Cuti Awal Muharram, cuti agak panjang. Yang seronoknya, tentulah Khadija dan Fatihah sebab dapat cuti sekolah lama sikit. Bila dah cuti tentunya dapat berjumpa sepupu jauh mereka, Aqilah dan Angah.
Mulanya mereka berdua datang tidur rumah kami.
Nilah aktiviti mereka, tak puas main sehingga bawa ke sebelah malam.
Bila Aqilah dan Angah nak balik rumah mereka kat Hulu Langat, Khadija dan Fatihah pula sibuk nak ikut dan kami benarkan.
Gambar aktiviti mereka di rumah mak lang Leha mereka.
Keesokannya, kami menjejaki mereka di Hulu Langat.
Sesampainya kami di rumah Mak Lang Leha (adik saya), Harraz pula tak berganjak bermain dengan Irfan.
Irfan yang beza 2 tahun umurnya dengan Harraz.
Masih tak puas bermain sehinggakan Khadija pujuk nak tinggal sehari lagi.
Cuti sekolah akan datang, janji kami akan bawa mereka ke sini lagi. Insya Allah, nak mandi-mandi sungai sekali.
0 comments:
Post a Comment