Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Entry kali ni bukan bersangkut-paut dengan cerita saya mahupun anak-anak tapi mengenai Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei 2010. Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu @ Guru yang telah mengajar saya dari Tabika Kemas, Sek. Keb. Telok Gadong, MGS Klang, Sek. Men. Teknik Setapak, KL dan Politeknik Port Dickson. Jasa kalian dalam mendidik dan mengenalkan saya dengan ilmu pendidikan dunia mahupun akhirat amat saya hargai. Percayalah, selagi ilmu yang baik saya amalkan, kalian Guru-Guru akan mendapat pahala yang berterusan.

Saya amat tertarik dengan khutbah Jumaat lepas yang dapat saya dengar sayup-sayup hingga ke rumah mak. Saya amat bertuah pasal setiapkali khutbah Jumaat dibacakan, saya dapat mendengar butir-butir kandungan dari rumah kami. Antara intipati khutbah Jumaat lepas adalah berkisar mengenai Guru. Yang paling berkesan dihati saya dari khutbah tersebut adalah :-

Guru sering diumpamakan seperti sebatang lilin,
“Membakar diri menerangi orang lain".
Sesungguhnya Guru adalah seorang yang unggul, penting lagi mulia.
Tidak akan lahir seorang ‘Ulama’ tanpa Guru,
Tidak akan ada seorang Doktor tanpa Guru,
Tidak akan ada seorang Jurutera tanpa Guru,
Tidak akan ada seorang Arkitek tanpa Guru,
Malah tidak akan ada seorang pemimpin berwibawa tanpa Guru.

Saya tanamkan dalam hati saya, walaupun saya tak dapat menjadi Guru (bukanlah cita-cita utama saya tetapi merupakan kemahuan arwah wan), saya nak salah seorang anak saya apabila dewasa nanti bergelar pendidik samada guru atau pensyarah seperti mak saudara, pak saudara dan sepupu2 saya iaitu mak utih @ pak andak @ mak yang @ ayah yang @ mak su @ mira.....Insya'allah.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...