Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, October 6, 2010

Magika di MBO Cinema, Port Klang

Kami dah menonton Magika arahan Edry Abdul Halim. Kami menonton tayangan filem tersebut pada pukul 9.00 malam di Bangunan Harbour City, Port Klang. Kalau nak tahu, bangunan Harbour City ni terletak hanya beberapa jengkal dari rumah mak saya di Telok Gadong tu. Kalau jalan kaki mungkin makan masa dalam 15 minit sebab kena merentasi jalan besar Persiaran Raja Muda Musa. Kalau naik kereta dalam kurang 5 minit dah sampai.



Seronok cerita ni, semua ada di dalam satu cerita. Komedi + Romantik. Lebih kurang macam siri muzikal di TV3, Hotel Mania yang diselang-seli dengan nyanyian.



Budak bertuah yang belum minta nak menonton wayang, tapi mama dan abah yang beria-ia nak bawa. Tapi tengok jalan cerita yang sesuai untuk umur Khadijalahkan?



Dengan abang Naim.



Mak cik nor yang tak lekang dengan handphonenya. Mengalahkan wakil rakyat.



Ikan Siakap Kukus

Dah lama saya tak memasak. Sepanjang bulan Syawal ni, boleh dikatakan dapur kami tu amat kurang berfungsi sama sekali. Mana taknya, disebabkan jemputan open house yang terlampau banyak terpaksa kami penuhi. Jadi dapur pun tak berasaplah.



Saya pun sebenarnya tak berapa pasti ni ikan siakap ke kerapu. Masak yang paling simple atas permintaan Hakim. Stim aje, senang, cepat dan mudah.



Hidangan yang sihat. Sedia untuk dimakan dengan nasi putih panas-panas di tambah pula dengan cili kicap/air asam, memang terangkatlah makan malam kami hari tu.

Sekali lagi saya amat bersyukur sebab punya suami yang tidak cerewet dan remeh dalam hal makan.



Barbeque Di Telok Gadong

Sebelah malam, pada hari yang sama selepas balik dari KLCC, kami mengadakan barbeque di Telok Gadong. Rancangan nak adakan barbeque ni pun merupakan cadangan saya dan Hakim. Bahan-bahan barbeque disediakan awal sebelum kami ke KL hari tu. Jadi takde masalah, walaupun agak keletihan. Program tetap diteruskan dan berjalan lancar malam tu.



Ikan cencaru dan ikan kembung menjadi pilihan kami.



Ayam yang dah diperap dengan segala rempah ratus yang diadun oleh mak.



Ikan yang dibalut diletakkan atas bara. Pantang angkat je, habis lesap dimakan oleh kami.



Ayam yang separuh masak. Time ni ramai dah menunggu tak sabar-sabar nak makan.



Sekali-sekala berbaque memang seronok.



Adik bongsu saya, pak usu Meor sedang mengipas. Dia ni penyabar orangnya.



Selain dari ayam dan ikan, menu malam tu adalah mee goreng dan pizza.

Barbeque diadakan bersekali dengan majlis hari jadi Naim. Cumanya takde kek malam tu. Yang bestnya, hampir kesemua ahli keluarga yang dijemput hadir. Nasib baik juga dah selesai berbabeque barulah hujan turun selebat-lebatnya.



Jalan-Jalan KLCC

Persinggahan kami ke KLCC ni tak lama, dalam sejam je selepas ke open house rumah Siti. Atas cadangan mak uda juga, kami beramai-ramai ke KLCC ni. Kami tak pun berjalan-jalan di dalam shopping mall tu, kami cuma duduk-duduk sambil mengambil angin petang di taman KLCC.



Bangunan KLCC.



Sekali-sekala bawa mak berjalan. Mak saya ni bukan suka sangat berjalan, terutama kalau di ajak ke shopping mall, pasti ditolaknya. Tapi kalau di ajak ke pasar, Tesco, Mydin atau Econmart, pasti mak saya bersedia bila-bila masa.



Fatihah tak nak dipegang, nak bebas berjalan sendiri. Jenuh kami mengejarnya.



