Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 14, 2016

Dekorasi Menjelang Syawal @ Teratak Kami

Gambar-gambar yang saya rakam untuk dekorasi ruang terbuka rumah kami untuk lebaran tahun 2016.  Dekorasi tak banyak beza seperti tahun-tahun sebelum ini, masih mengekalkan perabot yang sediada.  Alhamdulillah, dengan kerjasama abah Hakim suasana bersih, kemas dan tersusun dapat dikekalkan walaupun Muhammad Harraz agak lasak meneroka setiap inci ruang rumah.













Ruang santai @ menonton kami.  Boleh dikatakan selain dari bilik, kami banyak habiskan masa di ruang ini.


Alhamdulillah, ada rezeki lebih dapat tukar sofa yang ada kepada sofa baru tahun ini.


Kedudukan kerusi rotan ditukar ke laluan dari ruang menonton ke dapur.














Tahun ni bertukar daripada menggunakan karpet 'patchwork' kepada karpet berbulu pula.


Lapik meja seolah-olah kait yang saya beli di GM Klang tetap digunakan walaupun bila dipasang agak pendek.  Saya memang sukakan apa-apa sahaja lapik meja dari hasil kait.  Di rumah mak, ada beberapa lapik meja berkait hasil tinggalan arwah wan yang tersimpan rapi.  Dah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk memiliki lapik kait dan disebabkan tak pandai nak mengait, nampak sahaja lapik meja ini, terus sahaja saya membelinya.


Ruang makan bagi saya perlu dijaga kerana ruang inilah yang menyatukan hubungan kekeluargaan.


Penyeri rumah kami.














Langsir rumah kami bertukar baru tahun ini.  Langsir 'eyelet' yang saya tempah dengan mak usu.  Mak usu hanya bantu jahitkan lurus.  Tebuk lubang dan pasang 'ring' saya serahkan kepada kenalan yang juga mengambil tempahan jahitan.














Ruang tamu yang tidak digunakan pada hari-hari biasa tetap saya pastikan dalam keadaan tersusun.










'Table runner' dan sarung kusyen hasil daripada sulaman riben.  Saya sangat sukakan sulaman riben ini sehinggakan rasa sayang nak gunakan.





Hiasan dinding yang masih sama seperti tahun-tahun sebelum.























Rak hyllis Ikea yang saya beli 'online'.  Sungguh berbaloi pada saya sebab dengan 4 baris para yang ada dapat membantu memperkemaskan lagi susunan barang di dapur saya.  Ruang ni juga saya serikan dengan pemasangan 'wallpaper' corak batu-bata merah supaya sepadan dengan konsep dapur saya.

Gelas dan bekas kuih raya yang hendak digunakan saya keluarkan lebih awal untuk dicuci bersih dan lap sebelum digunakan.  Setahun sekali baru digunakan, pasti sudah terlekat habuk walaupun disimpan di dalam kabinet.

Dapur saya walaupun punya kabinet atas bawah di kedua-dua belah dinding, namun tetap tidak cukup untuk memuatkan perkakasan dapur yang ada.  Atas alasan ini jugalah, saya dapatkan rak hyllis tu.














Langsir dapur yang ada dalam simpanan silih ganti digunakan setiap tahun.

Alhamdulillah.  Syukur.  Pada saya, suasana bersih, kemas dan tersusun adalah penyumbang utama kepada kebahagiaan, keselesaan dan kesihatan yang baik dalam sesebuah keluarga.  Bukan hanya untuk keselesaan penghuni rumah tetapi juga kepada tetamu yang bertandang.







Monday, June 6, 2016

Membiasakan Yang Baik

Berjaya juga saya merutinkan pemeriksaan gigi Khadija dan Fatihah setiap 6 bulan sekali.  Lokasi pemeriksaan gigi sudah tentu di Klinik Pergigian Pandamaran.  Dengan hanya bayaran RM1.00 setiap seorang dan menunggu sekitar 30 minit, gigi mereka berdua diperiksa.  Masa pemeriksaan tu, barulah tahu jika ada gigi yang perlu ditampal atau dicabut.























Sebatang gigi susu Khadija di bahagian bawah dicabut sebab dah bergoyang.























Fatihah pula gigi susu di bahagian atas hadapan dicabut.























