuk yang saya gunakan sehari-hari di rumah kami sendiri. Mulanya kami gunakan set melamine je. Itu pun set yang saya beli secara main kutu masa mula-mula bekerja di Diperdana dulu. Sebenarnya tak minat pun dgn barang2 melamine ni sbb di rumah mak pun kami tak gunakan barang-barang macam tu. Disebabkan dah ada, masa mula-mula kahwin dulu saya pun gunakannya.

Tapi, sejak kebelakangan ni, bila sepupu saya Fiza menceritakan kesan-kesan buruk bila gunakan barang-barang melamine atau plastik terus saya bungkuskan kesemua set melamine saya. Seterusnya saya gunakan set kaca pemberian arwah Nenek Hajjah Mariam sempena perkahwinan saya tu. Mulanya memang sayang nak pakai, nanti boleh beli lagi, saya pun gunakan. lagipun kan banyak set yang ditawarkan oleh Arcopal....So, azam saya tahun depan akan kumpul duit untuk dapatkan set terbaru Arcopal. Hehehe.....

Bagi yang berminat untuk membeli juga, saya tawarkan belian secara ansuran bulanan sehingga 10 kali bayar bagi harga yang melebihi RM500.00. Apa lagi?



Set melamine.



Memang ringan dan tak risau pecah, tapi.....kesannya???



Ha, ni set kaca yang arwah Wan bagi.



Ringan dan kena hati-hati guna. Yelah banyak kenangan ni.

Taman Buatan

Inilah gambar-gambar landskap yang terhasil di taman buatan suamiku setelah dua bulan berlalu. Ok apa?



Bawah pokok mata kucing ni ada pokok ulam pegaga yang disemai oleh suami yang mana benih ulam tu diambil dari celah rumput rumah kat kampung dia. Pokok mata kucing tu beli kat Sepang. Mungkin lagi 6 bulan dah keluar hasillah tu (buah).



Rumput carpet yang makin subur.



Di tepian pagar.



Cantik tak?

* Syukur Alhamdulillah, beruntung saya dapat suami yang rajin mengindahkan luar dan dalam rumah.

Gambar-Gambar Baru Khadija Amanina bt. Hakim






Thursday, November 6, 2008

PENGUMUMAN TAK BERAPA PENTING!!!

OLEH KERANA DAH AGAK RAMAI YANG VIEW BLOG SAYA NI TERPAKSALAH SAYA BUAT PENGUMUMAN SIKIT....PADA MULANYA BLOG INI UNTUK PERIBADI JE, MALU NAK SHARE DENGAN ORANG LAIN, TAPI TAKPE SAYA MENGHARGAINYA SBB SAYA PUN SUKA VIEW BLOG ORANG JUGAK.

TAPI BUAT SEMENTARA WAKTU NI SAYA AGAK SIBUK DENGAN TUGASAN DI PEJABAT DAN ADAKALANYA MASALAH SISTEM DI SINI MEMBATASKAN SAYA UNTUK MENGEMASKINI AKTIVITI DI DALAM BLOG INI. WALAU BAGAIMANAPUN, SEBENARNYA BANYAK GAMBAR DAN CERITA NAK SHARE, NANTI LAH SAYA UPLOADKAN, ANTARANYA KISAH PEGI MANDI SUNGAI DI SUNGAI TEKALI, HULU LANGAT, KISAH BASIKAL YG BARU DIBELI SUAMI DAN PINGGAN MANGKUK (HEHEHE, SBNRNYA SKRG NI TGH CUBA2 NAK JUAL PINGGAN JENAMA ARCOPAL, BOLEH BAYAR ANSURAN BG YG BERMINAT) TERMASUK PENGHANTARAN.


Monday, October 6, 2008

Khadija 1 tahun 5 bulan











Perkembangan terbaru Khadija pada umur 1 tahun 5 bulan.....

i. Menari bila dengar muzik. Tarian akan berubah mengikut muzik. Entah mana dia belajar pun tak tau. Abah dia cukup marah tengok gelagat tu, takut dia minat muzik plk nanti. Tapi mak lang kata budak2 memang macam tu, slowly akan berubah ikut umur dan bila dah tau malu nanti.
ii. Tadah tangan bila orang baca doa makan. Tapi belum habis baca dia dah amin dulu.
iii. Lincah sangat. Kalau tak awasi meja pun dipanjat dan atas katil main lompat2.
iv. Mudah dapat kawan dan pasti didekati oleh kanak2 sebaya dia sebab dia ni pandai main.
v. Suka main benda pelik2 yang bukan mainan dia. Anak patung dia buat tak kisah je tapi ada seekor beruang kecil yang mak cik nor bagi dia sayang. Selalu dia cium sampai bunyi 'muah'.
vi. Dah mula cakap sikit2. Contoh kak untuk bukak, nak, tak, nor utk mak cik nor (bengang je nor). yor untuk pak usu meor, of course mama, abah.....lagi2 kalau tengok gambar kami kat dinding.
vii. Makin cute (puji anak sendiri)....Lepas ni kena suruh abah panggil bijak atau cerdik pulak ganti panggilan cantik untuk dia.
viii. Tak banyak ragam dan senang diurus serta tak cerewet makan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...