Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, July 20, 2016

Meraikan Tetamu Syawal

Meraikan adik-beradik sebelah abah Hakim, saya putuskan untuk memasak sendiri hidangan utama.  Kali ni majlis makan-makan di rumah kami tetapkan pada sebelah tengahari.  Untuk lebih 'happening', abah Hakim putuskan untuk memasak di luar rumah.























Menu pertama yang dimasak dengan tangan sendiri, sambal tumis udang.























Khadija pun teruja nak bantu sama.
















Menu kedua, daging rusa masak kari.  Memang meletop dan terangkat makan nasi bertambah-tambah bila digandingkan dengan sambal udang.


Kuih-muih raya yang kesemuanya beli kecuali kek buah kukus yang saya sediakan sendiri.














Air panas ada, air sejuk pun ada.


Alhamdulillah.  Memang tak sangka saya dapat sediakan juadah dalam kuantiti yang banyak sebegini.














Siap terhidang lengkap kesemua juadah lebih kurang jam 12.00 tengahari sebelum tetamu tiba.


Menu hari tersebut ~ nasi putih, daging rusa masak kari, sambal udang, ayam goreng dan satay.  Hanya satay yang kami beli, yang lainnya semua disediakan sendiri.














Tetamu dari sebelah keluarga abah Hakim yang kalau dikira hampir 50 orang kesemuanya.














Anak sedara @ sepupu kepada anak-anak kami.














Risau juga kalau-kalau ada percikan sambal terkena kat 'table runner' ni.  Susah nak basuh sebab kena hantar 'dry cleaning'.  Mujur juga tetamu-tetamu saya pandai menjaga barangan kesayangan saya ni.














Khadija dan Fatihah yang 'enjoy' makan di luar.
 













Abang kawasan, Muhammad Harraz seronok sebab dapat bebas pada hari tersebut. 














Family kak Asza yang mengambil tempat untuk menjamu selera di luar rumah.














Khadija makan bertambah-tambah sebab mama dia masak sedap sangat agaknya.














Biras-biras dan adik ipar yang 'sporting'.  Riuh-rendah dengan hilai ketawa mereka bila dapat sama-sama berkumpul.
 




















Aksi gedik dari kami anak menantu Atuk Ardani.  Kononnya nak jadi Power Rangers.  Ikut jelah janji semua 'happy'.





Monday, July 18, 2016

Kami Di Syawal 1437H @ Aidilfitri 2016

1 Syawal 1437H














































2 Syawal 1437H




Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.  

Mohon ampun maaf di atas kekhilafan samada yang saya sedari atau tidak kepada pembaca blog ini.  Kepada pembaca samada rakan yang saya kenal mahupun tidak mengenali yang tersinggung dengan hasil tulisan mahupun paparan gambar kemesraan kami sekeluarga, jutaan kemaafan kami pohon kerana semua paparan gambar kami ini adalah untuk tujuan kenangan kami.  Mana-mana yang baik datang dariNya dan yang buruk itu atas kelemahan dan kebatilan saya sendiri.  Semoga kita semua dianugerahkan syurga tertinggi dan abadi kelak.  Insha Allah.
  





Friday, July 15, 2016

Kek Buah Di Hari Lebaran

Atas permintaan peminat kek buah kukus yang tak lain dan tak bukan saya sendiri dan abah Hakim serta mak, dapat juga saya hasilkan kek buah kukus untuk lebaran tahun ni.




Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.  Sekali buat biar terus banyak dan mujur juga mak ada pengukus saiz besar, boleh terus masuk 6 biji bekas sekaligus untuk dikukus dalam satu masa.  Kalau nak buat asing-asing memang jenuh sebab masa untuk mengukus yang diambil sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan kek buah ni tahan lama.  

Dan bagi mendapatkan 'feel' raya, saya putuskan untuk mengukus di luar.  Bukan je sebab nak 'feel' raya, sebab utama kerana takut dapur kaca Elba saya tu tak dapat menampung berat pengukus ni.  Seronok juga sekali-sekala memasak di luar.  Memang 'happening'.














Kek buah yang dah siap dikukus.














Cukup puashati sebab dipenuhi dengan buah-buahan kering campuran.  Sungguh berbeza dengan kek buah yang dijual.  Bagi saya peminat kek buah dan mesti buat setiap tahun, ianya memang berbaloi.  Dengan modal lebih kurang RM100.00 dapat 6 biji kek buah kukus yang kalau dibeli saya anggarkan mungkin harganya 3 kali ganda dari modal untuk beli bahan.  

Alhamdulillah, dapat berikan kepada mak, mak mertua, mak cik dan ipar yang minat dengan kek buah kukus juga.

Taraaaa...... kek buah kukus mama untuk lebaran digandingkan dengan kek kukus masam manis pemberian biras kesayangan.  Ada siapa-siapa nak order ke?






