Kami sekeluarga diuji dengan ditarik nikmat kesihatan pada bulan Mac ini. Bermula dengan Muhammad Harraz kena chickenpox, kemudiannya selepas seminggu kering (selepas kenduri Acik Nanik), abah Hakim pula demam dan beberapa hari kemudiannya keluar chickenpox. Selang sehari, Khadija dan Khairin juga dijangkiti. Rezeki buat Khadija dan Khairin sebab kena chickenpox masa cuti sekolah. Cumanya, cuti sekolah kali ini kami semua kuarantin duduk di dalam rumah dan tak ke mana-mana.
Paling teruk diuji adalah abah Hakim. Benarlah kata orang tua-tua elok kena chickenpox masa kanak-kanak sebab bila dah dewasa kena, memang akan teruk. Dengan demam yang hampir 5 hari baru nak kebah beserta dengan keluarnya cacar air penuh di seluruh badan, tangan dan muka. Teruk berbanding Khadija, Khairin dan Harraz. Abah Hakim dapat cuti sakit seminggu, mama pula dapat cuti kuarantin seminggu lagi untuk jaga Khairin dan Khadija. Pada awal Mac dapat seminggu cuti kuarantin sebab jaga Harraz, kembali bekerja seminggu dan sambung lagi cuti kuarantin pada pertengahan bulan Mac. Makanya, bila dikira hanya dalam 2 minggu sahaja mama bekerja untuk bulan Mac. Syukur, ada kemudahan cuti kuarantin ni sebab ianya tidak mengganggu cuti rehat tahunan.
Petang Jumaat, hari terakhir sekolah. Tengok Khadija lain macam sebab ada satu bintik di muka. Terus bawa ke klinik.
Lepas ke klinik ikut sekejap ke tempat kerja mama.
Hari Isnin, bawa pula Khairin ke klinik sebab chickenpox dia keluar lambat sikit.
Khairin memang susah diajak bergambar. Apa pun mama sayang Khairin walaupun selalu menguji tahap kesabaran mama dan abah.
Petang Isnin kami ke Hospital Pantai sebab demam abah Hakim tak kebah-kebah.
Menunggu keputusan ujian darah samada boleh duduk wad menggunakan insurans. Malangnya insurans tak 'cover' pula. Tambahan pula, doktor ada maklumkan yang pesakit chickenpox tak boleh bercampur dengan wad pesakit lain.
Waktu Dhuha. Kebah dari demam, masing-masing baru ada semangat nak mengaji Quran.
Syukur. Anak-anak mama dan abah mencintai Al-Quran. Setiap pagi sebelum sarapan, mereka akan membaca Al-Quran.
Alhamdulillah, semua dah pulih dari chickenpox. Sekarang di dalam proses pemulihan sepenuhnya. Jadi kena rajin makan vitamin C, E dan sapu minyak 'bio oil'.
0 comments:
Post a Comment