Tinggal beberapa hari lagi menjelang kedatangan Ramadhan. Selain mempersiapkan diri dengan ibadah puasa, saya juga sibuk menyiapkan persiapan raya kami sekeluarga. Kalau diikutkan telah hampir 99% persiapan telah selesai yang mana boleh dikatakan tertumpu kepada baju dan kasut raya Khadija dan Fatihah. Saya dan Hakim sejak mula dulu memang tak suka dan tak akan 'shopping' dalam bulan Ramadhan, lagi pula pada saat-saat akhir menjelang raya.
Lokasi 'shopping' yang menjadi pilihan saya samada Jusco @ AEON, Sogo dan paling tidak di GM Klang kerana saya sememangnya mementingkan kualiti kerana jika dinilai baju atau kasut yang dibeli boleh dipakai lebih lama dan tidak mudah rosak. Tapi kami hanya 'shopping' pada masa 'sale' sahaja kerana pada ketika ini, baju yang agak berjenama memang akan mendapat diskaun sehingga 50%. Memang berbaloi.
Bertempat di Setia City Mall, tujuan ke sana bukanlah nak 'shopping' tetapi nak ambil kamera yang dihantar ke Fotokem. Masih dalam 'warranty' bagi membaiki lensa yang tiba-tiba rosak.
Mengambil kesempatan dengan tawaran diskaun, saya mencari kasut di beberapa kedai. Agak mengecewakan, kasut jenama Carlo Rino dan Sembonia di dalam Parkson yang saya berkenan dengan harga yang agak ok bagi saya kerana selepas diskaun kurang RM50.00. Tetapi saiz 6 telah kehabisan stok.
Beralih pula ke kedai Bata. Jenama 'favourite' saya sepanjang zaman. Sejak zaman sekolah sehinggalah kini, banyak kasut saya berjenama Bata. Dengan harga yang masih berpatutan dan yang penting tahan lama bila dipakai. Masih kecewa, kasut yang saya amat berkenan juga telah kehabisan stok untuk saiz 6.
Inilah superhero saya dan anak-anak. Sabar dan setia bersama kami. We love u.
Dalam kedai McDonald's, sambil menunggu abah, Dija membaca. Dia ni kalau dapat buku memang dah tak hirau dengan sekeliling selagi tak habis dibaca cerita dalam tu.
Fatihah yang belum tunjuk minat dengan buku.
Khadija dah mula rimas. Mana taknya, Fatihah asyik tanya itu dan ini sehinggakan hilang fokus dia membaca.
Fatihah yang bagi saya bijak dalam diam.
Buktinya, berdasarkan laporan perkembangan beliau di Tadika Ceria Az-Zahrah, 'teacher' yang mengajar beliau di Pink Class kata dia antara pelajar yang agak mudah mengikut apa yang diajar, ceria, pandai berkomunikasi serta patuh dengan arahan.
Yang paling saya tak percaya, dia bukanlah seorang yang 'moody' seperti bila di rumah. Syukur Alhamdulillah, bila saya mendengar ulasan 'teacher'.
Kelakar, cita-cita Fatihah adalah Bomba. Biar betul. Macam saya je masa sekolah dulu, setiap tahun mesti berubah cita-cita. Antara cita-cita saya dulu nak jadi Guru, Peguam, Pensyarah dan macam-macam lagi. Tapi satu pun tak kena. Walau macam mana pun, saya tetap bersyukur di mana saya berada sekarang ni.
Penilaian diri Fatihah.
Laporan perkembangan di TCAZ ni agak 'detail' juga. Berbeza dengan PASTI. Saya difahamkan di sini tiada peperiksaan dan nombor. Penilaian dibuat dalam pelbagai aspek. Yang pasti, pelajar-pelajar akan dipastikan dapat membaca, mengira dan menulis pada selewat-lewatnya umur 6 tahun.
Menurut 'teacher', Fatihah sekarang ni agak peramah. Memang pun Fatihah ni becok kat rumah kalau nak tahu.
Bagus Fatihah, mama dan abah doakan Fatihah terus cemerlang dan rajin ke sekolah setiap hari. Ini baru permulaan, masih panjang lagi perjalanan kamu. Tapi mama tak nak Fatihah jadi Bomba. Jadi Ketua Pengarah Jabatan Bomba oklah juga. Insya'Allah.
0 comments:
Post a Comment