Muka boring sebab mama paksa 'posing'.  Kos yang dikenakan untuk perkhidmatan cabut gigi ialah RM1.00 selain daripada RM1.00 yang telah dibayar semasa pendaftaran tadi.














Rutin abah Hakim pula, menderma darah.  Setakat ni abah Hakim menjadikan rutin beliau setiap 3 bulan sekali untuk menderma darah.  Kali ni abah Hakim derma darah terus di HTAR, Klang.

 





















Terus terang saya katakan, saya tidak pernah menderma darah.  Mungkin faktor berat badan yang tidak mencukupi suatu masa dulu menjadikan saya sekarang seorang yang takut untuk menderma darah walaupun berat badan dah melebihi 45 kg.  Kalau dibiasakan dan menjadi rutin mungkin hilang rasa takut agaknya.  Apa yang saya tahu, banyak nilai positif penderma darah iaitu orang yang rajin menderma darah ni bukanlah orang yang kedekut, dapat menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan dan badan lebih sihat.  Insha Allah, saya akan usahakan untuk menderma darah kelak walau sekali dalam seumur hidup.  






Thursday, June 2, 2016

Sempena Birthday Khadija Ke - 9 Tahun

Sempena ulangtahun kelahiran kakak Khadija yang ke - 9 tahun, dia sendiri 'request' nak sambut dengan kawan-kawan kelas 3 Bestari.  Disebabkan usia Khadija dah memasuki 9 tahun, saya rasa tak sesuai lagi buat bungkusan 'goodies' untuk diberikan kepada kawan-kawan.


Paling mudah, saya tempah sahaja kek.  Kek coklat 'moist' seperti yang diminta oleh 'birthday girl'.























Bila tengok saiz kek ni agak comel, takut pula tak cukup.  Tapi bila diselidik dengan Khadija, kata dia kek cukup, semua kawan dapat rasa.  Paling tak percaya, siap diagih kepada ustazah @ ustaz kata dia.























Extra menu, 'brownies, air kotak, mee dan mihun goreng.























Permintaan birthday girl, nak makan KFC.  Permintaan di 'support' 100% oleh Fatihah.  Siap bagi lokasi, nak KFC kat Jusco Bukit Raja.  Ikutkan je, janji mereka 'happy'.























Paling 'happy' bila dapat keluar jalan-jalan, Muhammad Harraz.  Tak cukup tanah kami nak kawal dia bila tak letak dalam 'stroller'.  Kadang tu, rasa tak tenang nak makan sebab Harraz dah pandai tak nak duduk dalam kerusi 'baby'.

Mama doakan Khadija menjadi anak solehah yang cemerlang dalam akademik, akhlak dan ibadah.  Sentiasa jadi insan yang merendah diri, berakhlak mulia dan berbuat baik kepada semua orang.  Semoga anak-anak syurga mama menjadi sebaik-baik umat manusia serta bidadari dan bidadara di syurga abadi kelak.  Amin.







Tuesday, May 17, 2016

Menghargai Guru

Sejak anak-anak di tadika lagi, saya biasakan mereka dengan membelikan hadiah untuk diberikan kepada guru @ ustazah mereka.  Walaupun Khadija dan Fatihah tidak pernah meminta-minta tapi atas kesedaran sendiri, saya rasa pemberian hadiah wajar kepada guru mereka sebagai tanda penghargaan ke atas ilmu yang telah diajar kepada anak-anak saya. 























Bunga-bunga ni saya beli seawal bulan Februari.  Masa tu kami jalan-jalan di AEON Mall, Shah Alam tiba-tiba mata tertarik dengan bunga ni.  Bila tengok harga yang amat-amat berbaloi, terus sahaja 15 kuntum saya beli.  Masa tu belum kira berapa bilangan guru @ ustazah mereka.























Belian kali kedua, set 'brooch'.  Saya terus beli sepapan.  Dan seterusnya frame gambar untuk ustaz.  Keseluruhannya, 29 hadiah saya peruntukan untuk diberikan kepada guru mereka sempena sambutan Hari Guru tahun 2016.














Mereka berwajah 'excited'. 