Thursday, July 14, 2016

Iftar @ Al Rawsha Restaurant, Shah Alam

30 Ramadhan barulah kami berpeluang berbuka puasa di luar.  Tahun ni kami memilih hidangan timur tengah @ nasi arab berlokasikan Al Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam.  Disebabkan saya ni jenis yang tak sukakan 'last minute', makanya kami tiba awal 1 jam sebelum waktu berbuka.


Budak 3 orang nilah yang paling 'happy'.  Alhamdulillah, Khadija dan Fatihah puasa genap 30 hari tahun ni.  Syabas buat korang kerana berjaya melawan nafsu makan dan minum.  Muhammad Harraz pula apa sahaja yang dia tahu...... Yang dia tahu seronok dapat jalan-jalan.














Pintu masuk Al Rawsha Restaurant.  Melihat paparan kain rentang yang dipasang di luar restoran, ada set buffet sepanjang Ramadhan disini.  Tapi tiada hidangan buffet yang disediakan pada hari terakhir Ramadhan yang mana mungkin pihak restoran menjangkakan kurang bilangan pelanggan ke restoran tersebut atau rata-rata pelanggan yang datang mahukan hidangan 'ala carte'.























Kami si pujaan hati abah Hakim dan Muhammad Harraz.














Hidangan menu yang kami pilih.  Nampak macam sedikit tapi bila dah makan rasa banyak dan susah nak habiskan.


Fatihah yang 'moody' sebab menunggu lama waktu berbuka tambahan pula air yang dipesan dia tak dapat.  Selagi tak dapat milo ais selagi tulah dia susah hati.














Harraz yang banyak songeh.  Ada sahaja kerenah dia.














Abah Hakim yang sabar melayan kerenah anak bujang dia.  Sekejap duduk, sekejap berlari, ada sahaja aktiviti dia.  Memang tak tahu duduk diam Muhammad Harraz ni.














Harraz yang berbuka sebelum azan Maghrib berkumandang.  Sabar jelah.














Akhirnya air milo ais Fatihah pun tiba.  Masa ni tinggal beberapa minit lagi nak masuk waktu berbuka.  Menjelang waktu berbuka, setiap meja di ruang bawah restoran ni dipenuhi pelanggan.  Tak pasti samada mereka telah tempah awal atau 'walk in' sahaja.

Alhamdulillah.  Boleh ulang lagi makan disini.  Saya bagi 7/10 bintang untuk makanan dan perkhidmatan di restoran ini.  Restoran yang mesra pengunjung kerana terdapat kemudahan surau yang disediakan.  Makanan juga bagi saya menepati selera kami.  

Doa kami..... Ya Allah, panjangkanlah usia kami untuk bertemu lagi Ramadhan di tahun-tahun yang akan datang.  Amin.






Dekorasi Menjelang Syawal @ Teratak Kami

Gambar-gambar yang saya rakam untuk dekorasi ruang terbuka rumah kami untuk lebaran tahun 2016.  Dekorasi tak banyak beza seperti tahun-tahun sebelum ini, masih mengekalkan perabot yang sediada.  Alhamdulillah, dengan kerjasama abah Hakim suasana bersih, kemas dan tersusun dapat dikekalkan walaupun Muhammad Harraz agak lasak meneroka setiap inci ruang rumah.













Ruang santai @ menonton kami.  Boleh dikatakan selain dari bilik, kami banyak habiskan masa di ruang ini.


Alhamdulillah, ada rezeki lebih dapat tukar sofa yang ada kepada sofa baru tahun ini.


Kedudukan kerusi rotan ditukar ke laluan dari ruang menonton ke dapur.














Tahun ni bertukar daripada menggunakan karpet 'patchwork' kepada karpet berbulu pula.


Lapik meja seolah-olah kait yang saya beli di GM Klang tetap digunakan walaupun bila dipasang agak pendek.  Saya memang sukakan apa-apa sahaja lapik meja dari hasil kait.  Di rumah mak, ada beberapa lapik meja berkait hasil tinggalan arwah wan yang tersimpan rapi.  Dah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk memiliki lapik kait dan disebabkan tak pandai nak mengait, nampak sahaja lapik meja ini, terus sahaja saya membelinya.


Ruang makan bagi saya perlu dijaga kerana ruang inilah yang menyatukan hubungan kekeluargaan.


Penyeri rumah kami.














Langsir rumah kami bertukar baru tahun ini.  Langsir 'eyelet' yang saya tempah dengan mak usu.  Mak usu hanya bantu jahitkan lurus.  Tebuk lubang dan pasang 'ring' saya serahkan kepada kenalan yang juga mengambil tempahan jahitan.














Ruang tamu yang tidak digunakan pada hari-hari biasa tetap saya pastikan dalam keadaan tersusun.










'Table runner' dan sarung kusyen hasil daripada sulaman riben.  Saya sangat sukakan sulaman riben ini sehinggakan rasa sayang nak gunakan.





Hiasan dinding yang masih sama seperti tahun-tahun sebelum.























