Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, August 29, 2012

Projek Menjahit

Saya memang suka kepada hiasan dalaman rumah.  Kalau boleh semua benda saya nak tersusun rapi dan beralas.  Jadi, projek pertama saya setelah memiliki 'portable sewing machine' jenama Singer adalah menjahit alas/penutup oven dan peti sejuk.



































Mesin jahit 'portable' atau mudah alih jenama Singer yang mempunyai 7 pilihan corak jahitan ni saya beli sebelum puasa. Kalau tak silap pada awal bulan Julai.  Minat nak menjahit ni datang berkobar-kobar bila mana saya melihat design gaun budak yang cantik-cantik dan langsir.

Sebelum beli mesin ni, mak saya yang sememangnya menerima tempahan jahit dan mempunyai beberapa anak murid yang belajar menjahit dengan beliau semasa muda dahulu ada menasihatkan kalau nak beli mesin jahit, beli yang biasa @ manual je, tak payah guna elektrik.  Tapi disebabkan rasa teringin nak memiliki mesin jahit elektrik kerana saya dah merasa menjahit guna mesin jahit singer manual mak yang agak berat ketika menjahit seluar dan cushion cover, makanya mesin jahit elektrik tetap menjadi pilihan utama saya.

Kalau diikutkan seni menjahit ni memang ada pada keluarga kami.  Mak dan semua adik beradik perempuan @ mak cik-mak cik saya semuanya pandai menjahit dan mengambil tempahan walaupun mereka mempunyai kerjaya masing-masing.  Tapi seni atau kemahiran menjahit ini tidak turun kepada kami adik-beradik.  Insya'Allah dengan galakan dari Hakim, saya akan menjahit paling tidak sarung bantal, langsir dan seluar tidur.  Itu azam saya untuk tahun akan datang.





1 comments:

Elle said...

Salam perkenalan... saya browse "Projek Menjahit" dan blog KISAH KAMI muncul.. hehe.. sepertimana carian saya - memang rasa nak mulakan projek menjahit.. tapi agak takut nak beli mesin jahit sebab tak ada pengalaman sangat. So, ok tak mesin singer yang dibeli ni? berapa harga - boleh tahu? terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...