Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, December 24, 2015

Day 1 ~ Aktiviti Di Pulai Desaru, Resort & Spa

Selesai urusan 'check in', terus sahaja kami memasuki bilik hotel. Lokasi bilik yang kami dapat tidak menghadap 'swimming pool' dan pantai tetapi agak 'privacy'.














Katil yang menanti kami untuk beradu.














Ruang santai.














Barangkali Harraz teruja dengan suasana baru.














Keterujaan Harraz dapat kami lihat bila mana dia tak henti-henti menjelajah seluruh bilik.  Rasanya orang yang menghuni di tingkat bawah pasti mendengar pergerakan dan tutur kata kami yang agak riuh mengawal Harraz.

Berehat sehingga selepas Asar, aktiviti kami kemudiannya seperti sebelum ini bila menginap di hotel iaitu memenuhi janji kami kepada Khadija dan Fatihah untuk turun awal ke kolam renang.  Aktiviti renang yang bagi mereka adalah utama berbanding aktiviti lain.














Harraz yang tak takut air.  Mama memang mengelak untuk berendam, bukan tak suka bermain air tetapi bila memikirkan agak leceh bila dah lencun, hasrat berendam terpaksa mama ketepikan.














Fatihah yang agak riuh.  Riuh sebab tak boleh kakak Khadija jauh atau hilang dari mata.  Dia ni agak takut-takut dengan air.














Mereka yang 'happy'.  Kalau dibiarkan memang tak nak naik bilik dia orang berdua ni.














Khadija harapan mama dan abah.














Gelagat mereka yang saya rakam dari kejauhan.














Tinggi lagi harapan mama dan abah untuk melihat Fatihah cemerlang dunia akhirat.














Aksi samada abah halang Fatihah ke tempat lain atau Fatihah paksa abah ikut dia berenang di kolam lain.














Harraz tak padan dengan kecil.  Pantang abah suakan pada mama, dia keraskan badan mengelak tak nak keluar dari kolam renang. Sampai biru dan kecut kaki tangan dia.

Apalah maknanya percutian bagi kami tanpa mereka bertiga. Walaupun penat, memandu berkilo-kilometer untuk sampai ke lokasi ini, penat itu akan sama-sama pergi bila mereka gembira. Alhamdulillah.






Monday, December 14, 2015

Cerita Cuti-Cuti Kami ~ Day 1 @ Desaru, Kota Tinggi, Johor

Sudah menjadi kebiasaan kami, jika ingin bercuti atau berjalan jauh mesti membuat perancangan dari awal lagi.  Sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh yang kami rancang.  Untuk percutian hujung tahun sempena cuti sekolah yang panjang, kami 'plan' dari akhir bulan Oktober lagi.  Setelah sepakat memilih Desaru, Johor sebagai lokasi percutian kami, terus sahaja kami 'survey' hotel melalui booking.com mengikut tarikh yang kami 'plan'.  Percutian selama 3 hari 2 malam ini juga bagi meraikan Khadija dan Fatihah di atas komitmen dan kejayaan mereka di dalam pelajaran.

Mama dan abah Hakim memang pernah ke Johor beberapakali tapi ini merupakan kali pertama buat mereka bertiga.  Dah tentulah Khadija dan Fatihah yang paling teruja dengan percutian ini. 














Memulakan perjalanan seawal jam 7.00 pagi dari Klang menuju ke arah Selatan.  Perjalanan agak lancar bersekali dengan kenderaan yang menuju ke tempat kerja.  Memang sengaja kami 'plan' bercuti pada pertengahan minggu bagi mengelakkan perjalanan yang sesak pada hujung minggu.  


Lebih kurang jam 9.30 pagi kami berhenti di R & R Pagoh.  Berhenti lebih kurang sejam di sana. Muhammad Harraz yang 'happy' sepanjang perjalanan.   














Fatihah yang 'terkucil' di dalam seluar kerana tidak sempat membuka seluar di tandas R & R.  Sabar sangat dengan kerenah dia ni.














Alhamdulillah, sampai di Pulai Desaru Resort & Spa, Kota Tinggi, Johor lebih kurang jam 1.15 tengahari.  Urusan 'check in' kami dipermudahkan.  Walaupun sepatutnya masa yang diberikan jam 3.00 petang tapi disebabkan bilik dah 'ready', kami dapat memasuki bilik seawal jam 1.40 tengahari.  

Disebabkan urusan awal sudah lancar, saya berikan 9/10 bintang buat hotel ini. 














Bercuti hujung tahun, rata-rata lobi hotel mesti dihias dengan 'Christmas tree'.














Kakak dan Harraz di bilik mainan yang disediakan untuk kanak-kanak sementara menunggu urusan 'check in'. 














Susah nak rakam gambar mereka.  Harraz yang agak lasak bila dilepaskan berjalan. 


Bergambar di lobi hotel. 














Mereka.























Kakak dah pandai 'posing'.


'Survey' sekitar kawasan hotel.  Khadija dan Fatihah yang mula buat perangai bila nampak 'swimming pool'.  Mulalah menagih janji, merayu simpati abah dan mama minta turun awal sebab nak mandi kolam. 















Tumpang bergambar dengan motor pantai.  Motor yang disewakan dengan kadar RM50.00 untuk 30 minit penggunaan.  Tapi kami tak sewa pun.  

Sedikit info mengenai Pantai Tanjung Balau yang mana kami difahamkan pantai ni tak sesuai untuk mandi manda kerana keadaannya yang agak dalam dan telah berlaku banyak kes lemas disini.














