Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, August 8, 2014

1 Syawal 1435H

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dan menyambut Syawal 1435H.  Cerita 1 Syawal kami tahun ni berbeza sedikit kerana sepanjang hari tersebut kami beraya di sebelah keluarga saya disebabkan tuntutan tugas abah Hakim yang berkehendakkan beliau 'standby' untuk hari tersebut.

















Kami mengambil peluang merakam kenangan di pagi 1 Syawal sebelum abah Hakim menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Abah berjubah, mama berkurung Pahang, kakak dan adik ber'peplum' di Aidilfitri tahun ini.

















Kami.

















Sesi bermaaf-maafan di rumah sendiri lebih 'privacy' bagi kami.

















Giliran kakak Dija pula.


















Ciuman mesra seorang abah kepada anak kesayangannya.


















Fatihah yang tak berapa nak serius bermaafan dengan abah Hakim.























Kakak dengan mama pulak.























Giliran adik dengan mama pula.  Mereka berdua dapat duit raya daripada abah dan mama secara sama rata walaupun adik tak habis puasa penuh sebulan.

















Penyeri hidup kami. 

Selesai sesi bergambar dan bermaaf-maafan, kami ke rumah mak di Telok Gadong.

















Kat rumah wan dan atuk memang 'happening' pagi tu.  Riuh rendah dengan suara si kecil yang comel bergaya dengan baju raya masing-masing beserta laungan takbir raya dari masjid di sebelah rumah wan.


















Bergambar dengan wan dan Wan Alang.  Cucu kecil mak, si Puteri masa ni belum sampai.  Cucu sulung dan kedua iaitu abang Naim dan kakak Sarah juga tidak bersama seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana mereka akan beraya terlebih dahulu di Selama, Perak.

















Sesi bermaafan dan pemberian duit raya.


















Bersalaman dengan atuk dan dapat duit raya lagi.

















Adik agak 'ngam' dengan atuk sebab setiapkali merajuk mesti ke bilik atuk minta simpati.

















Bergambar dengan Nurdeen Sani dan Yusuf iaitu 2 pupu mereka.

Rumah mak semakin riuh menjelang tengahari dengan kehadiran adik beradik mak @ mak sedara @ pak sedara kami.  Lebih 'happening' bila mereka datang dengan anak menantu dan cucu mereka untuk menjenguk mak yang juga merupakan kakak sulung mereka.


Bergambar di halaman rumah pusaka.  Inilah sebahagian daripada keluarga besar kami yang agak "mesra kamera".  Ada lagi yang lain, tengah menjamu selera.























Petang raya, kami berbesar hati menerima kunjungan daripada sepupu sebelah saya.  Memang 'happening' masa ni.



Gambar adik-beradik saya bersama keluarga masing-masing.  Hanya kakak sulung yang tidak bersama kami di 1 Syawal.  Kiriman gambar mereka dihantar melalui WhatsApp kepada kami.























Keluarga bahagia di dunia hingga ke syurga.  Insya'Allah.

Doa saya, semoga kami diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk bertemu dan berkumpul di Syawal tahun-tahun akan datang.  Amin.






Wednesday, August 6, 2014

Dekorasi Rumahku Syurgaku

'Entry' mengenai sambutan Aidilfitri dimulakan dengan deko-deko segenap ruang yang ada dalam rumah kami.  Minat nak mendeko ni membara dan bertambah bersemangat bila saya mula turut serta 'group facebook' Deko Rumahku Syurgaku.


















Perabot dalam rumah masih 'maintain' seperti tahun lepas.  Cuma ada satu penambahan yang saya buat iaitu 'trolley' kayu jati ni.  Dalam kepala memang dah 'aim' dengan 'trolley' ni sejak mula buat tempahan melalui facebook bagi barangan 'decoupage' untuk saya susun di atasnya.  Konsep warna barang decoupage hanya kombinasi pink dan hijau sahaja.  


















Alas 'coffee table' saya juga berubah tahun ni.  Juga dibuat tempahan melalui rakan alam maya di dalam 'facebook'.















Lapik tisu tu pun ditempah dengan orang yang sama.























'Cupcake' dan 'donut felt' yang menghiasi coffee table sering menjadi tumpuan anak kecil yang bertandang ke rumah kami tu juga ditempah dengan orang yang sama.

















Deko di meja makan yang masih menggunakan meja berkerusi empat lagi tahun ini.  Rasanya perlu ditukar ke meja lain tahun depan bila mana bilangan tetamu yang datang melebihi daripada bilangan kerusi yang ada.  Tambahan pula saiz mejanya yang kecil tidak dapat memuatkan juadah yang ada.

















Pandangan dari sudut dapur.  Nampaknya saya mula sukakan warna hijau kerana warna ni memang 'segar dan sejuk' bagi saya.

















