Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, November 5, 2013

Kawan Baru ~ Kaka dan Kiki

Kaka dan Kiki nama diberi kepada sepasang anak angsa yang saya gelarkan kawan baru kepada Khadija dan Fatihah.  Semata-mata diambil untuk berkhidmat sebagai 'pengawal' halaman rumah kami.

Ayat yang ditaip Khadija :-

Kaka dan Kiki awak tengah buat apa?  Tak adalah Kaka dan Kiki itu nama dia.  Ang, ang itu bunyi dia. Sebenarnya taik dia busuk tapi tak apalah sebab itu haiwan saya.  Ini pertama kali saya menjaga haiwan. 

Bagi can sikit dekat Khadija tulis untuk 'entry' mengenai kawan baru dia ni.  Ok, anak angsa ni kami ambil/beli dari sepupu abah Hakim sendiri yang memang menternak beberapa jenis haiwan di Ijok, Kuala Selangor.

















Suasana di belakang rumah Titon (nama sebenar sepupu abah Hakim ni memang saya tak tahu).  Kelihatan ada beberapa ekor itik yang dikurung dalam reban.  Ada juga yang dibiarkan berkeliaran bebas di luar tetapi dari spesis yang berlainan.

















Nilah dia anak angsa.  Menurut Titon usia anak angsa ni lebih kurang sebulan.  Dalam usia sekecil ni, lebih baik dikurung dalam reban kata dia.

















Kalau tak silap saya ni ayam turki.  Berat untuk setiap seekor ayam turki ni boleh mencecah sehingga 8 kg. Bayangkan harga seekor kalau sekilo sahaja dikira RM30.00.  Ayam turki ni mendapat permintaan yang tinggi dari kaum India bila ada perayaan.  Pernah dia jualkan beberapa ekor dengan harga hampir RM2,000.00.  



Proses mengalihkan anak angsa dari reban ke dalam kotak dilakukan oleh isteri Titon yang dah biasa dengan haiwan-haiwan ni.  Punyalah riuh bunyi angsa-angsa besar bila nampak kami ambil angsa kecil ni.

















Khadija dan Fatihah yang teruja dan  tak sabar nak bawa balik Kaka dan Kiki ke rumah.

















Pertama kali bela binatang.  Lebih kurang 1 jam juga mereka berdua duduk depan Kaka dan Kiki.  Melihat setiap pergerakan anak angsa ini.  Lagi pun Titon dah pesan, minta kami kerap tunjukkan muka dekat angsa ni supaya dia kenal tuan dia.  Taklah nanti bila dah lepas bebas, tuan sendiri yang disudu @ dikejar.

















Buat sementara ni, mungkin sehingga anak-anak angsa ni mencecah usia 5 hingga 6 bulan (tengok tahap kebesaran) kami akan letakkan dalam sangkar ni dulu.  Dalam perancangan, abah Hakim akan bina reban kecil di luar pagar kami untuk menempatkan angsa-angsa ini.



Mulanya saya ingat nak ikat riben berlainan warna kat kaki Kaka dan Kiki bagi membezakan mereka.  Yang si Kaka ni milik Khadija, manakala Kiki milik Fatihah.  Mujur seekor tinggi, seekor rendah. Terus sahaja saya menentukan yang tinggi tu Kaka dan yang rendah tu Kiki.

















Satu malam je anak angsa ni kami letak di 'porch' ni.  Pagi esoknya, abah Hakim terus alihkan di ruang kosong berbumbung di belakang rumah.  Angsa rupanya kerap buang najis.  Memang jijik dan busuk. Bagi mengelakkan bau busuk, lebih baik letak di jarak yang jauh.

Hingga ke hari ni, dah 2 minggu Kaka dan Kiki bersama kami. Alhamdulillah, mereka agak ok.  Yang pasti, bila Kaka dan Kiki dah menjadi angsa besar nanti, saya tak nak dibiarkan lepas dalam kawasan berpagar kami, biarlah mereka berkurung di dalam reban yang bakal dibina nanti.  Moga Kaka dan Kiki dapat menjadi kawan baik dan penghibur buat Khadija dan Fatihah serta berkhidmat menjadi pengawal rumah kami.






Friday, November 1, 2013

Galeri DiRaja dan Kek Batik

Abah Hakim sebenarnya yang beria-ia sangat nak bawa kami ke Galeri ni. Manakan tidak, beria nak tunjukkan anak-anaknya bekas bangunan pejabat yang pernah dia duduki sebelum ni.

Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz ni terletak di Jalan Stesen atau yang lebih tepat lagi berada di sebelah Pejabat Pos Klang.  Dahulunya bangunan ini merupakan salah satu pejabat cawangan Majlis Perbandaran Klang.  Abah Hakim pernah berkhidmat di pejabat ni pada awal tahun 2000 sebelum ianya diambilalih untuk dijadikan Galeri Diraja.  Terus terang, ini kali pertama saya ke sini walaupun jalan ini sering saya lalui.























Bangunan ni 2 tingkat.  Khadija dah pandai 'posing' ikut arahan.  Adik pula masih lagi ikut suka dia je.























Oleh kerana kami ni jenis orang yang ikut peraturan, gambar di dalam Galeri langsung kami tak rakam.























Syukur Alhamdulillah, kakak Dija dah mula nak bertudung bila keluar rumah.  Syabas Dija, permulaan yang baik bagi kamu.  Mama dulu pun bertudung sepenuhnya bila habis belajar di Politeknik.  Harapan kami semoga ianya berterusan.

















Di luar bangunan Galeri. 

















Masing-masing belum 'ready'.  Tapi cantik juga bila gambar 'candid' ni.  Siap ada tiupan angin lagi.

















Kami yang 'cute' (ayat perasan).

















Abah Hakim yang memang 'sporting'.  Love abah so much.

















Percubaan pertama, ambil gambar tengah lompat.

















Percubaan kedua yang nampak lebih menjadi.

Apa yang boleh saya komen, pengisian di dalam Galeri ni rata-rata adalah merupakan koleksi peribadi Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah.  Yang paling 'best' bagi saya bila lihat gambar Almarhum semasa muda, beliau memang seorang yang 'handsome'.  Terdapat juga carta susur galur Almarhum iaitu nama isteri-isteri dan anak-anak beliau.  Sebelum keluar dari bangunan ni, kami menonton rakaman semasa upacara kemangkatan beliau pada tahun 2001.  Tersentuh rasa hati......... Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah.

















Lokasi seterusnya selepas ke Galeri, kami ke Kampung Kuantan bagi menikmati makan tengahari.  Gerai makan asam pedas claypot menjadi pilihan abah Hakim.  Kami cuma mengikut sahaja.

















Asam pedas ikan pari menu pilihan saya.  Rasanya?  Bolehlah, tapi tak kena dengan tekak saya.  Setakat ni, asam pedas 'the best' bagi saya masih tetap dari air tangan mak.

















Adik yang agak 'moody' sebab mengantuk.  Adik ni makan masih kena suap, kalau tak memang tak berusiklah jawabnya.

















Ini pula adalah aktiviti saya pada keesokan harinya.  Hari Ahad yang kami putuskan untuk menghabiskan masa di rumah sahaja.  Abah Hakim seperti biasa, mengisi masa dengan memesin rumput di halaman, saya pula masak kari daging untuk makan tengahari pada hari tersebut.

















Kakak dan adik yang sedang menikmati kek batik buatan saya.

















Rasa nak buat kek ni tercetus bila mana lihat fenomena 'cheesekut' merata-rata di blog.  Untuk langkah senang, buat kek batik je lah, 'guarantee' jadi sebab dah banyak kali buat.  Lagi pun abah Hakim dan anak-anak kurang gemar 'cheese'.

















Makanan petang saya pada hari tersebut, cicah roti dengan gulai daging sambil menunggu Pak Usu Meor mereka ambil kek batik yang memang kegemarannya.

Permintaan Khadija, nak buat kek batik lagi.  Kali ni dia siap cakap, biar dia sahaja yang buat, mama cuma kena belikan bahan sahaja.






Wednesday, October 30, 2013

Bakal Hajjah

Program Lambaian Kaabah @ Simulasi Haji Cilik merupakan program kali ke-2 yang diadakan oleh Tadika Ceria Az-Zahrah.  Syabas diucapkan kepada guru-guru TCAZ yang sangat kreatif mempelbagaikan program untuk anak-anak didiknya.  Program diadakan pada 17 Oktober 2013, selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

















Macam biasa, program tadika adik tapi kakak Dija pun dijemput turut serta.  Itu yang 'special' tu.  Didatangkan khas Khadija untuk bersama-sama menjayakan simulasi haji tersebut.

















Budak berdua ni seperti biasa, kalau ada program je memang semangat mereka luar biasa. Teacher memang dah arahkan anak-anak dipakaikan telekung dari rumah.

















Program tahun ni diadakan di Taman Pengkalan Batu.  Saya memang tak turut serta dalam program ni, gambar ni sebenarnya abah Hakim yang rakam dari jauh.  Kebetulan beliau lalu di lokasi ni semasa program sedang berlangsung.

















Ibu Zarah selaku Pengetua TCAZ sedang beri penerangan kepada anak-anak mengenai rukun haji.  

















