Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 13, 2010

Foot Massage

Antara kesukaan suami saya adalah urutan kaki. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya sebulan sekali beliau mendapatkan urutan kaki ni. Dalam beberapa tempat yang pernah beliau dapatkan khidmat urutan ni, urutan oleh sepasang suami isteri cina di Tesco Bukit Tinggi, Klang nilah yang paling beliau gemari.



urutan refleksologi di tapak kaki sebenarnya berkait dengan organ dalaman kita.



Khidmat urutan selama 1/2 jam dengan kadar bayaran RM30.00.



Apek ni dapat mengesan masalah suami saya iaitu hidung tersumbat akibat selesema, sakit tengkuk dan kurang tidur.



Sebenarnya saya juga diurut oleh isteri apek ni. Menurut beliau, terdapat banyak angin dalam badan dan perut saya. Justeru beliau menasihatkan saya supaya mengelakkan dari memakan pisang, pulut, kacang panjang, timun, kangkung dan susu pekat manis.




Friday, December 10, 2010

Wedding Nor & Ajib

Syukur Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Majlis pernikahan dan kenduri walimatulurus Nor dan Ajib telah selamat berlangsung pada 3, 4 dan 5 Disember 2010.

Cerita pada sepanjang majlis adalah secara bergambar.



Nor (panggilan di dalam keluarga) @ Azie @ Jijah memilih warna grey untuk majlis pernikahan. Majlis pernikahan diadakan di surau sebelah rumah kami di Telok Gadong selepas solat Asar.



Bersama saya yang turut mengikut warna tema, grey.



Selesai majlis akad nikah sekitar jam 6.30 petang. Satu pasangan lain termasuk Nor dinikahkan di surau yang sama pada petang tersebut.



Memilih songket purple untuk persalinan malam berinai.



Menepung tawar pengantin.



Persalinan sebenarnya ada 3, lagi 2 tak diambil gambar, maklumlah masing-masing dah keletihan. Masa ni dah hampir jam 12.00 malam.

Keesokannya semasa hari berlangsung, kamera saya buat hal yang sama. Jadi terpaksa menggunakan kamera Aswadi (adik ipar) untuk merakam gambar. Disebabkan menjadi tuan rumah di samping melayan kerenah Fatihah, agak terhad pergerakan saya untuk merakam gambar pada sekitar majlis berlangsung.



Antara tetamu yang tertua meraikan pengantin. Atuk Itam Awal ni adalah pangkat moyang kepada kami. Beliau merupakan bapa saudara kepada arwah atuk. Datang dihantar menaiki kenderaan walaupun rumah selang beberapa buah sahaja dari rumah kami kerana beliau dah tak larat berjalan.



Ayam panggang menjadi pilihan mak sebab mudah disediakan di samping nasi beriayani (menu utama yang wajib pada setiapkali kenduri kami), dalca, daging masak merah, acar buah dan jelatah. Turut disediakan kuih-muih dan bubur kacang serta dadih, agar-agar dan tapai sebagai pencuci mulut.



Meja pengantin. Gubahan dibuat oleh mak usu yang kreatif bersama sepupu-sepupu.



Khemah pun ikut warna tema, oren.



Majlis marhaban, cukur jambul baby Nur Hazirah Izzati dan tahlil turut diadakan sebelum majlis bersanding.



Khadija dan mak cik Ainnya. Baju pink hasil jahitan mak usu.



Kami.



Khadija dan Nurdeen Sani.



Bersanding di pelamin.



Acara memotong kek. Kek 3 tingkat turut dibuat oleh mak usu.



Naik seri wajah pengantin yang tak pernah bersolek sebelum ini.



Posing menarik.



Ramai yang tiada di dalam gambar ni. Susah nak kumpulkan semua orang yang sedang sibuk melayan tetamu.



Outdoor session di Taman Botanik.



Semasa menghantar pengantin ke rumah Ajib pada keesokan harinya.



Warna hijau menjadi pilihan di rumah sebelah lelaki.

Kami berempat (semua perempuan) dah selamat, sekarang hanya tinggal adik bongsu kami yang satu-satunya lelaki sahaja yang belum melangsungkan perkahwinan. Semoga beliau dipertemukan jodoh yang baik dan solehah. Amin.



Wednesday, December 8, 2010

Hari Sebelum Berlangsung

Pada 3 Disember 2010, sahlah sudah adik perempuan bongsu saya menjadi isteri kepada Mohd Razif @ Ajib. Akad nikah diadakan di surau sementara @ Masjid Nurul Iman, Telok Gadong pada petang tersebut. Majlis seterusnya diadakan di rumah pusaka yang kini menjadi rumah kami juga. Memang kami berhasrat untuk mengadakan majlis kali ni di rumah tersebut kerana rumah ni lebih luas berbanding rumah mak di sebelah. Lagipun dapat juga menghidupkan kembali ruang atas rumah yang jarang-jarang kami gunakan.



