Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 28, 2010

Percutian Ke Melaka & Port Dickson

18, 19 dan 20 Disember 2010, kami sekeluarga bercuti ke Melaka dan PD. Di Melaka, kami menginap di Hotel Ming, Jalan Bendahara. Agak terbatas sedikit percutian kali ni disebabkan Hakim demam sesampai sahaja kami di Melaka.

Di deretan tempat penginapan kami pula, terdapat kedai urut yang mana kami berdua mengambil kesempatan mendapatkan urutan di kedai urut tersebut. Kebah sedikit demam Hakim untuk seketika, walau bagaimanapun disebabkan tak tahan dengan batuk dan selesema, pada petang tersebut juga, kami mengambil ubat di klinik. Agak membosankan juga percutian kami pada sebelah malam tersebut, kerana kami menghabiskan masa menonton tv di bilik disebabkan Hakim masih demam.



Pada keesokan hari, seawal jam 8.30 pagi kami dah check-out bagi meneruskan perjalanan ke lokasi-lokasi bersejarah di bandar Melaka. Tambahan pula, untuk mengelakkan kesesakan di pusat bandar tersebut membuatkan kami mengambil keputusan untuk keluar lebih awal. Ini merupakan percutian kedua kali buat Khadija di Melaka. Manakala saya dah berkali-kali ke sana ditambah dengan mesyuarat dan kursus yang sering dianjurkan oleh MPK. Walau bagaimanapun, saya tak pernah jemu untuk ke Melaka ni.



Berlatar belakangkan bahtera/kapal.



Suka betul Fatihah dengan bunga.



Bersama abah tersayang.



Meriam yang dah tak berfungsi agaknya.



Fatihah kalau dapat berjalan sendiri, punyalah laju, penat nak mengejarnya.



Kalau ke Melaka, pasti saya takkan lepaskan peluang menaiki beca. Untuk 1/2 jam, kami dikenakan RM30.00.



Ada ikan dalam laut ni rupanya.



Menaiki bot menyusur sungai Melaka. Kadar tiket untuk dewasa sebanyak RM10.00. Manakala kanak-kanak 2 tahun ke atas hingga 12 tahun dikenakan RM5.00.



Atas bot.



Penginapan seterusnya adalah di Tiara Beach Resort. Aparment atau bilik ni kepunyaan kawan sekerja Hakim. Besar dan selesa bilik ni dan saya amat berpuashati, walaupun dikenakan 200.00 untuk semalam.



Pandangan dari atas bilik kami. Khadija paling 'excited'. Asyik merenung ke luar dan merengek ajak mandi di swimming pool sebaik sahaja kami sampai ke sana.



Seronok budak 2 orang ni dapat mandi kat swimming pool.



Main air sampai menggigil si Fatihah ni.



Saya dan Khadija.



Hari terakhir kami di sana, kami singgah di pantai PD. Walaupun gerimis ketika tu, Khadija masih merengek nak mandi di pantai.



Walaupun sekejap, tapi saya tahu budak 2 orang ni puas sebab dapat mandi laut.

Percutian memang seronok walaupun meletihkan. Dan saya bersyukur, walaupun lokasi percutian kali ni tak jauh dan Hakim kurang sihat, tapi kami enjoy.



Monday, December 27, 2010

Konsert Sinar Permata Kecil

Dah hampir 2 minggu, konsert ni diadakan tapi baru nak diceritakan di dalam blog ni. Konsert ni merupakan program yang julung-julung kali diadakan oleh pihak Taska MPK. Ia juga merupakan persembahan pertama Khadija di atas pentas yang mana bagi saya sebagai seorang ibu, amat berbangga dengan pencapaian beliau pada usia 3 tahun 7 bulan.

Konsert diadakan pada 17 Disember 2010 bertempat di Dewan Hamzah, Klang ini merupakan usahasama antara pihak Taska Permata/Pusat Jagaan MPK dan pihak MPK sendiri. Kami pula selaku barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Taska/Pusat Jagaan diminta membantu serba-sedikit bagi kelancaran program tersebut.



Sehari sebelum program berlansung. Kami diminta bersama membantu pihak Taska. Saya, kak Mai dan Kak Su menaiki lori Jabatan Taman Dan Rekreasi bagi mengangkut cenderahati dan hamper dari Taska ke Dewan Hamzah. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki lori yang sering digunakan untuk menjalankan operasi oleh anggota Penguatkuasa MPK ni.



Kak Su, kak Mai dan Umi (pengasuh Taska).



Malam sebelum program, kami sibuk di dewan. Saya merasa juga kepenatannya kerana sibuk ke Mydin dan Jusco untuk membeli cenderahati untuk dibungkuskan kepada kanak-kanak.



Suasana pada pagi sebelum program berlangsung.



Kanak-kanak dari Taska di bawa menaiki bas MPK ke Dewan Hamzah.



Menurut Khadija, 'Best mama, Dija naik bas warna merah pergi tempat kerja mama'. Lebih kurang 3 hari Khadija dan rakan-rakan menaiki bas untuk 'training' di Dewan Hamzah.




Berdisplin budak-budak ni especially Khadija.



Ekspresi wajah Khadija, walaupun nampak mama dan abah di hadapannya tapi beliau dapat mengikut arahan teacher untuk berada di dalam barisan.



Gerakan seakan-akan 'taekwando' oleh kanak-kanak berumur dari 5 tahun ke atas menyambut ketibaan tetamu VVIP.



Bergambar di atas pentas sebelum program berlangsung.



Pertunjukan akrobatik.



Persembahan pertama, lagu Doraemon.



Khadija mengetuai lagu 'Tomato' dan 'Watermellon'. Rakan-rakan lain menunjukkan gerak tari.



Khadija dan rakan-rakan mengalunkan zikir.



