Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, September 13, 2017

Aidiladha 1438H

Alhamdulillah.  Masih dapat meraikan sambutan Aidiladha tahun ini.  Aidiladha kami seperti tahun-tahun sebelumnya.  Meriah dalam kesederhanaan sebab ada juga menu seperti Aidilfitri.
 













Menu rumah sendiri.  Ayam rendang digandingkan dengan lemang.


Puas makan dan berbual kosong di rumah mak, kami ke rumah mak usu @ wan usu untuk menjamu selera sebab mak usu masak banyak hari tu.  Baju raya haji tiada baru, cuma pakai baju raya tahun lepas.

Raya kedua kami ke kampung abah Hakim, Kampung Bukit Kerayong untuk menyempurnaka ibadah korban.  Tahun ni di kebanyakan surau atau masjid menyempurnakan ibadah korban pada hari kedua Aidiladha, atas faktor kesuntukan masa disebabkan 10 Zulhijjah 1438H jatuh pada hari Jumaat.  Masa untuk melaksanakan proses korban mungkin terhad sebab perlu juga disempurnakan solat Jumaat.  Tu yang kebanyakannya memilih hari kedua atau ketiga selepas itu.

Syukur, tahun ni dapat juga buat korban untuk diri sendiri.  Alhamdulillah, saya diberi rezeki dan kelapangan setiap tahun untuk buat korban dengan menabung setiap bulan khusus untuk tujuan tersebut.  Pada saya, jika kita mampu untuk yang lain kenapa tidak berkorban wang ringgit untuk tujuan ini.  Selain daripada penghayatan maksud sebenar korban, bahagian yang dikorbankan juga dapat dikongsi rasa oleh orang lain.  Nasihat saya, buatlah setiap tahun sekiranya mampu.  Doa saya semoga ibadah ini diterima Allah dan dapat menampung kekurangan saya di hari pertimbangan kelak.























Harraz tunjuk 'power' tembak lembu kononnya.













Mereka berdua ni dari kecil dah didedahkan dengan program korban. 


Abah Hakim pun tak kurang 'power'.  Di surau kariah sendiri dia membantu, program korban di tempat bekerja juga dialah orang kuatnya.  Syukur.  Semoga ibadah kami ini diterima olehNya.





Thursday, September 7, 2017

Bonding Time Together @ Sunway Piramid

Rasanya dah lebih dari 5 tahun mungkin, tak ke Sunway Piramid.  Jadi 'window shopping' kami baru-baru ni juga saya putuskan, "Kita ke Sunway Piramid jelah abah, sebab dah lama tak pergi sana." Ya, pilihan yang tepat, sebab kat Sunway Piramid tak membosankan, shopping mall yang besar dan macam-macam pun ada kat situ.  Yang pasti, budak-budak pun 'enjoy' kat sana.  




















Kita orang bawa Faris.  Khadija dengan Khairin ni kalau hari cuti, memang suka ajak sepupu duduk rumah kita orang.


Tengok orang main 'ice skating'.



Khadija buat muka.  Dapat nasihat dari abah Hakim.


Sebenarnya dia nak main 'ice skating'.  Kami tak bagi sebab masing-masing tak pandai pun nak meluncur ais.  Takut jatuh nanti.  Lain kali datang sini, kita 'try' ya.


Dah kenyang makan, solat semua.  Bawa budak-budak ni beli buku kat Popular.  Kat situ kebetulan tengah ada pesta buku Popular.


Tak beli buku apa pun, cuma bagi sorang satu pilih komik.  Faris pun dapat satu komik Boboiboy.  Tujuannya, nak dia minat membaca.  Ni adalah antara tips yang kami amalkan kalau keluar berjalan, atleast satu bahan bacaan akan dibawa balik rumah.  Selalunya, kalau tak komik, mesti buku latihan yang akan kami beli.  Kalau tengok bilik mereka ni, memang penuh dengan buku.  Sekarang ni, Khadija dah mula minat kumpul cerpen dan novel.  Ada juga novel dan majalah yang kakak Sarah dan mak long bagi.  Memang banyak buku dia orang ni.

Bukan nak memuji anak-anak, tapi mereka ni walaupun cuti sekolah, buku sentiasa kat tangan.  Khadija, dengan buku sampai dibawa tidur. 















