Saya cukup bertuah dan bersyukur kerana mempunyai suami yang tidak cerewet bab makan. Boleh dikira dalam sebulan kami lebih kerap makan di luar berbanding saya masak sendiri di rumah. Disebabkan itulah juga, ianya sudah menjadi seperti satu kebiasaan atau kata lain 'tabiat'. Pantang keluar naik kereta, Khadija dan Fatihah pasti merengek "Abah, Dija laparlah" atau "Abah, ada apa-apa tak, adik laparlah". Walhal di rumah kami dah makan sebelum keluar tapi disebabkan telah menjadi kebiasaan, budak berdua ni mesti merengek nak singgah makan di kedai, 'atleast' dapat minum milo ais. Kadang-kadang naik bengang saya.
Sebelum kejadian rumah saya dipecah masuk, mujur saya dah 'transfer' semua gambar terbaru aktiviti kami ke dalam komputer. Cumanya gambar-gambar tu tak di 'delete' dari kamera je. Antara gambar terakhir sebelum kamera di curi adalah aktiviti makan di bangunan Harbour Place. Bukan selepas kamera dicuri kami tak makan di luar, makan tetap makan, cuma gambarnya tidak dapat dirakam sahaja.
Sebelum makan, Khadija dan Fatihah seperti biasa, pantang nampak benda ni. Tak kiralah, dari mainan yang masuk syiling RM1.00 hinggalah ke permainan ini.
Dah besar dah anak mama. 'Cute' juga Khadija walaupun kulit Khadija tak secerah anak orang lain, dari mata mama, Khadija tetap comel. (Mak mana yang tak puji anak sendirikan?).
Bersama Fatihah yang dari kecil digelar jelita oleh Atuk Utehnya. Fatihah ni mulanya naik motor lain, tapi tak pandai tekan 'pedal'. Tak jalan. Tu yang terus duduk bonceng belakang kakak.
Dua beradik yang kadang-kadang ok, kadang-kadang gaduh. Kalau masa main bukan main lagi bergurau, ketawa mengekek-ngekek, sampai naik bingit telinga. Tak kurang juga masa bergaduh dan menangis. Apa lagi, masa nilah saya selalu gertak tunjuk garang.
Tibalah masa untuk makan. Kami memilih kedai Thai Salam. Menu tak lain, tak bukan, ikan siakap stim dan tom yam campur. Cukuplah untuk kami 4 beranak.
Abah buat muka. Geram betul masa ni.
Sebenarnya saya tak minta jeli hijau tu. Saya minta pulut mangga, tapi disebabkan dah habis, pelayan tu 'offer' kami jeli ni. Biasa je rasanya, lagi sedap agar-agar merah kat kenduri kahwin.
Adik yang tergelak tengok gelagat abah.
Kedai makan ni terletak di tingkat 1, berhadapan dengan kedai stimboat. Ini kali kedua saya dan Hakim makan disini. Kali pertama semasa 'lunch time'. Tempat yang tenang, tidak begitu ramai pengunjung lagi. Yang pasti apa yang kita 'order' akan dapat cepat. Tak perlu menunggu lama. Cumanya rasa makanan biasa-biasa sahaja, tidak lah terlalu 'superb', lebih kurang seperti di gerai-gerai tom yam je.
Bercerita mengenai makan di luar ni, sebenarnya kami dah cuba untuk kurangkan sedikit demi sedikit. Selain tidak elok untuk kesihatan kerana makan di luar kurang kebersihannya dan lebih perasa dalam masakan yang dimasak, menurut risikan Hakim dengan kawan-kawannya yang mempunyai anak yang bijak pandai dalam pendidikan, mereka begitu menjaga pemakanan anak-anak. No fast food (McDonald's or KFC). Insya'Allah.