Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, May 31, 2010

Khadija Dah 3 Tahun



Dua-dua pun mama sayang.



Kek pilihan Khadija sendiri.



Buka hadiah dari mak cik Nor dia, kat rumah wan di Telok Gadong.

Syukur ke hadrat Ilahi, Khadija dah mencecah ke umur 3 tahun pada 28 Mei yang lepas. Tak sangka, dah besar dah Khadija. Sambutan birthday Khadija kali ni secara sederhana, ada pra sambutan dari kami sekeluarga di Restoran Rasamas sahaja. Sambutan yang agak best sikit dibuat di Taska atas permintaan Khadija sendiri.

Bercerita mengenai perkembangan Khadija pada usia 3 tahun memang agak advanced dari usia dia (itu pandangan sayalah, mungkin ianya normal bagi kanak-kanak lain seusia dia). Khadija dah pandai mengenal warna, counting 1 until 10, baca doa makan dan tidur beserta maksud sekali, bercerita dan bertanya soalan-soalan yang tak terduga oleh kita akan keluar dari mulut comel dalam usia dia. Yang lainnya, Khadija dah tak pakai diaper pada waktu siang, cuma pada waktu malam sahaja kami pakaikan diaper sebab takut dia terkencing. Itupun, dia kata tak nak sebab dia dah besar. Ada hikmah juga kami hantar Khadija ke Taska, banyak pelajaran baru yang dia belajar di sana. Mungkin kalau masih duduk di rumah, Khadija akan semakin manja dan degil, maklumlah yang jaga wan sendiri.

Doa mama buat Khadija...Semoga Khadija diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipelihara iman, dijauhkan dari bahaya dan diberi kecerdasan akal dan fikiran serta menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Amin.



Berlatar belakangkan kereta kebanggaan dan kesayangan Khadija.

Thursday, May 27, 2010

Ke Kilang Gardenia dan Vantage

Lawatan Ilmiah bak kata AJK Puspanita Daerah Klang. Actually, saya ni bukanlah ahli Puspanita, tapi atas budi bicara saya pun turut serta dalam lawatan tersebut. Dapatlah sehari cuti tanpa rekod. Bukan apa, kalau tak ikut ke lawatan macam ni, bila lagi kan?



Pintu masuk kilang Gardenia yang terletak di Shah Alam. Sebelum masuk, tahap kesihatan kami telah diuji. Bagus betul kilang ni.



Sebelum dibawa melawat ke kawasan dalam kilang, kami diberi taklimat dan tayangan video. Selepas tu, baru kami di bawa melihat proses membuat roti hinggalah ke pembungkusan. Canggih prosesnya semua menggunakan mesin.



Salah seorang kawan yang turut serta (sama kami bukan ahli Puspanita). Tujuan pergi nak release tension konon. Hehehe.



Saya dengan beg goodies dari Gardenia. Dapatlah kami dalam 5 jenis roti yang saya kira dalam anggaran RM20.00 semuanya. Ingatkan ada dijual roti separuh harga ke, tak de rupanya, dengan alasan oleh pihak kilang, produk roti Gardenia mudah didapati di mana-mana.

Seterusnya kami ke kilang pembuatan barangan Vantage di PJ. Sebelum pergi, memang hajat dihati nak membelilah konon serba-sedikit barangan Vantage yang setakat barang hiasan ke, bukanlah set lengkap makan tu. Tapi apakan daya, harga teramatlah mahal kerana menurut kata pihak kilang barangannya dijaga kualiti dan melepasi tahap ISO. Lagi pulak pinggan yang kosong tanah liat dan belum dicorak diimport dari China. Manakala corak bunga pula didapati dari luar negara. Cumanya proses mencorak dan seterusnya di kilang Vantage di PJ.



Ni kat ruang barangan yang direject. Reject pun masih mahal. Kalau tengok betul2 rejectnya tak ketara pun.





Saya menyimpan hasrat untuk melengkapi rumah dengan hiasan perabot ala-ala inggeris @ Vantage. Kalau pun tak dapat yang original, yang ala-ala pun jadilah. Andai kata rumah saya nanti besar dan banyak ruangnya, saya akan bahagi-bahagikan setiap ruang dengan konsep tersendiri. Kalau tak dapat di ruang tamu, mungkin ruang bilik sahaja nanti. Insya'Allah.





Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Entry kali ni bukan bersangkut-paut dengan cerita saya mahupun anak-anak tapi mengenai Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei 2010. Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu @ Guru yang telah mengajar saya dari Tabika Kemas, Sek. Keb. Telok Gadong, MGS Klang, Sek. Men. Teknik Setapak, KL dan Politeknik Port Dickson. Jasa kalian dalam mendidik dan mengenalkan saya dengan ilmu pendidikan dunia mahupun akhirat amat saya hargai. Percayalah, selagi ilmu yang baik saya amalkan, kalian Guru-Guru akan mendapat pahala yang berterusan.

