Cerita Harraz dan Khairin bertemu Didi & Friends ni masa kami bertiga 'window shopping' dekat SACC Mall. Saja jalan-jalan dan kemudiannya ter 'join' dengan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh SACC Mall.
Alhamdulillah, Khairin dapat tempat ke-4 dalam pertandingan mewarna, manakala Harraz dapat hadiah saguhati. Berbaloi juga menunggu dari pukul 2.30 petang hingga ke 4.30 petang semata-mata untuk menyertai pertandingan mewarna dan berjumpa Didi, Jojo dan Nana. Cumanya tak ada gambar mereka dengan maskot kartun tu sebab mereka ni malu dan takut-takut.
0 comments:
Post a Comment