Sebelum balik, Hakim bersama anak-anak bergambar di pameran motor GP Petronas yang diadakan di ruang legar berhampiran air pancut.



Undangan Open House

Sepanjang bulan Syawal ni boleh dikatakan tiap-tiap hujung minggu kami memenuhi undangan open house samada oleh rakan sekerja atau saudara mara. Tak kira siang atau malam, semua mengambil peluang untuk mengadakan majlis makan-makan bagi meraikan sahabat handai. Disebabkan terlalu banyak undangan, ada juga yang tak dapat saya hadiri. Maaflah, ditambah pula dengan kerenah anak-anak kecil yang berubah ragam bila dah kepenatan dan kepanasan, maka kami juga terpaksa menghadkan kunjungan sehingga waktu petang sahaja.



Sebelum berangkat, kami 3 beranak berposing dahulu.



Susah betul nak dapat mood yang baik dan gaya yang menarik untuk rakam gambar Khadija dan Fatihah. Si kakak sekarang ni, kalau nak berjalan je, mesti minta dipakaikan lipstik, gelang, jam tangan dan sepit kat rambut. Nak merias dia je, ambil masa 15 minit. Si Fatihah pula, jenuh nak kawal kelasakan dia.



Masa ni kat rumah salah seorang kawan Hakim. Khadija kalau diperhatikan, lebih suka berkawan dengan budak lelaki berbanding perempuan. Kalau di rumah dengan 2 pupunya Nurdeen, kalau di rumah nenek dengan Hazami, Aqilah dia tak pandang, kalau di Taska yang disebutnya Qayyum, Darwish atau Izad. Nama budak perempuan tak disebut langsung. Andaian saya, Khadija suka berkawan dengan lelaki sebab dia akan diberi perhatian lebih dan budak-budak lelaki pasti mengalah dengan kerenah dia, berbeza dengan budak perempuan yang sikit-sikit akan merajuk.



Gambar ni pula dirakam sebelum kami ke KL minggu lepas. Breakfast di NLK Bistro, Kapar.



Kami dengan disertai oleh ahli keluarga lain memenuhi undangan open house ke rumah sepupu saya, Siti Aisyah (anak pak anjang yang menetap di Nilai). Rumah banglo sebuah-sebuah yang diduduki oleh beliau ni terletak di Desa Haras, Hulu Klang (berdekatan dengan Zoo Negara). Kalau diikutkan kami sejak kecil lagi sering ke Hulu Klang ni, atuk Siti ni dah macam saudara rapat kami je.



Khadija dan Nurdeen.



Dari kiri - Naim, mak saya, mak lang dan mak uda. Entah apa yang dipandang mereka agaknya.



Atuk Siti yang berkerusi roda. Fatihah bukan main suka lagi, bebas berjalan di dalam ruang tamu yang luas.



Tengoklah budak lasak yang tak tahu duduk diam.



Bersama mak usu Umi, adik bongsu Siti.

Kesimpulannya, bila ada majlis sebegini, dapatlah kita mengenali dengan lebih rapat lagi pasangan kawan-kawan kita dan bagi saudara-mara pula, dapatlah dieratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan yang ada.


Wednesday, September 29, 2010

Masa Bersama Khadija

Pada hari raya kelima, saya yang masih bercuti telah merancang untuk menonton wayang bersama Khadija. Plan untuk menonton wayang ni sebenarnya dah berlegar dalam fikiran saya sebelum hari raya lagi. Apalagi, bila dah ada masa yang sesuai, saya pun membawa Khadija menonton di Jusco, Bukit Tinggi, Klang. Disebabkan Hakim dah mula bekerja, terpaksalah saya berseorangan membawa Khadija.



Movie Cats & Dogs. Best cerita ni, Khadija dan saya memang enjoy menontonnya. Semangat setiakawan walaupun berlainan spesies iaitu anjing dan kucing yang sepatutnya dicontohi oleh manusia.