Sehari sebelum majlis akad nikah kami dah mula sibuk. Antara kawan nor yang datang membantu.



Saudara-mara turut datang membantu.



Budak-budaklah yang paling seronok masa ni.



Khadija membantu menyibuk.



Tempat yang paling budak-budak ni suka main adalah di pelamin.



Projek memasak sup tulang. Mak memberi kepercayaan kepada saya dan Hakim untuk melaksanakan projek memasak sup tulang untuk majlis malam berinai.



Alhamdulillah. Sup yang dimakan bersama mee atau nasi himpit pada majlis malam berinai.

Kenduri-kendara selalunya kami tidak mendapatkan khidmat katering yang mana biasanya kami memasak sendiri. Penyediaan bahan memasak dilakukan secara gotong-royong oleh mak saudara dan sepupu-sepupu. Kalau nak tahu di rumah kami, serba-serbi peralatan memasak dari sekecil-kecil periuk sehinggalah ke sebesar-besar periuk, set buffet dan macam-macam lagi kami ada. Jadi tiada masalah untuk kami memasak sendiri.




Monday, November 29, 2010

Lawatan Ke Kompleks 3C & Taska Permata MPSJ

Saya agak bertuah kerana pada 26 November 2010, saya beserta AJK Ibu Bapa Pusat Jagaan MPK telah berpeluang melawat ke Kompleks 3C yang terletak di Bandar Sunway, PJ. Kompleks 3C tersebut adalah di bawah pentadiran MPSJ. Tujuan lawatan kami ke sana adalah bagi menambahbaik kemudahan Taska dan Pusat Transit MPK.



Kompleks 3C adalah merupakan Pusat Kreativiti Kanak-Kanak yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Pra Sekolah, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Petting Zoo, Galeri, Kafetaria, Sewaan Auditorium, Kelas Pembelajaran di samping pelbagai aktiviti mingguan yang lain. Kadar harga yang dikenakan bagi menghantar anak ke Pusat Perkembangan Kanak-Kanak adalah mengikut pakej iaitu :-

Pakej 1 - kanak-kanak umur 3 - 6 tahun termasuk makan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dikenakan RM250.00 seorang.

Pakej 2 - kanak-kanak umur 3 - 6 tahun termasuk makan dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari dikenakan RM125.00 seorang.

Saya agak teruja apabila memasuki kompleks tersebut yang keluasannya boleh diibaratkan sebesar Jusco Bukit Tinggi, Klang (tidak termasuk parking). Dalam bangunan tersebut semuanya lengkap ada. Menurut staff, kemasukan ke kompleks atau taska adalah berdasarkan 'first come, first serve' yang mana tidak kiralah samada staff atau bukan, siapa cepat mendaftar akan diberi keutamaan.



Sebahagian kanak-kanak bermain di luar sambil diawasi oleh beberapa orang kakitangan.

Semua staff yang bekerja adalah di bawah MPSJ dan diletakkan di bawah Jabatan. Terdapat beberapa orang Pegawai dan kakitangan sokongan yang berjumlah lebih daripada 40 orang.



Dalam masa yang sama, di dalam bangunan turut terdapat sekumpulan kanak-kanak lain sedang bermain yang mana turut berada di bawah pengawasan beberapa orang kakitangan.



Kak Maisarah (Setiausaha), saya (Bendahari) dan Puan Suzana (AJK). Seronok dapat sekali-sekala berpeluang mendapat pelepasan ni.



Semasa di bawa meninjau bangunan Kompleks.



Perkhidmatan sewaan Auditorium turut disediakan di dalam kompleks tersebut yang mana semasa tinjauan kami, latihan oleh kanak-kanak tadika luar sedang diadakan. Untuk pengetahuan, program TV9 (Ustaz Zamri) juga pernah menggunakan perkhidmatan disini.



Ada 2 buah library di dalam kompleks tersebut yang dinamakan sebagai Perpustakaan Hipermedia, 1 library untuk bahan bacaan dewasa dan 1 lagi library untuk bacaan kanak-kanak. Perkhidmatan komputer turut disediakan. Untuk menjadi ahli, bayaran tertentu ada dikenakan.



Yang ni library kanak-kanak.



Di Petting Zoo, saya mengambil peluang bergambar bersama burung merak. Selain burung merak, ada monyet, ayam belanda, itik, ayam serama dan burung unta. Manakala haiwan seperti ular, kura-kura dan biawak juga terdapat di sana yang mana ianya ditempatkan di dalam almari kaca.



