Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, September 7, 2012

3rd Birthday - Nur Khairin Fatihah

16 Ogos 2012, genaplah 3 tahun usia Fatihah.  Oleh kerana birthday Fatihah tahun ni jatuh pada bulan Ramadhan, sambutan hari jadi dilewatkan sedikit.  

Sambutan Pertama - Pizza Hut

Disambut pada malam raya, bersekali dengan berbuka puasa di Pizza Hut.















2 budak comel di mata mama.















Birthday girl, sekejap je dah 3 tahun umur Fatihah.  Tapi masih pakai diaper, cakap pula masih pelat.  Walaupun pelat, mulut becok tak berhenti bercakap dan menyanyi.  Yang best, Fatihah ni pandai buat lirik sendiri menggunakan irama lagu yang sama.  Contoh lagu Ombak Rindu, dia boleh olah jadi lagu lain.















Sambutan secara sederhana.  Janji ada kek.















Air pilihan saya.  Gabungan limau nipis dan asam boi.















Menu utama tentulah pizza kan?















Fatihah yang tak sabar nak makan kek.


Sambutan Kedua - Rumah Kami















Kek dari 'Secret Recipe'.















Sambutan diadakan bersekali dengan 'open house' rumah kami.  Saya ada buat 'goodies' untuk diedarkan kepada yang hadir.  Lupa pulak nak ambil gambar.















Acara potong kek.


Sambutan Ketiga - Taska Az-Zahrah















Kek coklat dari Bee's.



















Sambutan di Taska ni slotkan bersekali dengan majlis hari raya.  Tu yang banyak makanan tu.















Fatihah dengan kawan-kawan Taska.















Potong kek.















Sebahagian kawan-kawan comel Fatihah.















Bersama  sebahagian daripada ibu @ teacher yang mengasuh dan mengajar Fatihah.  Terima kasih teacher kerana sudi meraikan birthday Fatihah.  Banyak perkembangan positif semenjak Fatihah di taska.  Antaranya tak pakai diaper waktu siang, selera makan semakin bertambah, dah pandai bermain dan bergaul dengan rakan sebaya, pandai menyanyi dan berzikir.

Mama sayang Fatihah.  Mama doakan semoga Fatihah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, cemerlang pendidikan di dunia dan di akhirat. 








Wednesday, September 5, 2012

Open House Rumah Kami

Open house rumah kami diadakan pada 7 Syawal bersamaan dengan hari Sabtu.  Jemputan terdiri daripada kawan-kawan office kami, adik-beradik, sepupu dan jiran.  Menu utama pilihan kami dah tentulah nasi beriani, ayam masak merah, dalca, jelatah timun + nenas dan papadom yang dimasak oleh mak saya.
















Hidangan sampingan dari air tangan saya - makaroni bakar.















Anak saudara Hakim - Aqilah dan Lisa yang tidur di rumah kami pada malam sebelumnya.  Seronok Khadija dan Fatihah sebab ada mereka berdua ni.















Antara tetamu yang hadir.















Kak Dil @ biras saya yang datang pada sebelah siang.















Siti Fairus, rakan office saya.















Menu sampingan lain - keledek dan jagung bakar.















Saya memang tak buat banyak menu kerana rasa macam takut tak menang tangan nanti.















Acara potong kek sempena birthday Fatihah yang ke - 3 tahun.




Muhammad Faris - anak saudara paling kecil saya pada ketika ini.















Open house kami berlarutan sehingga ke malam khusus untuk keluarga mertua pula.















Menghabiskan stok bunga api dan mercun yang masih ada.  Saya dan Hakim memang malas nak melayan Khadija dan Fatihah bermain bunga api.  Kalau diikutkan memang kami tak belikan pun bunga api atau mercun untuk mereka berdua, stok yang ada pun adalah pemberian Pak Usu Meor (adik bongsu saya).















Barbeque diteruskan sehingga ke malam.















Saya amat berpuashati dengan kehadiran kawan-kawan walaupun tak semua yang dapat hadir.  Makanan mujur mencukupi kecuali ayam masak merah yang habis lebih awal pada sebelah petang.  Insya'Allah, panjang umur, Syawal tahun hadapan akan diteruskan lagi.







Monday, September 3, 2012

Syawal 1433 H @ 2012

Cerita dan perjalanan hari raya kami sama seperti tahun-tahun sebelum.  Oleh kerana rumah keluarga saya hanya 10 minit perjalanan dari rumah kami dan keluarga sebelah mertua dalam 45 minit perjalanan, maka malam raya kami lebih selesa bermalam di rumah sendiri.

Gambar-gambar ni saya rakam di rumah kami pada subuh hari raya iaitu sebelum berangkat ke rumah mertua.















Raya pertama, saya memilih warna 'purple' untuk baju kami.  Kecuali Hakim yang hanya memakai jubah berwarna putih.  



Fatihah saya buatkan baju gaun labuh.  Sengaja tak nak buatkan dia banyak baju kurung.



Raya kedua kami sekeluarga memilih warna 'peach'.  















Kami 3 beranak sedondon.  Kali ni baru saya buatkan Fatihah baju kurung.  Acara hari kedua seperti cerita hari raya tahun sebelumnya.















Bergambar di halaman rumah kami.