Rak hyllis Ikea yang saya beli 'online'.  Sungguh berbaloi pada saya sebab dengan 4 baris para yang ada dapat membantu memperkemaskan lagi susunan barang di dapur saya.  Ruang ni juga saya serikan dengan pemasangan 'wallpaper' corak batu-bata merah supaya sepadan dengan konsep dapur saya.

Gelas dan bekas kuih raya yang hendak digunakan saya keluarkan lebih awal untuk dicuci bersih dan lap sebelum digunakan.  Setahun sekali baru digunakan, pasti sudah terlekat habuk walaupun disimpan di dalam kabinet.

Dapur saya walaupun punya kabinet atas bawah di kedua-dua belah dinding, namun tetap tidak cukup untuk memuatkan perkakasan dapur yang ada.  Atas alasan ini jugalah, saya dapatkan rak hyllis tu.














Langsir dapur yang ada dalam simpanan silih ganti digunakan setiap tahun.

Alhamdulillah.  Syukur.  Pada saya, suasana bersih, kemas dan tersusun adalah penyumbang utama kepada kebahagiaan, keselesaan dan kesihatan yang baik dalam sesebuah keluarga.  Bukan hanya untuk keselesaan penghuni rumah tetapi juga kepada tetamu yang bertandang.







Monday, June 6, 2016

Membiasakan Yang Baik

Berjaya juga saya merutinkan pemeriksaan gigi Khadija dan Fatihah setiap 6 bulan sekali.  Lokasi pemeriksaan gigi sudah tentu di Klinik Pergigian Pandamaran.  Dengan hanya bayaran RM1.00 setiap seorang dan menunggu sekitar 30 minit, gigi mereka berdua diperiksa.  Masa pemeriksaan tu, barulah tahu jika ada gigi yang perlu ditampal atau dicabut.























Sebatang gigi susu Khadija di bahagian bawah dicabut sebab dah bergoyang.























Fatihah pula gigi susu di bahagian atas hadapan dicabut.























Muka boring sebab mama paksa 'posing'.  Kos yang dikenakan untuk perkhidmatan cabut gigi ialah RM1.00 selain daripada RM1.00 yang telah dibayar semasa pendaftaran tadi.














Rutin abah Hakim pula, menderma darah.  Setakat ni abah Hakim menjadikan rutin beliau setiap 3 bulan sekali untuk menderma darah.  Kali ni abah Hakim derma darah terus di HTAR, Klang.

 





















Terus terang saya katakan, saya tidak pernah menderma darah.  Mungkin faktor berat badan yang tidak mencukupi suatu masa dulu menjadikan saya sekarang seorang yang takut untuk menderma darah walaupun berat badan dah melebihi 45 kg.  Kalau dibiasakan dan menjadi rutin mungkin hilang rasa takut agaknya.  Apa yang saya tahu, banyak nilai positif penderma darah iaitu orang yang rajin menderma darah ni bukanlah orang yang kedekut, dapat menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan dan badan lebih sihat.  Insha Allah, saya akan usahakan untuk menderma darah kelak walau sekali dalam seumur hidup.  






Thursday, June 2, 2016

Sempena Birthday Khadija Ke - 9 Tahun

Sempena ulangtahun kelahiran kakak Khadija yang ke - 9 tahun, dia sendiri 'request' nak sambut dengan kawan-kawan kelas 3 Bestari.  Disebabkan usia Khadija dah memasuki 9 tahun, saya rasa tak sesuai lagi buat bungkusan 'goodies' untuk diberikan kepada kawan-kawan.


Paling mudah, saya tempah sahaja kek.  Kek coklat 'moist' seperti yang diminta oleh 'birthday girl'.























Bila tengok saiz kek ni agak comel, takut pula tak cukup.  Tapi bila diselidik dengan Khadija, kata dia kek cukup, semua kawan dapat rasa.  Paling tak percaya, siap diagih kepada ustazah @ ustaz kata dia.























Extra menu, 'brownies, air kotak, mee dan mihun goreng.























Permintaan birthday girl, nak makan KFC.  Permintaan di 'support' 100% oleh Fatihah.  Siap bagi lokasi, nak KFC kat Jusco Bukit Raja.  Ikutkan je, janji mereka 'happy'.























Paling 'happy' bila dapat keluar jalan-jalan, Muhammad Harraz.  Tak cukup tanah kami nak kawal dia bila tak letak dalam 'stroller'.  Kadang tu, rasa tak tenang nak makan sebab Harraz dah pandai tak nak duduk dalam kerusi 'baby'.

Mama doakan Khadija menjadi anak solehah yang cemerlang dalam akademik, akhlak dan ibadah.  Sentiasa jadi insan yang merendah diri, berakhlak mulia dan berbuat baik kepada semua orang.  Semoga anak-anak syurga mama menjadi sebaik-baik umat manusia serta bidadari dan bidadara di syurga abadi kelak.  Amin.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...