Wayang start pukul 3.20 petang. Oleh kerana kami sampai awal, kami pun meronda di dalam Jusco dahulu. Sebab nak melekakan Khadija dengan masa yang lambat berjalan, ditambah dengan permintaan yang bukan-bukan, saya pun bawa Khadija ke kedai buku Popular.



Khadija kalau nampak buku memang leka, pujian diberikan pada dia sebab memang sukakan bahan bacaan berbanding mainan.



Sebelum memasuki wayang.



Geram dengan Khadija sekarang ni, banyak betul kerenahnya. Kalau bercakap memang petah sekali. Sekarang ni pun, dia dah jadi rakan berbual saya. Tak berhenti-henti cerita dan pertanyaan yang keluar dari mulut dia pada sepanjang perjalanan kami di dalam kereta pada setiapkali saya memandu dari rumah mak ke rumah kami di Tok Muda, Kapar. Taklah sunyi perjalanan kami.



Tuesday, September 28, 2010

Open House & Birthday Fatihah

Kalau diikutkan bukanlah open house sangat, cuma makan-makan yang dihadiri oleh keluarga terdekat, beberapa jiran dan kawan-kawan Hakim. Seperti yang dihasratkan oleh saya, sambutan birthday Fatihah yang ke setahun turut disekalikan pada cuti Hari Malaysia tersebut.



Kuih raya dan kek. Kalau perasan kuih raya rumah saya takde kerepek-kerepek, sebab kerepek hanya untuk kudapan tuan rumah sahaja.



Menu yang dihidangkan pada hari tersebut, amat ringkas dan mudah. Sup tulang/daging lembu yang saya masak seperiuk besar. Sup dimakan samada bersama mihun, mee atau nasi. Selain itu, dadih dan air nenas hasil buatan sendiri turut menjadi menu pilihan kami.



Sup yang dialihkan ke periuk kaca yang lebih kecil. Sup ni mendapat pujian daripada semua yang datang, hinggakan ada yang membungkus dibawa balik.



Kek coklat moist ni ditempah dengan mak usu saya. Harga hanya RM35.00 sahaja.



Si Khadija mula-mula dipakaikan baju gaun ni, kemudian dia minta tukar kepada baju lain. Memang cerewet dan memilih.



Sepupu sulung Khadija sebelah keluarga saya, Abang Naim dan kakak saya yang bertudung labuh, Hajjah Norhayati.



Adik saya memangku Fatihah dan mak utih @ cikgu Siti Rahimah.



Sepupu saya, cikgu Amirah dan mak lang.



Kakak Sarah merupakan adik kepada abang Naim.



Baju dan skirt legging ni menjadi kegemaran Khadija sekarang ni. Terpaksa saya sorokkan supaya dia tak nampak, kalau tak asyik nak pakai baju yang sama ni je.



Berposing sebelum tetamu datang.



Dalam pukul 2.30 petang, semua yang dijemput datang bersekali. Apalagi riuh-rendah dan penuhlah rumah kami ketika tu. Ni baru ahli keluarga sahaja, belum lagi beberapa kawan Hakim yang datang. Tambahan pula jiran sebelah rumah kani pun turut mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama.



Tak cukup di dalam rumah, di luar pun ramai tetamu yang duduk.



Acara kemuncak, sambutan birthday Fatihah.



Cenderahati dari kami adalah belon-belon yang dipegang tu.



Fatihah budak jelita yang ceria bila ramai orang. Tengok! Bukan main lagi dia tergelak. Suka dikerumuni orang ramai.



Lilin bukan Fatihah yang tiup, tapi Khadija.



Kakak Khadija yang sibuk nak kek, tapi tak dimakan pun.



Mak mertua dan ipar/biras.



Sebelum mengakhiri entry ini, dipaparkan gambar sudut hiasan rumah kami yang paling saya gemari, tak jemu mata memandang. Kedudukan console table dan cermin ni diubah ke kedudukan berlatar belakangkan dinding berwarna krim dengan tambahan 3 bingkai gambar yang senada dengan warna perabot, menjadikan suasana di situ seakan-akan 'hidup'.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...