Agak lama juga saya tak dapat turut serta dalam majlis ilmu yang diadakan samada di surau atau masjid. Bukan tak 'terpanggil' untuk ke majlis tersebut tetapi bimbang Muhammad Harraz akan menggangu jemaah lain. Tapi pada 20 Februari 2016, saya tekadkan juga nak ikut abah Hakim ke program ceramah agama Ustaz Harun Din. Rugi rasanya kalau dilepaskan peluang untuk menambah ilmu dan pahala.
Kami sampai tepat azan Maghrib sedang berkumandang di ruang udara pusat bandar Klang. Kelihatan ramai jemaah di ruang solat lelaki dan wanita. Saya mengambil tempat di ruangan luar masjid yang terdapat paparan skrin rakaman ceramah yang sedang berlangsung disebabkan ruangan wanita di dalam masjid telah dipenuhi jemaah. Dalam masa yang sama, bagi memudahkan saya memantau pergerakan anak-anak syurga saya.
Pujian diberikan kepada masjid ini kerana menyediakan ruang untuk anak-anak kecil bermain. Taman permainan di dalam bangunan yang dipasang rumput sintetik @ palsu.
Ibu bapa boleh membiarkan anak bermain tanpa bimbang kerana ruang ini berada di dalam bangunan. Muhammad Harraz agak teruja dengan suasana malam sebab kami memang tak pernah keluar atau berjalan pada sebelah malam.
Bukan main seronok mereka bertiga bermain. Masjid yang mesra pengguna seperti ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada jemaah tetapi pada saya turut menjadi penggalak kepada anak-anak untuk 'cintakan' masjid dari kecil lagi.
0 comments:
Post a Comment