Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, January 18, 2018

Kisah Khairin Dan Beg

Kisah mengenai kehilangan beg sekolah Khairin ni berlaku pada hari ke - 2 sekolah.  Memang menyirap juga darah bila dia balik cakap "Mama, jangan marah tau, beg adik hilang".  Khadija dan abah Hakim pula menambah "Kita orang dah puas cari kat semua tempat kat sekolah, tapi tak ada".  Marah tetap marah, tapi usahakan juga dengan meminta pertolongan ustaz dan group WhatsApp kelas 3 Bestari dan 5 Bestari untuk tularkan kehilangan beg Khairin.  Yelah, mana tahu ada yang tersilap ambil dan terbawa balik ke rumah. 

Alhamdulillah, berkat doa dan pertolongan semua.  Akhirnya beg Khairin ditemui keesokan harinya dalam keadaan sempurna, tiada apa yang hilang.  Kami positif, mungkin ada yang tersilap terbawa balik.




Beg merah ni hadiah semasa Majlis Ihtifal tahun 2016.  Tapi baru nak pakai tahun 2018.  Mungkin ada yang terlupa dan terambil beg Khairin sebab sama.























Khairin yang banyak songeh.  Sentiasa kena ingatkan dia, kalau tidak ada sahaja benda yang dia tertinggal.  Paling kerap tertinggal duit belanja dia.  Tapi, dia ni komited dengan kerja sekolah.  Sampai sahaja rumah, lepas mandi selalunya dia akan 'settle' dulu kerja sekolah, lepas tu baru fikir nak makan.  Sebab apa dia siapkan kerja sekolah cepat-cepat?  Sebabnya dia nak kejarkan tidur.  Dia memang kuat tidur dari kecil hinggalah sekarang.

Khairin anak baik yang kalau dia senyap rasa macam tak kena.  Tapi kalau dia 'start' buka mulut, kena tahan sabar sebab dia ni suka merengek.  Jadi, lebih baik jangan cuba-cuba usik atau ajak dia bergurau. 

Mama sayang Khairin sebab apa?  Perangai Khairin ni ada sikit macam mama.  Kedudukan pun sama, anak kedua.  So, tahu sahajalah banyak kesamaannya.  Bila Khairin buat perangai, abah Hakim mesti cakap dia cerminan mama. 

Doa mama buat Khairin, semoga Khairin jadi anak yang mendengar kata dan cemerlang dalam pelajaran.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...