Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, November 15, 2010

Ubi Ketuk



Ubi kayu yang dibawa balik Hakim hasil pemberian kawan sepejabat. Ada dalam 4 batang kesemuanya.



Hajat dihati nak buat kuih ubi ketuk goreng. Bahan-bahan :- ubi kayu yang direbus dan dilenyek + kelapa + sedikit garam dan gula.



Campuran adunan tu kemudiannya dikepal-kepal menjadi bulat.



Sebelum digoreng, sadurkan kepalan ubi bersama tepung yang dicampur sedikit kunyit.


Wednesday, November 3, 2010

Puding Caramel

Puding caramel, dah lama tak buat sampaikan saya terlupa resepinya. Kalau ikutkan memang mudah sangat buat puding ni hanya menggunakan susu cair, telur, gula dan esen vanila. Seterusnya ia dikukus selama 40 minit atau lebih. Sebab dah lama tak buat puding ni pun adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran kerana hanya saya yang gemarkan puding ni. Yelah tak semua sukakan puding yang bercampur telur dengan kuantiti yang banyak, walaupun setelah dicampur esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir, bagi mereka yang amat sensitif masih terbau-bau hanyir telur tersebut.



Untuk satu tin susu cair dan 5 biji telur. Dapat menghasilkan puding caramel berkuantiti sebegini. Sebenarnya yang membuatkan puding ni sedap adalah gula hangus. Saya tak berapa pandai menghasilkan gula hangus. Walau bagaimanapun, hasilnya masih tetap sedap.



Saya turut memasukkan sebahagian kecil di dalam bekas plastik untuk 'testing' samada ia selamat dikukus atau tidak.



Kalau nak tahu, hanya saya yang menghabiskan kesemuanya. Hakim pun kurang gemar dengan telur, cuma rasa dalam sesudu sahaja.

Beralih kepada cerita mengenai telur, saya dari kecil sudah terbiasa makan telur separuh masak untuk sarapan pagi kami. Kalau tiada sarapan yang berat seperti nasi goreng, sekurang-kurangnya telur separuh masak yang dicicah bersama roti menjadi sarapan kami adik-beradik. Menurut mak, ia mempunyai banyak khasiat. Dan saya masih terikut-ikut sehingga kini yang mana adakalanya masih teringin untuk bersarapan pagi dengan telur separuh masak yang diletak kicap, dimakan pula dengan roti, memang best. Sungguh berbeza dengan Hakim yang tidak gemarkan telur sama sekali.

Tentang sarapan pagi pula, saya tidak pernah sama sekali tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja. Sekurang-kurangnya air teh dan roti yang disediakan oleh mak saya. Secara kesimpulannya, saya akan terapkan pentingnya sarapan pagi kepada Khadija dan adiknya yang mana Insya'Allah akan saya sediakan kepada mereka apabila mereka bersekolah nanti.




Monday, October 25, 2010

Abah Oh Abah!

Selama 2 malam berturut-turut kami mengikut Hakim ke padang dataran Shah Alam bersempena dengan 10 Tahun Bandaraya Shah Alam iaitu pada malam pertama 8 Oktober 2010, untuk acara raptai bagi program sebenar pada keesokan harinya. Hakim terlibat di dalam acara kawat kaki bagi mewakili Majlis Perbandaran Klang. Kalau diikutkan memang penat, tapi atas kemahuan saya sendiri, kami bertiga menjadi penunggu setia pada sepanjang program berlangsung.



Fatihah dan Khadija yang seronok dilepaskan bebas di padang. Sebenarnya memang jenuh dan tak menang tangan untuk mengendalikan 2 orang anak sekaligus berseorangan. Nasib baik juga kami cuma ditinggalkan lebih kurang 3 jam je.



Kesian Khadija masa ni, cuaca agak panas ketika itu. Yelah dah ratusan manusia membanjiri kawasan dataran, mestilah cuaca yang sejuk jadi panas kan? Khadija masa ni sebenarnya tak berapa sihat, kena serangan cirit-birit.



Fatihah pulak, sebelum acara bermula, dah lena.



Acara perbarisan dimulakan dengan lintas hormat daripada pasukan berkuda MBSA.



Pancaragam.



Pasukan kawat kaki dari Majlis Perbandaran Klang.

Kami beredar awal lebih kurang jam 10.30 malam iaitu sebelum program berakhir. Perkhabaran gembira kami dapat keesokan paginya yang mana pasukan perbarisan dari Majlis Perbandaran Klang berjaya mendapat tempat pertama pada acara kawat kaki untuk kategori Perbandaran pada malam tersebut. Tahniah untuk Hakim, memang berbaloi-baloi sebab dapat baju batik ditambah pula mendapat pengiktirafan daripada pihak pengurusan Majlis.




Tuesday, October 19, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Di Taska MPK

Pada 8 Oktober bersamaan dengan 29 Syawal, Taska Komuniti dan Pusat Jagaan MPK telah mengadakan majlis sambutan hari raya secara anjuran bersama oleh Persatuan Ibu Bapa Taska, pihak Majlis dan pihak Taska. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dan berjalan lancar.

