Monday, April 14, 2008
Kerenah Khadija
Dah besar dah....hi hi hi...tak sangka....Khadija ni senang dapat kawan, tak kira pegi mana2, gi shopping complex ke, makan kat gerai ke, mesti ada orang tegur....pastu pegang2 dia....
Skrg Khadija dah 10 bulan nak masuk 11 bulan. Dah boleh berdiri lepas tangan. Tapi kaki berat lagi nak melangkah sendiri. Dah pandai panggil 'mama...ma...ma...', abah pun dah pandai dia sebut. Panggilan abah dia 'Khadija anak abah, yang cerdik, yang cantik' tiap kali balik kerja.
Skrg Khadija dah 10 bulan nak masuk 11 bulan. Dah boleh berdiri lepas tangan. Tapi kaki berat lagi nak melangkah sendiri. Dah pandai panggil 'mama...ma...ma...', abah pun dah pandai dia sebut. Panggilan abah dia 'Khadija anak abah, yang cerdik, yang cantik' tiap kali balik kerja.
Posted by Shima at 9:49 AM 0 comments
Our product
Inilah puteri kami, setakat ni baru sorang, coming tak taulah...Dilahirkan pada jam 4.30 petang di HTAR pada 28 Mei 2007. Diberi nama Khadija Amanina binti Hakim yang bermaksud Cita-Cita/Harapan Kami. Senang jugak jaga Khadija ni. Tak banyak kerenah, tapi makin besar ni makin manja pulak. "Ya Allah, Kau Kurniakanlah kepada zuriatku Khadija Amanina kecerdasan akal fikiran, budi pekerti dan akhlak yang mulia, kesihatan yang baik....Semoga Khadija menjadi anak mama dan abah yang solehah, cemerlang kepada keluarga dan agama. Amin".
Posted by Shima at 9:43 AM 0 comments
Bermulalah kisah kami
Saya dan suami kerja di satu tempat di Bandar Klang ni. Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Kenal rapat dalam 6 bulan, bertunang 5 bulan dan terus diakhiri dengan pernikahan pada 26 Mei 2006, selepas solat Asar di Masjid Nurul Iman, Telok Gadong, Klang. Seterusnya bermulalah kisah baru dalam hidup saya.....yang dulunya tak terfikir pun akan berubah menjadi isteri dan mama....hihihi
Posted by Shima at 9:40 AM 0 comments
My Hubby
Perkenalkan inilah suami saya, abah kepada anak saya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan dia. Seorang yang sporting, tapi tetap tegas sebagai ketua keluarga.
Posted by Shima at 9:36 AM 0 comments
Aku Adalah Aku
Inilah Cik Shima ops Puan dah.....Merupakan anak ke-2 daripada 5 beradik kepada Hajjah Rohani binti Haji Hashim dan Haji Md. Ariff bin Othman. Mendapat pendidikan di beberapa sekolah antaranya Sek. Keb. Telok Gadong, Klang, Methodist Girl School, Klang dan Sek. Menengah Teknik Setapak, KL. Pemegang Diploma Sains Kesetiausahaan dari Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Berkeinginan untuk menyambung belajar sbb klu diikutkan otak saya ni agak2 ok lah jgk bila belajar dulu. Antara top 10 jgklah dlm kelas dari darjah 1 hingga Tgktn 5. Mungkin skrg klu nak belajar ambil course masak-memasak atau jahit-menjahit, mengaji ke....heheh, tengoklah nanti....
Posted by Shima at 9:24 AM 0 comments
Empunya Blog
Thanx to Mieza kat TH Bayan Lepas. Kalau tak kerana Mieza, Shima tak buat kot blog ni. Lepas bukak blog Mieza, terus meluap-luap rasanya nak buat blog sendiri. Nah...inilah hasilnya. Mieza ni roomate masa Part 2 kat Poly PD.....Oleh kerana blog ni baru lagi, gambar yg di'uploade' mmg tak tersusun dgn programnya. So faham2 jelah. Blog ni jugak saya harap akan menjadi second album. Nanti bila anak-anak saya dah celik IT dia boleh surf tgk apa yg mama dia buat utk dia kat dlm ni. Ok, hope U all enjoy tgk foto2 kat dlm ni.
Posted by Shima at 9:13 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)