Kami.






Sunday, December 13, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Kem Anak Soleh dan BFF

Cerita kali ini Dija tulis sendiri tau.

Cuti sekolah ni daripada bermain, tengok TV, baik kita manfaatkan cuti sekolah pada tahun ni dengan belajar membaca Al-Quran, belajar solat dan menulis huruf jawi.  Kem ni bukan saja-saja je pergi kat sana, kita juga boleh bersilaturrahim.  Kem ini juga ada permainan, seperti main kuiz, tayangan video. Kalau kuiz, siapa dapat jawab soalan, dia dapat hadiah.  Kalau kawan-kawan lain dapat ikut program ni memang bestlah.  Oh ya, kem ni selama 5 hari dari hari Isnin hingga Jumaat, 30 November hingga 4 Disember 2015.














Ini kawan rapat atau bff saya iaitu Khairunnadia.  Tapi orang panggil dia Nadia.  














Saya sangat sedih kerana kami akan berpisah, sebab Nadia bertukar sekolah mengikuti Umminya seorang guru.  Dia akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah dan sekolah petang Sekolah Agama Rantau Panjang. 























Fatihah pun ikut sama. Kalau kawan-kawan nak tahu lokasinya ni saya nak beritahu Surau Hizbul Islami, Rantau Panjang, Klang.


Ustaz Hairulnizam ialah ayah kepada Nadia. Ustaz ni lah yang menganjur program ni.  Saya berasa sangat gembira kerana turut serta.  Bukan Ustaz seorang sahaja yang mengajar kami, malah Ustazah Khairunnisa iaitu ibu kepada Nadia, turut membantu. 














Ustazah Nisa sedang bercerita.


Kami sedang bersenam.   














Masa hari terakhir, Ustaz ada bagi hadiah.














Semua orang dapat hadiah.














Yang tepi sekali tu adik Nadia.  Nama dia Nasya.














Sebelum balik, kami bergambar bersama.

Kenangan bersama Nadia, semoga persahabatan kita kekal selamanya.






Sunday, November 22, 2015

Majlis Ihtifal 2015 @ Sekolah Islam Al-Farabi

Alhamdulillah, mama dan abah Hakim berpeluang lagi mengikuti Majlis Ihtifal Sekolah Islam Al-Farabi buat tahun yang kedua Khadija menuntut ilmu di sana.


Majlis yang diadakan bersekali dengan majlis graduasi pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Islam Al-Farabi dan juga bagi meraikan pencapaian cemerlang keputusan UPSR dan PSRA murid darjah 6 tahun 2015.  Difahamkan majlis agak meriah tahun ini disebabkan lonjakan peratusan pelajar yang mendapat mumtaz untuk PSRA agak ramai. 














Majlis disempurnakan oleh Y.B. Dr. Hajjah Halimah binti Ali. 














Pelancaran tabung pembangunan Sekolah Islam Al-Farabi, Kampung Delek, Klang.


Persembahan nasyid dengan lagu tema majlis tahun ini 'Taman Ilmu'.














Khadija yang tak berapa nak sihat.  Seminggu sudah demam dan batuk.  Alhamdulillah, masih komited dan gagah dia ke sekolah setiap hari.  Ditegah supaya tidak ke sekolah kerana tidak sihat tidak dihiraukan.  Apa yang dia tahu, sebagai pelajar dia kena datang ke sekolah setiap hari.  Tahniah! mama dan abah sangat bangga dengan sikap kamu yang komited dengan sesuatu.  Diharap ianya berterusan sampai bila-bila.














Persembahan oleh murid sekolah rendah.  Pada mulanya Khadija turut serta dalam salah satu persembahan, tapi terpaksa menarik diri di saat akhir kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk dia membuat latihan.   














Tahun ini, Khadija membawa pulang 4 anugerah.  Anugerah pertama yang diperolehinya, tempat ketiga untuk kelas Pra-Tahfiz (Tilawah).














Mama dan abah doakan semoga tahun depan Khadija dapat masuk kelas hafazan pula.   














Anugerah seterusnya, tempat kedua di dalam kelas 2 Bestari dan keseluruhan kelas serta skor 8 A (Mumtaz).














2 hadiah disekalikan untuk kategori ini.














Anugerah keempat yang diperolehi ~ kedatangan penuh.  Tahniah! ini memang betul-betul perlu mendapat pengiktirafan.  Sakit pening pun tetap nak ke sekolah.














Bertambah lagi hadiah Khadija.  Sampaikan salah seorang ibu kepada kawan Khadija kata, semua hadiah Khadija dapat.   


Agak 'moody' sebab badan tak berapa nak sihat lagi.  Majlis pun selesai agak lewat sehingga melepasi jam 1.00 tengahari.  Puas mama pujuk nak diambil gambar dengan hadiah yang diperolehi, dia mengelak.























Dapat juga abah Hakim ambil gambar kami berdua.














Barisan hadiah yang kakak Khadija perolehi.  Alhamdulillah.  Harapnya pencapaian ini berterusan di tahun-tahun hadapan.  Kejayaan kakak Khadija juga diharap menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada adik-adik untuk terus berusaha untuk sama-sama cemerlang dunia dan akhirat.  

Ketiga-tiga anak kami hebat! Sama cerdik dan pandai.  Anak-anak syurga yang soleh dan solehah yang bakal mendoakan kami nanti. Insya Allah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...