Bukan mudah nak merakam gambar mereka berdua ni.  Ada-ada sahaja gaya/aksi yang mereka buat.  Mujur gambar yang ni agak ok sikit.






Thursday, August 30, 2012

Menjelang Syawal

Persiapan menjelang Syawal 1433H buat saya pada tahun ni banyak tertumpu kepada rumah.  Maklumlah, pertama kali beraya di rumah baru.  Gambar persiapan raya untuk tahun 2012 ni kami rakam sebagai kenangan.  Mungkin tahun depan, susunatur dan dekorasi lain pula.















Seperti tahun-tahun sebelum, kek buah kukus menjadi pilihan saya.  Tahun ni saya mula mengukus kek bermula pada hari Rabu, 15 Ogos.  Walaupun meminjam pengukus mak yang bersaiz besar, kek kukus tetap perlu dibuat awal kerana saya perlu membuat 6 biji kek kukus tahun ni.  2 untuk pengasuh taska Fatihah dan 4 biji lagi untuk saya, mak, mertua dan biras.















Dalam bekas plastik dapat 6 biji.  Dalam bekas aluminium dapat 2 biji.















Hiasan dalaman yang ikut konsep sendiri.


Meja makan berkerusi 4 ni dibeli masa mula kahwin dulu.  Masih elok dan disebabkan itu kami masih gunakannya.  Insya'Allah tahun depan ada bercadang nak tukar kepada meja makan kerusi 8 pula.















Ruang menonton.  Langsir tu bukan beli siap tapi ditempah dengan mak usu saya yang kreatif.















'Cushion cover' sulam riben yang saya tempah dengan Halina Abd. Hadi menerusi facebook.  Mak Lang Lina panggilan beliau.  Orangnya amat merendah diri, walaupun berkerjaya.  Ramai yang memuji sulam riben ni, tapi saya tak berani nak berterus terang tentang harga.  Kalau ada yang berminat, boleh terus tanya dengan Mak Lang Lina sendiri.















Selain 'cushion cover' dan 'frame', 'table runner' ni juga ditempah dengan Mak Lang Lina.  Insya'Allah tahun depan nak tempah lagi untuk melengkapkan koleksi sulam riben saya.



















Susunan kerusi rotan yang ala-ala 'english style'.  Saya paling suka sudut ni.















Langsir yang siap awal tahun, tapi baru saya pasang sebab nakkan aura hari raya.

Syukur Alhamdulillah, setakat ini saya amat berpuas hati dengan apa yang kami ada.  Tinggal nak 'maintain' kekemasan dan kebersihan sahaja kerana bagi saya suasana persekitaran yang bersih amat mempengaruhi emosi dan kesihatan kita.







Wednesday, August 29, 2012

Projek Menjahit

Saya memang suka kepada hiasan dalaman rumah.  Kalau boleh semua benda saya nak tersusun rapi dan beralas.  Jadi, projek pertama saya setelah memiliki 'portable sewing machine' jenama Singer adalah menjahit alas/penutup oven dan peti sejuk.



































Mesin jahit 'portable' atau mudah alih jenama Singer yang mempunyai 7 pilihan corak jahitan ni saya beli sebelum puasa. Kalau tak silap pada awal bulan Julai.  Minat nak menjahit ni datang berkobar-kobar bila mana saya melihat design gaun budak yang cantik-cantik dan langsir.

Sebelum beli mesin ni, mak saya yang sememangnya menerima tempahan jahit dan mempunyai beberapa anak murid yang belajar menjahit dengan beliau semasa muda dahulu ada menasihatkan kalau nak beli mesin jahit, beli yang biasa @ manual je, tak payah guna elektrik.  Tapi disebabkan rasa teringin nak memiliki mesin jahit elektrik kerana saya dah merasa menjahit guna mesin jahit singer manual mak yang agak berat ketika menjahit seluar dan cushion cover, makanya mesin jahit elektrik tetap menjadi pilihan utama saya.

Kalau diikutkan seni menjahit ni memang ada pada keluarga kami.  Mak dan semua adik beradik perempuan @ mak cik-mak cik saya semuanya pandai menjahit dan mengambil tempahan walaupun mereka mempunyai kerjaya masing-masing.  Tapi seni atau kemahiran menjahit ini tidak turun kepada kami adik-beradik.  Insya'Allah dengan galakan dari Hakim, saya akan menjahit paling tidak sarung bantal, langsir dan seluar tidur.  Itu azam saya untuk tahun akan datang.





Tuesday, August 28, 2012

Rumah @ Pondok Orkid Sempena Raya

Akhirnya pokok orkid saya dah ada rumah.  Projek membuat rumah orkid oleh Hakim sendiri ni dimulakan 2 minggu sebelum hari raya.  Mujur dapat disiapkan beberapa hari sebelum raya.  

Saya memang peminat pokok orkid.  Dari dulu saya menyimpan hasrat untuk menjadikan tanaman orkid sebagai hiasan halaman rumah kami.  Setakat ni saya ada kira-kira 15 pasu pokok orkid yang dibeli di merata lokasi antaranya Sungai Buloh, Ikea dan 'nursery' berdekatan kawasan kami.




























































































Terima kasih sayang kerana berusaha menyiapkan rumah untuk orkid-orkid ni.  






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...