Alhamdulillah. Syukur, percutian kami ke Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam telah dipermudahkan olehNya. Percutian yang menaiki kapal terbang Air Asia ini hanya ditempah lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh berlepas. Tambangnya? Sudah tentulah agak mahal. Kenapa pemilihan destinasi percutian dibuat pada saat-saat akhir, sedangkan saya seorang yang sukakan perancangan awal? Ianya berlaku disebabkan kami menukar destinasi percutian iaitu Pulau Pinang yang mana kami khuatir keadaan di sana belum pulih sepenuhnya selepas kejadian banjir kilat pada awal bulan November yang lalu.
Kalau diikutkan sudah berkali-kali saya dan abah Hakim ke Pulau Langkawi ni. Daripada tak ada anak, anak seorang, kemudian bersama dua anak dan seterusnya kali ni dengan tiga anak pula. Saya tidak pernah jemu ke sana kerana pada saya Pulau Langkawi merupakan destinasi yang menarik dengan keindahan alam dan pantainya.
Khadija dan Khairin memang tak akan ingat mereka pernah ke Langkawi sebab masa tu mereka masih kecil. Jadi percutian kali ini, jelas keterujaan di wajah mereka bila mana abah Hakim putuskan akan menaiki kapal terbang. Teruja sebab dapat naik kapal terbang walaupun Khadija dan Fatihah pernah naik sebelum ini semasa kecil.
Khadija dan Khairin memang tak akan ingat mereka pernah ke Langkawi sebab masa tu mereka masih kecil. Jadi percutian kali ini, jelas keterujaan di wajah mereka bila mana abah Hakim putuskan akan menaiki kapal terbang. Teruja sebab dapat naik kapal terbang walaupun Khadija dan Fatihah pernah naik sebelum ini semasa kecil.
Percutian kali ni kami menaiki beberapa kenderaan awam. Bermula dengan menaiki bas untuk ke KLIA2.
Terima kasih Pak Usu Meor tolong hantarkan kami sehingga ke AEON Bukit Tinggi Klang untuk menaiki Aerobus.
Terima kasih Pak Usu Meor tolong hantarkan kami sehingga ke AEON Bukit Tinggi Klang untuk menaiki Aerobus.
Kami sampai awal, jalan-jalan dalam AEON dahulu.
Dialah teman paling akrab, kekasih dunia akhirat saya.
Mengenai perkhidmatan bas untuk ke KLIA2 ini saya tahu bila saya mencari maklumat uber, grabcar dan teksi untuk ke KLIA. Di situ serta-merta turut memaparkan perkhidmatan bas dan ERL (keretapi laju). Daripada maklumat tersebut, saya telah buat perbandingan harga yang mana saya dapati dengan menaiki Aerobus dari stesen terhampir dengan saya iaitu AEON Bukit Tinggi Klang lebih menjimatkan. Tambang dari AEON Bukit Tinggi terus ke KLIA2 hanya RM13.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak dari usia 3 tahun ke atas. Selain jimat, dapat juga merasai pengalaman menaiki bas dengan anak-anak.
Tiket bas kami beli seminggu lebih awal. Setiap 1 jam akan ada Aerobus dari stesen AEON Bukit Tinggi Klang ke KLIA2. Cumanya, penumpang kena tiba lebih awal kerana bas ini tidak akan menunggu walau sesaat pun, sekiranya lewat tiada gantian tempat duduk untuk trip seterusnya. Saya diberitahu oleh pihak Aerobus, penumpang kena beli tiket lain.
Alhamdulillah. Saya berpuashati dengan perkhidmatan bas ini yang mana kami dihantar sehingga ke depan pintu masuk KLIA2. Memang berbeza dengan pengalaman ke lapangan terbang seperti sebelum ini yang mana pernah dihantar keluarga atau pun menaiki kereta sendiri dan ditinggalkan di tempat letak kereta KLIA2. Rasanya lebih baik menaiki kenderaan awam kerana kita boleh berehat di sepanjang perjalanan tanpa perlu memikirkan kesesakan lalulintas.
Sampai awal di KLIA2. Jalan-jalan cuci mata dahulu.
Isi perut dahulu sebelum 'check in'. Masa ni Harraz paling 'excited'.
Senang bawa berjalan sebab masing-masing dah besar.
Tak sabar rasanya nak naik kapal terbang. Itu barangkali yang berlegar-legar di fikiran Khairin.
Mujur Harraz tak buat perangai sepanjang kami menunggu masa untuk menaiki pesawat.
Merakam gambar kenangan bersama.
Jurugambar setia, abah Hakim.
'Excited' berjalan nak masuk ke dalam pesawat.
Yes, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Dah berada dalam kapal terbang.
Budak yang tak boleh duduk diam lama-lama. Terpaksalah abah Hakim layan dia sebab mama duduk dengan kakak.
Kami yang 'excited'.
Alhamdulillah. Dapat bagi pengalaman kepada anak-anak menaiki pesawat.
Dalam pesawat, sementara menunggu masa untuk sampai ke destinasi. Mama dan abah Hakim tak putus-putus bagi nasihat pada kakak Khadija dan Khairin supaya belajar rajin-rajin. Insha Allah, ada rezeki kami akan bawa mereka bercuti naik kapal terbang lagi.
Selamat mendarat di lapangan terbang Pulau Langkawi.
Kereta kami sepanjang 4 hari di sana. Abah Hakim dapatkan perkhidmatan ini melalui tempahan secara 'online'. Sangat berbaloi bagi saya dengan jumlah bayaran yang dikenakan iaitu sebanyak RM420.00 untuk 4 hari penggunaan kereta Myvi ini beserta pakej 'island hopping' untuk 5 orang. Secara keseluruhannya, penggunaan minyak kereta sepanjang 4 hari kami berada di sana adalah sebanyak RM60.00.
Perjalanan balik kami dari KLIA2 setibanya dari Pulau Langkawi untuk pulang ke rumah pula abah Hakim putuskan untuk mendapatkan perkhidmatan Grabcar. Ini merupakan pengalaman pertama saya dan abah Hakim menaiki Grabcar ini. Kenapa kami memilih Grabcar? Sedangkan ada perkhidmatan teksi, uber, ERL mahupun Aerobus sendiri. Sebabnya setelah membuat perbandingan, harga yang ditawarkan oleh Grabcar amat berbaloi iaitu RM65.00 untuk perjalanan dari KLIA2 hingga ke hadapan pintu rumah. Ditambah pula dengan pemandunya yang peramah, kereta yang selesa (Honda City) dan masa lebih kurang 1 jam kami tiba di rumah, rasanya memang kami akan mendapatkan lagi perkhidmatan Grabcar untuk pilihan kenderaan awam pada masa-masa akan datang.
#Cerita Perjalanan Kami @ Part 1#
0 comments:
Post a Comment