Syukur Alhamdulillah, Khadija dapat nombor 2 dari 21 orang pelajar dalam kelas Naim, di PASTI Darul Ulum II. Pencapaian yang memberangsangkan bagi saya. Peperiksaan yang pertama kali diduduki kerana walaupun Khadija dah mula ke PASTI tahun lepas, tapi tiada peperiksaan untuk pelajar usia 4 tahun. Daripada 8 mata pelajaran, Khadija mendapat 7A (6 mata pelajaran 90% ke atas, 1 mata pelajaran 80%) dan 1B (76 %) untuk mata pelajaran peribadi muslim.
PASTI Darul Ulum II ni pelajarnya hampir 100 orang yang terdiri dari 4 kelas. 2 kelas untuk pelajar usia 5 tahun dan 2 kelas lagi untuk pelajar 6 tahun. Cumanya saya tak pasti untuk semua pelajar usia 5 tahun, Khadija mendapat nombor berapa.
Pencapaian Khadija buat masa ni bagi saya, Alhamdulillah kerana Khadija dah boleh mengeja dan membaca perkataan 2 suku kata. Dari segi aktiviti ko-kurikulum pula, Khadija terpilih menganggotai kumpulan nasyid bagi mewakili PASTI baru-baru ini. Kelakar juga saya tengok semasa latihan dijalankan, walaupun sebagai 'backup' sahaja, Khadija dilihat memberikan komitmen dan kerjasama kepada kumpulan tersebut kerana suara beliau yang paling kuat, nyaring dan bertenaga. Tahniah Dija!
Geram tengok aksi 2 beradik ni.
Sama je buat muka!
Adik Fatihah ni memang banyak songeh dan suka buat ragam sejak akhir-akhir ni. Terutama waktu pagi. Ada sahaja helah Fatihah untuk mengelak dari dihantar ke Taska. Mama harap Fatihah pun akan menjadi seperti kakak bila dah ke tadika nanti.
Gambar kakak Dija yang diambil secara 'candid'.
Tujuan 'entry' mengenai nombor peperiksaan Khadija ni bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri. Cuma untuk kenangan buat saya dan Khadija bila beliau dewasa nanti. Semua ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam pendidikan, begitu juga harapan saya dan Hakim kerana semua anugerah Allah itu ada keistimewaan masing-masing.
"Dija, andai kata Dija tak dapat nombor bawah daripada 3 pun, mama tetap berbangga dengan Dija dan mama harap Dija terus cemerlang di dunia dan akhirat".
0 comments:
Post a Comment