Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, February 12, 2016

Bila Demam Tak Baik-Baik @ Sri Kota Specialist Medical Centre

Paling terkesan dengan perubahan cuaca sekejap panas, sekejap hujan dah tentunya kakak Nur Khairin Fatihah.  Ditambah pula dengan waktu persekolahan yang berubah 100%.  Dulunya tadika, Fatihah balik paling lewat pun pukul 12.00 tengahari tapi tidak lagi bila dah masuk sekolah rendah.  Setiap hari jam 6.30 petang barulah Fatihah sampai ke rumah.  Mungkin disebabkan penat dan kurang minum, Fatihah diuji dengan demam.  Demam yang berlarutan, on and off'.  Namun dalam demam-demam tu juga, Fatihah bersemangat ke sekolah setiap hari sebab katanya nak kehadiran penuh macam kakak Khadija.























Setelah masuk hari ke-6 Fatihah demam beserta keluar darah daripada hidung, mama ambil keputusan untuk bawa Fatihah ke Klinik Kesihatan Pandamaran bagi menjalani ujian darah untuk pastikan samada dia dijangkiti demam denggi atau sebaliknya.  Fatihah ke sekolah seperti biasa dan hanya diambil mama setelah waktu rehat.  Ujian darah menunjukkan Fatihah bukan dijangkiti demam denggi sebaliknya disyaki demam virus kerana platlet darahnya rendah.  Makanya, doktor minta keesokan hari Fatihah dibawa semula ke klinik untuk mengambil bacaan darah semula.

Keesokan harinya, Fatihah ke sekolah seperti biasa walaupun dalam keadaan demam dan lemah.  Ujian darah di klinik tetap dilakukan dan hasil laporan juga menunjukkan platlet darahnya rendah.  Doktor hanya nasihat banyakkan minum air kosong dan minta keesokan hari datang lagi untuk mengambil bacaan darah.  Tapi 'on the way' balik ke rumah, mulut Fatihah berdarah.  Apa lagi, mama terus call abah Hakim dan kami putuskan untuk bawa Fatihah ke Hospital Sri Kota untuk rawatan lanjut. 























Hasil pemeriksaan Doktor Anne di Sri Kota menunjukkan Fatihah kena demam virus dan perlu dimasukkan ke wad.























Kakak Khadija tawar diri untuk jaga adik kat wad.























Selain demam, Fatihah juga batuk.  Menurut Doktor Anne, sekiranya demam beserta batuk bukanlah tanda-tanda pesakit dijangkiti demam denggi.  Pesakit demam denggi tidak akan disertai batuk.























Kakak Khadija yang menjaga adik siang malam di wad.  Seronok kata dia.  Sebelah siang, mama dan kakak Khadija jaga adik di wad.  Pada sebelah malam, giliran abah Hakim pula yang menjaga adik di wad.























Fatihah betul-betul berehat.  Duduk di wad selama 4  hari 3 malam, dari hari Jumaat hingga ke Isnin.























Sementara menunggu untuk discaj dari hospital.  Kalau ikutkan Doktor Anne, adik kena duduk sehari lagi di wad.  Tapi mama dan abah Hakim mohon adik dikeluarkan awal sebab dia dah ok sepenuhnya.























Doktor Anne bagi MC selama seminggu.  Tapi disebabkan adik dah betul-betul sihat dan bertenaga, hanya sehari sahaja adik tak ke sekolah.

Alhamdulillah, kos di hospital ini ditanggung sepenuhnya oleh insurans CuepacsCare yang kami ambil untuk perlindungan kami sekeluarga.














Sabtu, 6 Februari 2016, kami ke Sri Kota Specialist Medical Centre sekali lagi untuk pemeriksaan susulan oleh Doktor Anne.














Sementara nak menunggu giliran, mereka bermain di ruangan yang disediakan.














Alhamdulillah.  Secara keseluruhannya, kami berpuashati dengan perkhidmatan samada daripada pihak insurans dan hospital.  Kalau diberi pilihan, kami tak nak masuk hospital tapi untuk kebaikan Fatihah dan kemudahan yang ada kami memilih untuk mendapatkan rawatan disini.

Sihat atau sakit, semuanya itu ujian daripada Allah.






Thursday, January 21, 2016

Bunga @ Laman Kami

Gambar yang saya rakam bila laman rumah kami diserikan dengan warna-warni tanaman pasu kami yang sedang berbunga.  Alhamdulillah.











































Sunday, January 17, 2016

Muhammad Harraz @ 1 year 3 months

Alhamdulillah.  Muhammad Harraz dah 1 tahun 3 bulan.  Membesar dengan sihat dan bijak. Perkembangannya selari mengikut usia. Paling ketara, Muhammad Harraz cepat memahami.  Tindak balas dia spontan bila kami sebut minta dia bantu untuk ambilkan sesuatu.  Dari segi pertuturan pula, kami andaikan dia juga akan cepat  bercakap sebab mulutnya tak berhenti mengeluarkan bunyi.  Antara perkataan yang sudah lancar disebutnya Ma (untuk mama), Abah (yang ni dia sebut paling lancar), Jah (untuk kakak Khadija), Yah (untuk kakak Fatihah) dan jom.


