Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, October 3, 2012

Majlis Walimatul Urus Achik Kod & Zaini

Tahniah kepada adik ipar saya, yang sinonim dengan panggilan achik adik @ achik Kod.  Majlis akad nikah dan persandingan beliau dengan pasangannya Zaini telah selamat berlangsung pada 23 September lepas.  Majlis yang sederhana tetapi amat meriah dengan kehadiran saudara mara dan orang kampung yang bersemangat datang bergotong-royong @ merewang semenjak dari petang Jumaat sehinggalah pada hari majlis berlangsung.  Agak memenatkan bagi saya tetapi memang berbaloi kerana kehadiran jemputan agak ramai dan melebihi jangkaan. 















Upacara akad nikah berlangsung di surau hadapan rumah mertua. 















Adik bongsu Hakim ni sebenarnya ada business part time iaitu perkhidmatan sewaan pelamin.  Pelamin ni dihasilkan sendiri oleh pengantin.















Fatihah cukup suka bergambar di pelamin.  Berbeza dengan Khadija, sekarang ni cukup susah nak rakam gambar beliau.



















Comel Fatihah bila dipakaikan gaun yang Wan Usu jahit.



















Ketibaan pengantin lelaki.  Pengantin sama cantik, kedua-duanya tinggi lampai.















Bak kata pepatah, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Khadija dan Fatihah yang kononnya jadi flower girl mengiring pengantin.















Gambar kami sekeluarga dengan pengantin.




Minggu seterusnya, kenduri di sebelah keluarga pengantin lelaki.  Pengantin memilih warna purple.















Sebahagian biras @ menantu mak.















Pengantin dan pelamin yang sama cantik.















Khadija yang sekarang ni susah nak diajak bergambar.















Abang sulung Hakim bersama isteri.















Mak dan bapak mertua.















Saya dan Fatihah.















Acara memotong kek yang kecil dan comel.















Khadija, Fatihah dan sepupunya Aqilah.

Kedua-dua majlis diadakan secara berbeza.  Majlis di sebelah mertua diadakan secara bergotong-royong @ masak sendiri.  Berbeza dengan majlis di sebelah lelaki yang diadakan di taman perumahan secara katering.  Kepada pengantin, didoakan semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke syurga.  Semoga cepat dapat baby dan anak yang ramai.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...