Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, May 8, 2012

Achik Kod Bertunang

Achik Kod ni adik bongsu Hakim yang juga merangkap adik ipar saya.  Majlis pertunangan beliau telah selamat berlangsung pada 28 April lepas dengan penuh sederhana dihadiri oleh keluarga terdekat tetapi meriah dengan pelbagai makanan.  Dengan pertunangan achik Kod ini dan seterusnya akan disempurnakan dengan majlis akad nikah/persandingan dalam bulan September nanti, maka bertambah meriahlah family mertua saya kerana ini merupakan satu-satunya menantu lelaki yang mereka bakal ada.  Yelah, menantu sebelum ini semuanya perempuan.

Majlis bertemakan warna putih dan hijau.  Hantaran sebelah perempuan pula 'light' purple.


Khadija dan Fatihah dengan sepupu sepapat sebelah abah @ Hakim.  Khadija dan Fatihah selalu jadi tumpuan sebab kami jarang balik sana, tambahan pula mereka perempuan.  Cucu mertua saya ramai lelaki dari perempuan.


Fatihah duduk di pelamin hasil kerja kreatif abang ipar saya.  Achik Kod ni sebenarnya ada buat bisnes sambilan sewaan pelamin kahwin @ tunang.  Bisnes ni dikongsi bersama dengan ipar/biras saya yang buka butik pengantin cinta2collection.  Cantik juga make-up, koleksi baju dan pelamin yang mereka ada.


Hantaran dari sebelah achik Kod untuk pihak lelaki.  Hantaran digubah sendiri dengan roses segar.


Dahsyat juga barang-barang hantaran achik Kod ni ye?  


Adik bergambar dengan barang hantaran.


Hantaran dari sebelah lelaki untuk achik Kod.















Inilah dia achik Kod @ Kodariah binti Md. Ardani.  Adik perempuan bongsu Hakim.  Merupakan pemegang ijazah dan eksekutif di sebuah syarikat swasta.  Orangnya tinggi lampai.  Tahniah achik Kod.  Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan anda, Zaini.  Hehehe, nampak gaya jauhlah nanti awak nak balik beraya rumah mertua awak ye, Pulau Pinang sana.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...