Sambutan kali kedua birthday Harraz diadakan di Taska Comel Intelek. Alhamdulillah. Walaupun sederhana tetapi meriah. Allah permudahkan hajat kami untuk berkongsi rezeki dengan kawan-kawan Harraz.
Goodies untuk kawan-kawan.
Dalamnya ada wafer, biskut dan spring kecil.
Kek coklat moist tempah dengan baker Nor Zihan.
Harraz yang 'excited'. Begitu tertib dan disiplinnya Harraz di taska.
Mihun, agar-agar, buah, kek dan air semuanya dibawa dari rumah. Memang tak nak menyusahkan guru taska.
Kakak Puteri Hasya pun ikut serta. 'Excited' sebab nak tengok kawan-kawan Harraz.
Baiknya Harraz.
Macam-macam versi lagu. Sabar sahaja si Harraz menunggu.
Sukanya dia.
Masa untuk tiup lilin. Teacher Ifa ni memang teacher yang jaga Harraz.
Kawan-kawan menunggu giliran teacher bagi makanan. Baik je semua duduk diam-diam.
Harraz yang diraikan. Special sikit kata teacher. Siapa yang sambut birthday memang akan dilayan macam Putera Raja hari tu.
Selamat ulangtahun sayang mama. Semoga kamu menjadi sebaik-baik dan semulia-mulia khalifah disisi Allah S.W.T.
0 comments:
Post a Comment