Burung unta ni rupa-rupanya tak suka dengan warna hitam yang mana ianya akan bertindak balas dengan berbunyi bising bila melihat objek berwarna hitam. Yang saya perasan, hampir togel bulu badan salah seekor burung unta ni disudu oleh salah seekor burung unta yang lain.



Lokasi seterusnya lawatan kami adalah ke Taska Permata MPSJ yang mengambil masa hampir 15 minit perjalanan dari kompleks tersebut. Taska ni hanya khusus sebagai pusat jagaan kanak-kanak iaitu dari baby hinggalah ke kanak-kanak transit. Agak besar Taska ni dan staff yang ditugaskan lebih kurang 25 orang.



Bilik untuk kanak-kanak umur 3 - 4 tahun. Kanak-kanak ni ceria menyambut kedatangan kami.

Sebagai staff MPSJ atau warga penduduk PJ sekiranya mempunyai anak kecil sehingga remaja amatlah rugi sekiranya tidak menggunakan kemudahan yang disediakan ini kerana bagi staff MPSJ sendiri, kadar yang dikenakan hanya RM100.00 dan tiada caj tambahan lain dikenakan kecuali jika mengambil anak melebihi jam 6.30 petang akan dikenakan RM5.00 sejam.

Harapan saya setelah sekembali dari lawatan tersebut adalah saya amat berharap agar kemudahan yang sama turut disediakan di Majlis Perbandaran Klang ni. Bukan sahaja kepada staff tetapi juga untuk warga penduduk Klang yang mana ianya secara tidak langsung akan memberi hasil kepada pihak Majlis. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur dengan kemudahan Taska sediada, cuma ianya hanya perlu ditambahbaik sahaja.





Sepetang Di Jusco Bukit Tinggi, Klang

Rabu malam Khamis yang lepas, saya tidur di rumah mak dan sekaligus saya mengambil peluang membawa Khadija dan Fatihah jalan-jalan ke Jusco. Adik saya Nor dan Aqilah si putih gebu anak adik saya Saleha pun turut serta.



Balik dari ambil Khadija di Taska terus ke rumah mak ambil Fatihah, Aqilah dan mak cik Nor. Bukan main suka lagi budak 3 orang ni dapat berjalan. Si Aqilah diam sepanjang perjalanan. 'Excited' di bawa berjalan macam perangai adik saya Saleha yang suka berjalan (sekarang sedang berpantang anak kedua). Aqilah baru setahun 3 bulan dah dapat adik. Kesian tak sempat nak manja lama.



Yang paling 'excited' Khadija mulut tak henti bercakap.



Fatihah, budak manja yang mengada. Kalau ada saya tak nak berenggang walau sesaat.



Khadija dengan tocang dua yang disiput oleh teacher Ain katanya.



Sampai Jusco, makan dulu di KFC sebelum berjalan. Adik saya Nor yang sedang menghitung hari untuk melangsungkan pernikahan dengan jodoh yang ditentukan Ilahi dan menjadi pilihan hatinya iaitu Ajib.



Bukan main lagi budak 2 orang ni, dapat makan terus diam. Tak macam Fatihah, diberi makan punyalah susah nak ditelan walaupun dah diberi vitamin Appeton. Sebab tu badan susah nak naik.



Keluar dari KFC ingat nak terus menuju ke dalam Jusco. Tapi kami terhenti seketika di hadapan Mc'D.



Khadija merengek nak ais krim. So, mak cik Nor dengan bermurah hati membelikan anak-anak buah kesayangan ais krim.

Kesimpulan dari 'window shopping' saya pada petang tersebut adalah agak sukar berjalan dengan kanak-kanak, kalau bawa seorang je masih boleh di'handle'. Tapi kalau dah 3 orang sekaligus, banyak kerenahnya. Dengan si Khadija yang minta itu ini. Si Fatihah yang terberak dan ditambah dengan si Aqilah yang remas nak berdokong bila dah terlalu lama duduk di dalam trolley. Bagi saya kalau nakkan keselesaan dan bebas memilih barang dari satu tempat ke satu tempat adalah lebih baik shopping bersendirian sahaja. Itu pun kena tengok masa juga, jangan pulak sebab nak bershopping, tanggungjawab menjaga anak dilepaskan kepada orang lain . Jadi kena pandai curi masa untuk bershopping sendirian iaitu semasa dalam waktu lunch hari bekerja kerana tanggungjawab menjaga anak pada waktu selepas bekerja dan hari cuti adalah sepenuhnya oleh ibubapa dan bukan pengasuh @ taska @ wan/nenek ye. Dan ini adalah ingatan buat diri saya sendiri juga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...