"Sama tak saya dengan Fattah Amin?".  Harraz lagi handsome kot.  Insha Allah.  Yang penting, akhlak dan budi pekerti bukan sekadar rupa penyejuk mata memandang.  Betul tak?


Harraz dah mula bosan, bila disuruh 'pose' macam-macam gaya.














Memang dia tak bagi kerjasama pun.


Buat perangai.  

Jalan-jalan, makan-makan, penat..... balik rumah.  Itulah aktiviti kami hujung minggu.






Harraz Vs Firdaus

Sejak Harraz dah masuk taska ni, berjumpa dengan sepupunya, Firdaus agak jarang-jarang.  Hari pertama Harraz tak datang rumah wan, Firdaus ada bertanya, hari kedua dan seterusnya.  Lepas seminggu, Firdaus dah faham Harraz dah masuk 'sekolah'.  

Harraz pulak tak heran kalau ditanya tentang Firdaus.  Firdaus bagi Harraz kawan yang suka membulinya barangkali.  Selalu buat dia menangis sebab rebut mainan yang sama.  














Ambil peluang keluar makan McD dengan mereka berdua.
 













Sesekali berjumpa, memang nampak macam BFF sangat.  Kalau tiap hari, bergaduh je kerjanya.














Harraz macam tak kisah dengan Firdaus.  Tapi Firdaus nampak macam 'melepas rindu' sebab baru dapat jumpa Harraz. 














Dapat makan McD, happy sangat dia orang berdua ni.  Nasib baik dia orang berdua ni berkelakuan baik, senang nak kawal dan ikut cakap.  Lain kali boleh bawa lagi.






Tuesday, August 29, 2017

Happy Birthday Kakak Khairin Fatihah!

Khairin Fatihah dah 8 tahun secara rasminya pada 16 Ogos yang lepas.  Alhamdulillah.  Dua kali kami sambut untuk Khairin sebab nak jaga hati Khairin yang selalu rasa dia dipinggirkan.  Dia selalu rasa mama dan abah lebihkan kakak Khadija. 


1st sambut birthday Khairin kat rumah, petang 16 Ogos tu secara 'surprised'.  Sengaja abah Hakim beli kek tapi sorok.


Khairin ni pandai berkias.  Seminggu sebelum 16 Ogos lagi, hinggalah sehari sebelum tarikh tu, dia buat-buat tanya, "Ada apa dengan 16 Ogos?".  Kita orang yang sengaja nak kenakan dia jawab "Entah, tak ada apa-apa kot".  Bengang je Khairin.

Kalau ada yang perasan, masa kecil kami panggil Khairin dengan panggilan Fatihah tapi sejak dia tadika terus panggilan tukar kepada Khairin.  Sebabnya, kami nak maksud 'Khairin' tu meresap dengan diri dia.  Khairin membawa maksud 'Kebaikan'.  Fatihah pula bermaksud 'Pembuka'.  Makanya, untuk menjadikan akhlak dan peribadi Khairin terpuji, kami panggil dia dengan maksud 'Kebaikan'.













Sambutan kali kedua pula, kami hanya makan-makan di Secret Recipe.  Hanya 2 potong kek tanda meraikan hari jadi Khairin. 













Kita orang bawa sekali Faris.  Sekali-sekala bawa Faris jalan-jalan sama.  Mujur juga Faris ni ikut je cakap kita orang, tak adalah buat perangai sepanjang dia dengan kita orang.














Baca doa sebelum makan.  Mendoakan 'birthday girl' supaya jadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.


Anak-anak yang bakal mendoakan kami nanti.














Alhamdulillah.  Walau hanya di Secret Recipe, harapnya Khairin rasa dia disayangi sama macam kakak Khadija dan Harraz.






Thursday, August 17, 2017

Harraz Masuk Taska

Muhammad Harraz akhirnya dimasukkan juga ke taska.  Kalau diikutkan perancangan untuk masuk taska ni sejak awal tahun lagi tapi disebabkan hati mama yang berbolak-balik dan juga wan yang kata tak payah masukkan, maka hajat nak masuk taska tu tertangguh sehinggalah ke bulan Ogos ni.  Itu pun sebab mama dan abah Hakim kesiankan wan yang tak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.  Walaupun wan tetap berkeras kata tak perlu masukkan Harraz ke taska, tapi atas dasar sayangkan mak dan juga untuk kebaikan Harraz sendiri, kami tekad masukkan juga Harraz ke taska bermula 16 Ogos 2017.

