Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, May 23, 2018

Kisah Khadija Naik Tren Komuter

Mengabadikan kenangan Khadija keluar menaiki komuter bersama Ustazah dan kawan-kawan ke Pesta Buku di PWTC, Kuala Lumpur.








Pukul 7.30 pagi dah hantar Khadija ke stesen komuter Telok Gadong.


Kesemua yang pergi 9 orang termasuk ustazah.


Dah remaja dah kakak Khadija.


Dah hampir sama tinggi dengan mama.  Di rumah ingatkan dia yang paling tinggi kat kelas 5 Bestari.  Tapi rupa-rupanya ada lagi yang lebih tinggi dari dia.



Menunggu tren dari Port Klang.


Punyalah teruja Khadija bila mana kami benarkan dia ikut serta.  Selagi tak bagi kebenaran, dia merengek sampai naik rimas kami dibuatnya.


Bermacam pesanan kami pada dia, takut dia leka nanti. 























Bergambar dalam komuter.

Berlaku insiden juga, bila mana Khadija dan kawan-kawan terpisah dari ustazah dan tersalah naik tren menuju ke Tanjung Malim disebabkan kekeliruan semasa di stesen Kuala Lumpur.  Mujur, ada kawan yang bawa handphone.  Mereka turun di stesen Sungai Buloh dan ustazah kemudiannya menuruti mereka.

Pengalaman yang mahal buat mereka.  Khadija langsung tak rasa takut dan berhasrat nak pergi lagi.  






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...