Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, November 14, 2018

Hari Bakat Tadika Annur Bestari @ De Palma Hotel, Shah Alam

Ahad, 11 November 2018 seawal jam 7.30 pagi kami dah memulakan perjalanan ke Hotel De Palma bagi meraikan Hari Bakat dan Graduasi anak-anak Tadika Annur Bestari.  

Muhammad Harraz terlebih 'excited' dari hari sebelumnya.  























Sampai je hotel, nampak kolam renang..... memang 'excited' Harraz siap cakap, "saya nak mandi kolam boleh?"























Anak-anak yang terlibat dengan persembahan ditempatkan di satu bilik berasingan.  Masa ni mama menyorok sebalik pintu nak ambil gambar Harraz sebab takut dia nampak.  Entah kenapa Harraz acah-acah konon nak nangis.


















Majlis bermula jam 9.00 pagi.  Sampai awal, jadi berswafotolah kami.

















Anak abah.























Masing-masing buat muka.

















Terselit pula muka si Khairin.























Asyiknyalah Khairin menguyah karipap yang dibawa dari rumah.

















Backdrop dan pentas persembahan yang ringkas.


















Majlis bermula jam 9.00 pagi.  Persembahan Harraz sekitar jam 10.15 pagi.

















Punyalah Harraz dan kawan-kawan kelas 4 tahun sesi pagi (Saidina Umar) bersemangat menari dengan latar lagu Dato' Siti (Comel Pipi Merah).

















Harraz nampak dan tahu kami duduk di mana sebab meja kami agak depan juga.  Punyalah tersengih-sengih dia atas pentas pandang ke arah meja kami.























Habis persembahan, turun pentas dia meluru ke arah meja kami.






















Terus cakap, "Harraz kena duduk dengan kawan-kawan dan cikgu, tak boleh duduk dengan mama".  Nasib baik dia ikut cakap.






















Sekitar jam 12.30 selesai sahaja menyaksikan persembahan dan hidangan makan tengahari baru Harraz dilepaskan kepada kami.  Bagus juga sebab kalau dia duduk dengan kami mesti ada je akal dia ni.























Like father, like son.























Masa ni dia berharap nak dapat basikal cabutan bertuah.  Harraz siap cakap, "Saya nak basikal tu".  Tapi tak ada rezeki kami, satu hadiah pun tak dapat cuma dapatlah beberapa goodies bag yang dalamnya berisi tuala dan biskut.























Kakak Khadija dan Khairin yang 'support' 200% untuk program ni.  Bawa dia orang ni kena bayaran tambahan.  Tapi tak apalah sebab dia orang pun 'excited' nak tengok Harraz beraksi atas pentas.

Tahun depan, Insha Allah kami akan join lagi kalau Harraz turut serta dalam persembahan.  Terhibur tengok persembahan anak-anak yang semuanya berbakat dan tidak kekok berada di atas pentas.  Tahniah, cikgu-cikgu Tadika Annur Bestari di atas kejayaan anda melatih anak-anak dan menjayakan program ini.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...