Tarian lagu Bunyi Gitar oleh Khadija.



Alunan zikir oleh Khadija.



Nyanyian oleh Khadija.



Menari beramai-ramai dengan alunan lagu Doraemon.

Sebagai seorang ibu kepada anak di usia Khadija, saya berasa amat bangga dan bersyukur dengan perkembangan Khadija. Dari program tersebut juga, saya dapat melihat yang Khadija seorang yang komited kepada tugasan yang diberi bermula dari latihan sehingga ke hari program berlangsung. Dan ketahuilah Khadija.......We Love U So Much.



Tuesday, December 14, 2010

Angin Petang Di Pantai Remis

10 minit perjalanan dari rumah kami, Taman Saujana Kapar, sampailah kami ke Pantai Remis, Jeram petang Ahad lepas.



Ramai sangat orang pada setiap hujung minggu di Pantai Remis ni.



Layang-layang yang dah tak balance. Tak boleh naik tinggi.



Khadija dan Fatihah yang seronok bermain pasir dan kulit kerang.



Kena perhatikan mereka ni sebab di celah-celah pasir ni ada kaca.



Budak comel yang manja.

Pantai Remis ni dah semakin terhakis, saya berharap pihak berwajib yang berkenaan dapat bertindak bagi menangani masalah hakisan ini. Selain daripada itu, saya dapati persekitaran kawasan juga tidak terjaga di mana sampah-sarap dibuang di merata tempat. Sepatutnya PBT yang bertanggungjawab bertindak memantau kawasan tersebut kerana ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu.



Monday, December 13, 2010

Foot Massage

Antara kesukaan suami saya adalah urutan kaki. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya sebulan sekali beliau mendapatkan urutan kaki ni. Dalam beberapa tempat yang pernah beliau dapatkan khidmat urutan ni, urutan oleh sepasang suami isteri cina di Tesco Bukit Tinggi, Klang nilah yang paling beliau gemari.



urutan refleksologi di tapak kaki sebenarnya berkait dengan organ dalaman kita.



Khidmat urutan selama 1/2 jam dengan kadar bayaran RM30.00.



Apek ni dapat mengesan masalah suami saya iaitu hidung tersumbat akibat selesema, sakit tengkuk dan kurang tidur.



Sebenarnya saya juga diurut oleh isteri apek ni. Menurut beliau, terdapat banyak angin dalam badan dan perut saya. Justeru beliau menasihatkan saya supaya mengelakkan dari memakan pisang, pulut, kacang panjang, timun, kangkung dan susu pekat manis.




Friday, December 10, 2010

Wedding Nor & Ajib

Syukur Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Majlis pernikahan dan kenduri walimatulurus Nor dan Ajib telah selamat berlangsung pada 3, 4 dan 5 Disember 2010.

Cerita pada sepanjang majlis adalah secara bergambar.



Nor (panggilan di dalam keluarga) @ Azie @ Jijah memilih warna grey untuk majlis pernikahan. Majlis pernikahan diadakan di surau sebelah rumah kami di Telok Gadong selepas solat Asar.



Bersama saya yang turut mengikut warna tema, grey.



Selesai majlis akad nikah sekitar jam 6.30 petang. Satu pasangan lain termasuk Nor dinikahkan di surau yang sama pada petang tersebut.



Memilih songket purple untuk persalinan malam berinai.



Menepung tawar pengantin.



Persalinan sebenarnya ada 3, lagi 2 tak diambil gambar, maklumlah masing-masing dah keletihan. Masa ni dah hampir jam 12.00 malam.

Keesokannya semasa hari berlangsung, kamera saya buat hal yang sama. Jadi terpaksa menggunakan kamera Aswadi (adik ipar) untuk merakam gambar. Disebabkan menjadi tuan rumah di samping melayan kerenah Fatihah, agak terhad pergerakan saya untuk merakam gambar pada sekitar majlis berlangsung.



Antara tetamu yang tertua meraikan pengantin. Atuk Itam Awal ni adalah pangkat moyang kepada kami. Beliau merupakan bapa saudara kepada arwah atuk. Datang dihantar menaiki kenderaan walaupun rumah selang beberapa buah sahaja dari rumah kami kerana beliau dah tak larat berjalan.



Ayam panggang menjadi pilihan mak sebab mudah disediakan di samping nasi beriayani (menu utama yang wajib pada setiapkali kenduri kami), dalca, daging masak merah, acar buah dan jelatah. Turut disediakan kuih-muih dan bubur kacang serta dadih, agar-agar dan tapai sebagai pencuci mulut.



Meja pengantin. Gubahan dibuat oleh mak usu yang kreatif bersama sepupu-sepupu.



Khemah pun ikut warna tema, oren.



Majlis marhaban, cukur jambul baby Nur Hazirah Izzati dan tahlil turut diadakan sebelum majlis bersanding.



Khadija dan mak cik Ainnya. Baju pink hasil jahitan mak usu.



Kami.



Khadija dan Nurdeen Sani.



Bersanding di pelamin.



Acara memotong kek. Kek 3 tingkat turut dibuat oleh mak usu.



Naik seri wajah pengantin yang tak pernah bersolek sebelum ini.



Posing menarik.



Ramai yang tiada di dalam gambar ni. Susah nak kumpulkan semua orang yang sedang sibuk melayan tetamu.



Outdoor session di Taman Botanik.



Semasa menghantar pengantin ke rumah Ajib pada keesokan harinya.



Warna hijau menjadi pilihan di rumah sebelah lelaki.

Kami berempat (semua perempuan) dah selamat, sekarang hanya tinggal adik bongsu kami yang satu-satunya lelaki sahaja yang belum melangsungkan perkahwinan. Semoga beliau dipertemukan jodoh yang baik dan solehah. Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...