Kemasukan ke taska ni pada umur 3 tahun memang dilalui juga semasa kakak Khadija dan Khairin Fatihah dulu.  Cumanya mereka lebih awal masuk ke taska berbanding Harraz.  Masa tu memang kami tekad nak hantar atas dasar anak-anak perlu didedahkan setahun lebih awal bergaul dengan rakan-rakan sebelum masuk ke tadika.  Hasilnya memang anak-anak yang dihantar ke taska ini lebih berdisiplin, pandai berkawan dan tak pakai lagi 'diaper' pada usia 4 tahun.  Mudah untuk hantar mereka ke tadika bila umur 4 tahun nanti.

Begitu juga dengan Harraz, ini juga sebagai persediaan dia pada tahun hadapan untuk masuk ke tadika.  











'Handsome boy' yang seakan-akan teruja nak ke sekolah.  Malam sebelumnya Harraz tidur agak lewat dari biasa.  'Excited' barangkali sebab dia tengok persiapan yang mama dia buat untuk dia ke taska. 























Harraz sejak dari 'baby' memang mudah sangat bangun pagi.  Bangun pagi seawal jam 5.30 pagi selalunya, tapi kadang-kadang terlajak juga dia ke 6.30 pagi.  Tapi itu masa yang paling lewat untuk dia.  Walaupun sebelum ni, wan yang jaga Harraz tapi kami amalkan sejak dia umur 6 bulan lagi dah mandikan dia sebelum kami hantar ke rumah wan.  Alhamdulillah, antibodi Harraz kuat sebab dia tak mudah dijangkiti selesema walaupun dibasahkan kepala setiapkali mandi.























Sebaik sampai ke taska, Harraz teruja "nak main taman", kata dia.
 












Sehingga petang, apa yang teacher @ pengasuh di Taska Comel Intelek laporkan dalam group 'Whatssapp', Harraz pandai berkawan dan 'happy' je.  













Taska Comel Intelek di Jalan Sungai Udang, Klang ni saya pilih sebab lokasinya antara jalan yang kami lalui untuk pergi dan balik kerja.  Aktiviti dan program taska ini merujuk kepada program di bawah Persatuan Taska Negeri Selangor.













Alhamdulillah.  Banyak yang Harraz dapat belajar disini nanti.













Ada hafalan surah-surah harian juga.























Belajar pakai bedak.



















Aktiviti baca buku cerita.

















Janji kamu 'happy' Harraz.  Jangan buat teacher marah sudah.







Tuesday, August 8, 2017

Muhammad Harraz @ 2 years 10 months

Pejam celik, pejam celik..... rasa macam cepat sangat masa berjalan sekarang ni.  Muhammad Harraz dah nak masuk 3 tahun lagi 2 bulan.  Alhamdulillah.























Harraz dah pandai macam-macam.  Pandai membahasakan dirinya dengan panggilan yang kadang-kadang 'adik', 'kita' atau 'Muhammad Harraz'.  Faham percakapan kita, cumanya masih sedikit pelat.























Handsome boy ni masih nak melekap menyusu badan terutamanya bila nak tidur.  Waktu lain dia tak kisah. 























Insha Allah, tahun depan Harraz dimasukkan ke tadika.  Sekarang ni, mama tengah 'survey' tadika yang terbaik buat Harraz.






Monday, July 31, 2017

Bertemu Sepupu-Sepapat

Gambar-gambar berhari raya bersama sebahagian anak, cucu dan cicit Allahyarham Haji Hashim bin Md. Isa dan Allahyarhamah Hajjah Mariam binti Daud. 
















































































































Semoga ikatan kekeluargaan dan ukhuwah ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat.  Perancangan nak buat hari keluarga tu ada cuma perlukan masa yang sesuai untuk dapat kumpulkan semuanya.  Insha Allah, di satu masa nanti.  Semoga Allah menyatukan hati-hati kami, anak, cucu dan cicit serta keturunan Haji Hashim dan Hajjah Mariam untuk bersatu-padu.  Amin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...