Menurut abah Hakim, Fatihah sentiasa diawasi oleh teacher dia. Mungkin dia paling cinonet dalam 'group' dia kot.  Tu yang dapat perhatian lebih tu.



Sedang mengerjakan tawaf @ mengelilingi kaabah.























Fatihah dan kumpulannya.

















Ni kalau tak silap proses melontar.

















Khadija yang baru nak melontar.

















Sedang melontar.

















'Group' Fatihah yang sedang melontar.  Ada juga mereka bercerita kepada kami mengenai proses yang dilakukan, tujuan melontar ni nak baling batu dekat syaitan seperti kata Fatihah.

Nak bercerita lebih, saya tiada di dalam program tersebut.  Apa yang boleh saya katakan, semoga simulasi haji ini akan menjadi realiti kepada kami sekeluarga suatu hari nanti dengan izinNya.  Insya'Allah.






Saturday, October 26, 2013

Kebun Kami

Aktiviti menanam pokok durian musang king, rambutan gading dan kedondong ni berlaku pada awal bulan Oktober.  Semestinya saya ingin rakamkan peristiwa pokok ini ditanam supaya nanti kami mudah ingat bila pokok ini mengambil masa untuk membuahkan hasil.

















Lokasi kebun ni hanya di belakang rumah kami.

















Khadija dan Fatihah yang sentiasa 'excited' bila ada aktiviti baru. Masa ni abah Hakim sedang menggali lubang untuk tanam pokok durian musang king.

















Anak-anak pisang yang kebanyakannya pisang lang dan pisang tanduk.

















Belakang Khadija tu pokok mata kucing.  Dah hampir 2 tahun kami tanam, tapi masih rendah pokok mata kucing ni.  Ada juga kami bubuh baja tahi ayam, tapi nampak macam lambat je perkembangannya nak berbuah.

















Ni pula di dalam kawasan pagar rumah kami.  Kami ada tanam pokok mata kucing, daun limau purut dan limau kasturi.  Ada juga pokok daun kari dan serai.  Pokok mata kucing ni pun dah hampir 2 tahun ditanam tapi masih belum nampak hasilnya.    

















Budak berdua yang tak sabar menanti abah mereka selesai mengorek lubang.

















Proses menanam pokok musang king yang disempurnakan oleh tangan Khadija.  Dengan dimulai bacaan selawat dan petua daripada penjual pokok ni supaya letak sedikit batu kecil di bahagian bawah, kemudian ditabur segenggam gula dan sedikit garam, barulah anak pokok diletakkan.



Rajin 2 beradik ni tolong tanam pokok sehingga selesai ketiga-tiga pokok tadi ditanam.  Dah siap kambus, semua pokok tadi mereka jirus pula dengan sedikit air.  Syukur Alhamdulillah.

Mudah-mudahan, pokok-pokok yang kami tanam ni akan membuahkan hasil nanti.  Setakat ni pokok yang dah tanam adalah pokok mempelam, mata kucing, durian musang king, rambutan gading dan kedondong.  Akan datang, dalam perancangan nak tanam pokok buah delima, nangka dan cempedak pula.






Wednesday, October 23, 2013

Pertama Kali Di Texas Chicken

Terasa nak makan di Texas Chicken ni pun disebabkan adik saya @ mak lang Leha mereka berdua ni yang promosi katanya lebih sedap dari KFC.  Akhirnya setelah mendapat persetujuan bersama, maka Texas Chicken, AEON Bukit Tinggi, Klang menjadi lokasi makan tengahari kami pada hari tersebut.  

















Fatihah dengan aiskrim McD nya.

















Masing-masing dapat aiskrim sorang satu.

















Sedang menyusun bahagian masing-masing.  Dija dah tak sabar, lapar sangat katanya.

















Tak banyak beza harga dan menu di Texas Chicken jika dibandingkan dengan KFC.  Yang beza cuma, di KFC ada roti @ bun kecil.  Di Texas Chicken digantikan dengan 'Honey Butter Bicsuit'.  Sedap juga rasa biskut ni, tak manis dan lembut seperti kek.  Air juga kalau dah habis boleh tambah sesuka hati di sini tanpa sebarang caj dikenakan.

















Tak hirau dah sekeliling bila dapat seketul 'drumstick'.


Cinta hati mama, sayang sangat-sangat.

















Fatihah yang buat hal, tak nak balik.  Tak puas lagi berjalan dalam 'shopping complex' ni.


Mana taknya, hari tu kami cuma fokus ke sana untuk makan tengahari sahaja.  Tak terfikir nak 'window shopping' langsung.  Itu yang Fatihah buat hal tu.

Syukur Alhamdulillah, dah dapat rasa Texas Chicken.  Macam mana pun, bagi saya KFC tetap 'the best'.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...