Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, July 29, 2008

Main Masak-Masak








Tengok tajuk, macam main2 je memasak. Tapi tak kot bila tengok gambar. Walaupun simple2, sepah jugak dapur saya tu. Macam donut tu mula2 nak ikut resepi yang ambil dalam internet. Lepas tu bila call Kak Ti tanya dia, resepi dia lagi senang dan 'guarantee jadi'. Apa lagi terus try dan akhirnya menjadi. Lepas tu, yang ikan kukus tu ikan jenahak. Disebabkan nak makan makanan yang sihat, saya kukuslah daripada digoreng. Siap beli pengukus lagi. Makan plk dengan air asam dan kicap. Best jugak sekali-sekala, kalau selalu muak jgk.


Taman Laranganku






Suami saya yang beria-ia benar nak buat landskap kat tanah sekangkang kera rumah kami tu. Akhirnya terhasillah hasil kerja tangan kami. Tapi gambar yg ada ni tak lengkap lagi sbb masa tu belum tanam rumput carpet lagi. La ni dah ada rumput carpet, pastu kat dalam 'fountain' tu dah ada ikan talapia kecik. 'Fountain' tu plk pemberian mak uda saya. Dia dah tak nak sbb dah boring kot dengan landskap rumah dia. Ok jgk, bunyi deruan air jadi terapi minda kepada kami.


Friday, June 20, 2008

Family Day 2008 M&FIL at Pantai Linggi






Family Day sebelah mertua pada tahun ni diadakan di Pantai Linggi, Melaka pada 14 dan 15 Jun 2008.

Tuesday, June 17, 2008

2nd Celebration Birthday Khadija









Sambutan kedua majlis hari jadi Khadija di buat di Telok Gadong....


Tuesday, June 3, 2008

Happy 1st Birthday To Khadija








Ulangtahun Ke-2 dan Hari Lahir-1 Khadija di Langkawi


























Syukur Alhamdulillah, percutian kami 3 hari 3 malam bermula dari Selasa 27 Mei hingga 30 Mei 2008 ke Langkawi berjalan dengan lancar. Khadija pun ok tak meragam langsung. Percutian kami menaiki pesawat Air Asia ke sana memang best sangat sebab tak penat. Walau pun flight delay tapi tak lama dalam 10 minit je. Berbeza sangat kalau pergi drive sendiri. Tapi suami kata memanglah tak penat sbb dia yg asyik drive kat sana dan kena pikul barang yang aku beli (2 set corningware dan caserole). Menginap pulak di Perdana Beach Resort (rumah rehat MPK), apartment dua bilik yang kosnya hanya RM25.00 je sehari.

Tempat yang paling best kami lawati ialah ke Pulau Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Another place yang best sangat kat Pantai Cenang, Cable Car dan diikuti dengan tempat-tempat lain (especially tempat shoppinglah, sampai suami bengang). Tempat makan pun not bad, seafood ok jgk. Harga pun berpatutanlah dengan rasanya yang menepati selera kami.

Perjalanan balik dari Langkawi ke KLIA selamat tiba pada jam 11.50 malam. Terus g parking ambil kereta (kereta parking kat KLIA) dan balik ke Klang. Memang best, terima kasih kepada suami kerana menaja percutian ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...