Kalau ikutkan, taska bagi kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun dah pun mengadakan majlis sambutan sebelum ini. Cumanya pada kali ini, ia diadakan bersekali dengan kanak-kanak transit yang dah bersekolah dari peringkat sekolah tadika hinggalah ke sekolah menengah (dalam 2/3 orang). Jumlah keseluruhan kanak-kanak di pusat transit ni adalah lebih kurang 50 orang.

Saya sebagai warga kerja MPK, berasa amat bersyukur kerana kemudahan seperti ini disediakan kepada kakitangan. Kalau diikutkan, pusat transit tersebut bukanlah di bawah pihak Taska, ianya di bawah kendalian pihak Majlis sendiri, cumanya pihak Taska membantu memantau bersama-sama.



Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Setiausaha @ Timbalan YDP, MPK.



Khadija seronok dapat duit raya.



Kalau tak silap saya nama budak di sebelah Khadija tu, Darwish.



Beratur bersama kanak-kanak sebaya Khadija untuk pulang ke rumah sebelah (taska).



Saya berlatarbelakangkan ibu-ibu yang sedang sibuk mengambil makanan. Menu makanan dari pilihan kami selaku AJK tahun 2010.



Dari kiri - Pengerusi Taska, Puan Hajjah Mahanom, Tuan Setiausaha, Encik Jeffrey selaku Pengerusi Taska dan Encik Zaireezal selaku Pengarah Khidmat Pengurusan (bos saya).



Monday, October 18, 2010

Gambar Makan-Makan

Makan di luar ni selalunya berlaku bila saya malas atau penat nak masak. Tambahan pula kalau Hakim yang suarakan untuk makan di luar, apalagi memang seronoklah mama. Tak payah sepahkan dapur untuk makan tengahari @ malam kami.



Khadijalah yang paling suka kalau makan di luar, lagi-lagi kalau di restoran makanan segera.



Si kecil pun dah pandai dah sekarang ni, nak duduk sendiri. Mungkin bebas bagi dia.



Khadija dengan 'drumstick'nya.



Adik dan mama. Adik ni memang pantang dengan apa-apa benda sekalipun, mesti nak dihisapnya.



Gambar ni dirakam masa kami makan malam di Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram. Kami memang kerap makan di sini. Bagi saya, kalau setakat nak makan sambil mengambil angin petang di sana, bolehlah order yang goreng2 macam nasi goreng ke, kuetiau goreng ke...... sebab harga masih RM3.00 kalau tak silap saya. Rasa pun sedap dan yang paling best kuantitinya yang banyak. Kalau setakat nak makan udang @ sotong goreng tepung tak payahlah ke sana, pasal harga agak mahal dan kuantiti amatlah sedikit.



Khadijalah paling best pasal dapat bebas bermain di sini.



Suasana menjelang senja di pantai Jeram.




Mama dan adik yang tengah mamai, baru sahaja bangun dari tidur.

Telatah 2 Beradik

Bila kenangkan nasib pasangan yang dah lama berkahwin dan tidak dikurniakan anak, saya rasa amat bertuah dan bersyukur kerana punya anak, walaupun kadangkala kerenah mereka ni meruntun kesabaran saya. Buruk dan baik perangai mereka, sayalah yang bertanggungjawab mencorak dan membentuknya. Insya'Allah saya akan jadikan anak-anak saya insan yang terbaik di dunia dan akhirat.



Geram betul dengan keduanya.



Si cerdik dan si bijak.



Yang memasukkan Fatihah ke dalam trolley pasar ni memang kerja saya. Fatihah punyalah suka masa ni, sampai tak nak keluar.



Aktiviti kat rumah sekarang ni, Fatihah suka memanjat.



Si Kakak pula sekarang ni asyik nak melawa. Kalau boleh siang malam nak pakai 'jeans'.



Suka tengok gambar ni, sayang betul Khadija dengan adiknya.


Bilik Khadija

Ingat lagi saya dengan kata-kata Khadija yang bertanya dengan tutur kata yang tersusun, petah dan tak pelat langsung. "Mama, kenapa tak buat bilik untuk Dija?, Dija nak bilik macam mak cik Ainlah mama, mama buatlah Dija bilik ye?" Dan baru-baru ni, boleh pula si Khadija tanya, "Abah, kenapa bilik Dija takde toilet?" Saya tak sangka yang saya dah punya anak yang pemikirannya matang dari usia sebenarnya yang baru 3 tahun +++ dan boleh jadi kawan berborak kami ketika ini. Dan kalau dibandingkan dengan sepupu Khadjia yang sebaya dengan usianya, saya rasa perkembangan Khadija memang lebih advance.



Bilik Khadija yang dah sediada.



sebelum ni bilik ni dipenuhi macam-macam barang, kira macam stor jugalah.



Punyalah senang hati si Khadija, siap ada tv lagi kat bilik dia.

Sekarang ni saya sedang plan nak hantar Khadija mengaji. Bukan saya tak boleh ajar sendiri, cuma sukar nak mendisplinkan anak sendiri. Biar berguru dengan orang, mungkin Khadija akan lebih segan dan mengikut kata, berbanding kalau mama @ abah yang ajar. Ada je alasannya, mengaji sepatah dua dah berhenti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...