Harraz suka main acah-acah.  Suka bila dia dikejar.  Dia akan dapat perhatian lebih daripada abah bila kedua-dua kakak tiada di rumah ke sekolah.














Gelagat Harraz yang kadang-kadang lebih 'advanced' dari usianya.














Pandai merajuk bila kemahuan dia tak diturut.














Aktiviti dia memang kami kena sentiasa pantau.  Dia sangat suka memanjat dan memasuki bilik air.














Pantang leka, atas meja yang ditujunya.














Budak bijak dan sihat, ada sahaja aktivitinya selagi belum tidur. Namun, menjaga Harraz amatlah mudah sebab dia memang tidur seawal jam 8.30 malam.  Bangun pula seawal jam 5.30 pagi. Alhamdulillah. Tunggulah setahun dua lagi, Insya'Allah abah akan berteman ke surau untuk solat Subuh dengan Muhammad Harraz.






Thursday, January 7, 2016

Kakak Khairin Ke Tahun 1 @ Sekolah Integrasi Al-Farabi

Tahun 2016 merakam sejarah di dalam kamus hidup Nur Khairin Fatihah.  Dia dah masuk tahun 1.  Alhamdulillah, dah 2 orang anak mama masuk ke sekolah rendah.























25 Disember 2015, bangun awal dan bersedia dengan pakaian sekolah sebab nak ambil ujian diagnostik bagi menentukan kelas yang akan diduduki nanti.























Kat rumah kami panggil samada 'adik' atau Fatihah.  Tapi kononnya dia nak ubah kepada panggilan nama Khairin di sekolah nanti.













Kakak Khadija 'excited' sebab adik akan bersekolah sama dengan dia nanti.














Jenuh kami berpesan, jawab soalan betul-betul kalau nak dapat tempat kelas pertama nanti.


Hari pertama sekolah, mereka berdua bangun seawal jam 5.00 pagi.  Masing-masing bersemangat nak jumpa kawan sebab dah lama sangat bercuti.














Alhamdulillah.  Kakak Khadija dilantik sebagai Pengawas.  Tahniah kakak!  Diharap jawatan ini menjadikan kakak lebih bersemangat untuk belajar, lebih berdisiplin, lebih rajin dan yang penting melatih kakak dengan sifat sebagai seorang pemimpin.























Kakak Khairin Fatihah pula....... Alhamdulillah, sebab dapat duduk dalam kelas pertama.  Kelas 1 Bestari sama macam kakak Khadija juga.  Tahniah!  Mama dan abah harap adik usaha lebih untuk mendapat keputusan cemerlang bagi mengekalkan kedudukan di dalam kelas Bestari ini.
 













Perhimpunan di hari pertama persekolahan.














Sejam lebih juga guru memberi penerangan berhubung peraturan kepada pelajar.  Ibu bapa yang menghantar anak ke tahun 1 turut mengambil peluang mendengar apa yang disampaikan oleh guru.
 

Bagus Khairin Fatihah.  Dapat mendisiplinkan diri beratur dalam barisan.
 













Oleh kerana hari pertama, mama dan abah bersama sehingga ke tengahari.  Memerhati Khairin Fatihah dari jauh.  Setakat apa yang kami perhatikan, Khairin belum jumpa kawan yang 'ngam' dengan dia.  Masih berseorangan dan buat hal sendiri.  Waktu rehat juga dia pandai bawa diri.  Beli makanan, duduk dan terus makan.  Bila ditanya kenapa tak nak menegur kawan, dia jawab 'adik malulah'.













Kakak Khadija pula masih kekal di kelas Bestari.  Alhamdulillah.  Pesan mama dan abah fokus kepada pelajaran.  Kekalkan kecemerlangan.  Menuntut ilmu kerana Allah.


Antara aktiviti kelas Khairin Fatihah pada hari pertama iaitu berada di dalam surau.  Mama dan abah tinggalkan dia bila kami nampak dan yakin dia boleh berdikari.  Alhamdulillah.  Sehingga ke hari keempat persekolahan dia nampak bersemangat ke sekolah dan siapkan 'homework' yang ustazah beri.

Mama dan abah doakan kalian dilapangkan dada, diterangkan hati dan dipermudahkan untuk menerima pelajaran yang diajar.  Insya'Allah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...