Fatihah sebenarnya tak ambil tahu pun pasal Hari Guru.  Suruh sampaikan hadiah pada ustazah @ ustaz cepat-cepat dia tak nak, malu kata dia.  Jadi tugas beri hadiah kepada guru Fatihah pun serah kepada kakak Khadija.  Kakak pula memang suka 'exposed', dia secara sukarela nak agih-agih hadiah kepada ustazah @ ustaz adik.














Bukan sebab nakkan markah lebih atau perhatian lebih dari guru tetapi untuk penghargaan kepada mereka sebab mengajar anak-anak saya.  Saya sendiri tak mampu untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak saya.  Dengan bantuan guru-gurulah anak-anak saya mengenal huruf dan angka, belajar doa, solat, Al-Quran dan diasuh dengan peribadi yang mulia.

Terima kasih Cikgu @ Guru @ Ustaz @ Ustazah @ Teacher yang pernah mengajar saya satu ketika dahulu.  Tanpa kalian, siapalah saya pada hari ini.  Semoga kalian diangkat darjat tertinggi olehNya.







Monday, May 16, 2016

Muhammad Harraz @ 1 year 7 months

Alhamdulillah, Harraz dah 1 tahun 7 bulan.  Perkembangan Harraz terlalu positif, selari dengan usianya.  Tak lebih, tak kurang jika dibandingkan dengan kakak Khadija dan Fatihah semasa usia yang sama.














Perbezaan Harraz dengan kakak-kakak cuma dia agak lasak.  Maklumlah lelaki. 














Paling ketara akan merengek selagi tak dapat apa yang dia nak.


Doa mama, semoga Harraz menjadi anak yang soleh, penyejuk hati dan mata mama dan abah.  Amin.






Friday, May 13, 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2

Sejak dapat tahu movie Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) akan ditayangkan di pawagam, terasa sangat nak menonton.  AADC2 merupakan kesinambungan dari movie AADC yang sebelum ini pernah menjadi kegilaan anak remaja sekitar tahun 2002.  Saya yang pada ketika itu tidaklah terlalu fanatik dengan movie, lagi-lagi movie Indonesia akhirnya turut terjebak.  Ketika itu, saya juga boleh dikategorikan sebagai remaja yang "baik" sebab tidak menonton movie di pawagam sebaliknya menonton hanya melalui CD.

AADC pada ketika itu yang menariknya bagi saya hanyalah kompilasi lagu-lagu Melly Goeslow.  Banyak kenangan AADC yang saya tonton ketika itu..... menonton hanya di laptop dengan sepupu paling akrab, Fizah.  Sampaikan ketika promosi AADC2 keluar di laman sosial, orang pertama yang saya ingat adalah Fizah.

 





















AADC2 muncul setelah 14 tahun .  Perjalanan cerita yang lebih matang dan dewasa.  Apa yang boleh saya rumuskan, cerita AADC2 ni lebih penghayatan kepada jalan cerita berbanding lagu.  Tak puas menonton.... Cinta @ Dian Sastrowardoyo nampak begitu jelita dalam cerita ini.  Rangga juga bertambah 'handsome'.  Pada saya, tak rugi menonton cerita ini.  9/10 bintang saya berikan untuk cerita ini.

Cerita mengenai "CINTA"........ saya percaya setiap kita pasti melalui cinta samada sekali atau berkali-kali sepanjang hidup kita.  Setiap cerita cinta samada manis atau pahit penghujungnya pasti menjadi memori kita.  

Saya telah temui cinta sejati saya.  Cinta yang saya pegang dan diharapkan abadi hingga ke syurga.  Cinta yang dimeterai kerana Allah....
 





Friday, May 6, 2016

April Bulan Saya

Alhamdulillah.  Syukur, masih diberi peluang untuk bernafas, punya kehidupan yang bahagia dan kesihatan yang baik.  Allah Maha Besar.  

Kek indulgence, 'surprised' dari abah dan anak-anak.













April bulan istimewa, bulan kelahiran saya dan bulan kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa suamiku, dosa-dosa anak-anakku, dosa-dosa ahli keluargaku dan dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun telah meninggalkan kami.  Tetapkanlah iman kami, permudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami, sejahterakanlah hidup kami, murahkanlah rezeki kami dan panjangkanlah usia kami.  Amin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...