Hari cuti, kalau tak bersantai di rumah wan Telok Gadong, menjenguk atuk dan nenek di Bukit Kerayong, sudah menjadi rutin kami pasti akan bersantai di luar.
Selepas menemani saya ke Jakel Shah Alam, mereka kami bawa ke tasik di Seksyen 7.
Basikal memang 'standby' bawa sebab dah janji nak singgah main basikal di taman. Ke rumah wan dan nenek pun, kadang-kadang terpaksa abah Hakim turutkan kehendak mereka bawa basikal bersama.
Puashati sebab dapat main basikal kat tepi tasik. Lokasi ni abah Hakim yang pilih sebab dekat dengan Jakel. Sekali jalan kata dia. Kalau ikutkan saya, nak main di Taman Pengkalan Batu sahaja.
Penyeri hidup mama dan abah. Terpaksa terima hakikat, mereka dah semakin dewasa.
Adik yang agak lasak berbanding kakak.
Kakak yang agak lembut dan sopan.
Fatihah yang kadang-kadang dipanggil 'baby'. Dia cukup suka dengan panggilan tu.
Terhasillah kek coklat moist kukus bila 'mood' rajin saya datang. Saya memang akui, kek yang dikukus memang sedap berbanding dibakar.
Sengaja 'extra' kan adunan sikit untuk diisi di bekas ni. Khas untuk Khadija dan Fatihah makan menggunakan sudu. Cukup puashati sebab mereka berdua sukakan kek ni.
Daging lembu masak sambal kicap. Stok daging lembu hanya ada di rumah kami ketika raya korban. Daging ni hasil pemberian kenduri aqiqah anak buah baru sebelah abah Hakim iaitu Mohd Ziyad Al-Thaqif.
Ikan siakap stim. Dimasak dengan penuh kasih sayang bagi menjaga kesihatan kami sekeluarga.
0 comments:
Post a Comment