Saya amat tertarik dengan khutbah Jumaat lepas yang dapat saya dengar sayup-sayup hingga ke rumah mak. Saya amat bertuah pasal setiapkali khutbah Jumaat dibacakan, saya dapat mendengar butir-butir kandungan dari rumah kami. Antara intipati khutbah Jumaat lepas adalah berkisar mengenai Guru. Yang paling berkesan dihati saya dari khutbah tersebut adalah :-

Guru sering diumpamakan seperti sebatang lilin,
“Membakar diri menerangi orang lain".
Sesungguhnya Guru adalah seorang yang unggul, penting lagi mulia.
Tidak akan lahir seorang ‘Ulama’ tanpa Guru,
Tidak akan ada seorang Doktor tanpa Guru,
Tidak akan ada seorang Jurutera tanpa Guru,
Tidak akan ada seorang Arkitek tanpa Guru,
Malah tidak akan ada seorang pemimpin berwibawa tanpa Guru.

Saya tanamkan dalam hati saya, walaupun saya tak dapat menjadi Guru (bukanlah cita-cita utama saya tetapi merupakan kemahuan arwah wan), saya nak salah seorang anak saya apabila dewasa nanti bergelar pendidik samada guru atau pensyarah seperti mak saudara, pak saudara dan sepupu2 saya iaitu mak utih @ pak andak @ mak yang @ ayah yang @ mak su @ mira.....Insya'allah.


Monday, May 10, 2010

Doa & Harapan



Sempena Hari Ibu, saya pun punya doa dan harapan yang tersendiri. Sebagai anak, doa saya buat mak, mak mertua, mak cik-mak cik (mak lang, mak uda, mak utih dan mak usu), saya ucapkan Selamat Hari Ibu, moga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Sebagai mama @ mak @ ibu @ mummy, doa saya buat anak-anak, semoga kalian diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipelihara daripada malapetaka bahaya, diberi akal fikiran yang cerdas dan budi pekerti yang mulia. Amin.


Thursday, May 6, 2010

Langkawi 2010

Seperti biasa, samada bulan April atau Mei setiap tahun, pasti akan ada entry tentang percutian kami sekeluarga. Cuma beza percutian tahun ni adalah bertambah lagi sorang iaitu Fatihah dan disertai juga oleh mak/bapak mertua, kakak dan adik ipar. Saya bersyukur sangat sebab percutian kami berjalan lancar dan dapat balik ke sini dengan selamat, anak2 ok, sihat dan tak meragam sepanjang kami di sana. Paling best, bajet saya dan Hakim ada berbaki banyaklah juga walaupun banyak juga barang yang saya beli. Tapi masih tak puashati pasal barangan kaca corningware dan pressure cooker masih tak dibeli. Next time pasti saya akan beli. Kalau tak di Langkawi di sini je nanti.

Serba sedikit rentetan percutian kami adalah :-

1. Percutian kami di sana selama 4 hari 3 malam, menginap di Hotel Best Star berdekatan dengan Pantai Cenang.

2. Kami menaiki pesawat Air Asia ke sana yang mana tiket kami amatlah murah dan dibeli lebih awal dan ini merupakan percutian yang dirancang semenjak akhir tahun 2009. Kalau nak tahu, ini adalah kali kedua saya ke Langkawi menaiki Air Asia, selain Langkawi, kami juga pernah menaiki Air Asia ke Kuching, Sarawak. Komen saya tentang Air Asia, amatlah ok bagi kami yang sederhana ini.

3. Di Langkawi kami menyewa sebuah MPV, Toyota Inova.

4. Antara tempat yang meninggalkan kenangan mungkin kepada Khadija nanti adalah di Tasik Dayang Bunting di mana botol susu Khadija telah dirembat oleh monyet. Memang saya dah tahu, di sana banyak monyet yang menunggu untuk merampas apa sahaja yang di bawa pelawat. Tapi dah nak jadi, kena juga dirembat walaupun berhati2. Selepas peristiwa tu, Khadija agak takut dengan apa2 binatang termasuk kucing dan cicak hinggalah ke hari ini.































Tuesday, May 4, 2010

On My Birthday

Pada ulangtahun kelahiran saya, 25 April lalu, sambutan agak sederhana daripada Hakim dan anak-anak di rumah kami sahaja. Takpe, bagi saya yang penting kami saling ingat-mengingati tarikh birthday masing2. Hadiah? Saya hanya dapat duit dlm RM ? dan saya diberi pilihan macam tahun2 lepas untuk membeli sendiri apa yang saya nak. Tapi sampai ke hari ni, saya masih belum sempat beli lagi benda yang saya nak tu pasal tak berkesempatan singgah ke shopping complex sejak kami balik dari Langkawi tempohari. Tak kisahlah, janji dapat hadiah.



Kek yang dipilih oleh Khadija, walaupun kecil tapi sedap. Sampai kami balik dari Langkawi pun masih fresh dan kekal rasa coklatnya.



Menu tambahan selain kek adalah sate yang juga permintaan saya sendiri.


Monday, May 3, 2010

Kelab Resort Botanic






Gambar-gambar saya di Kelab Resort Botanic semasa menghadiri Mesyuarat Retreat Bersama Ketua Jabatan. Perjalanan mesyuarat seperti mesyuarat yang lain dan tiada cerita menarik yang ingin dikongsikan bersama cuma komen saya tentang Kelab ni, ok dan selesa serta sesuai kalau nak buat majlis makan malam di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...