Ruangan menonton kami.  Masih 'simple' kerana ruang ini tidak terlalu luas.  Tambahan yang dibuat dengan hanya memasang 'wallpaper' 3D bercorak batu-bata yang dibeli di GM Klang.

















Antara ruangan yang diletakkan 'wallpaper' yang dipasang sendiri oleh superhero saya, Mr. Hakim.

















Kedudukan kerusi rotan pula beralih tahun ini dari kedudukan sebelumnya iaitu di 'trolley' kayu ke laluan menuju ke dapur.  Saya sukakan ruangan ini kerana terasa suasana yang 'lembut dan sejuk' sahaja bila duduk disini.


















Antara ruangan dinding yang turut dipasang 'wallpaper' 3D yang bercorak bunga berlatarkan warna 'gold'.


















Ruang tamu kami yang sederhana.  Masih menggunakan langsir tahun pertama kami beraya di rumah ini.  Langsir yang saya sangat sukakan warnanya iaitu 'Emerald Green', 'pattern' butangnya yang memang nampak eksklusif hasil jahitan mak usu saya.


















Antara penambahan yang kami buat untuk menambah seri ruang tamu kami iaitu pemasangan 'wooden divider'.  Pemasangan 'wooden divider' ni nampaknya tak menjejaskan keluasan antara ruang tamu dan ruang makan kami.

















Deko-deko tak lupa juga dengan ruang dapur.  Untuk menaikkan seri, saya letakkan di setiap pintu kabinet di bahagian bawah dengan tuala kecil ini.  Idea diperolehi daripada blog penggemar hiasan rumah juga.


















Alas oven juga ditukar baru tahun ni.
Bersekali dengan alas peti sejuk.

 
'Fridge Magnet Board' yang turut ditempah melalui 'facebook' menjadi penyeri laluan ke dapur kami di samping pemasangan 'wallpaper' di ruangan tersebut.

Antara koleksi 'fridge magnet' kami yang antaranya dibeli ketika kami melancong dan pemberian adik-beradik serta rakan pejabat.  Disebabkan ukuran 'board' ini agak besar iaitu 2' x 4', nampak macam sikit pula bilangan magnet yang ada.  Padahal sebelum ini, sampai tak cukup ruang nak susun.

Alhamdulillah, minat mendeko dan menjaga kebersihan serta kekemasan dalaman rumah ni mendapat sokongan dan kerjasama daripada abah Hakim, Khadija dan Fatihah.  

Rumahku adalah "Syurga Duniaku".






Monday, August 4, 2014

Iftar @ Malam Raya

Alhamdulillah, dapat juga kami sekeluarga iftar @ berbuka puasa di luar pada Ramadhan yang lepas.  Itu pun seperti tahun sebelum-sebelumnya pada malam raya.  Lokasi kali ni di AEON Bukit Tinggi, Klang.  Sebelum tu sempat juga kami singgah menziarahi pusara arwah wan @ Hajjah Mariam binti Daud di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang, Klang.


















Lebih kurang lagi 5 minit menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa.  Alhamdulillah, Khadija dapat menyempurnakan puasa penuh sebulan.  Fatihah ada dalam 10 hari dapat habiskan puasa penuh.  Yang lainnya hanya separuh atau paling tidak sehingga jam 6.00 petang. 

















Perancangan awal kami nak berbuka di Pizza Hut.  Tapi disebabkan sampai lebih kurang pukul 6.30 petang.  Pizza dah habis di 'reserved' orang.  Mencuba nasib pula di Kenny Rogers, juga sama.  Rata-rata restoran yang ada dah habis di 'reserved' seawal jam 6.30 petang.  Mujur masih ada rezeki kami di Secret Recipe.

















Disebabkan 'frust' tak dapat berbuka di Pizza Hut, menu yang dipilih juga agak 'simple'.  Yang paling banyak kami 'order' adalah air.

















Kami berdua.  Air sirap ros dan tamar diberi percuma untuk berbuka puasa.  Bagi saya sirap ros tu sedap, hinggakan tak puas minum.

















Khadija dan Fatihah yang dah tak sabar.

















Tom Yam dan jus tembikai pilihan abah Hakim.

















Kami bertiga hanya memilih pizza, mushroom soup dan oreo cheese cake.
















Pizza Secret Recipe yang rasanya bolehlah....... tapi tak sehebat jenama Pizza Hut @ Dominos.

Alhamdulillah.  Balik dari berbuka, kami makan pula nasi beriyani air tangan mak @ wan pula.






Monday, July 7, 2014

Awal Ramadhan Kami

Syukur Alhamdulillah, masih bertemu Ramadhan 1435H kali ini.  Harapan untuk melalui dan menghabiskan Ramadhan dengan diberi kesihatan yang baik untuk bersama-sama keluarga menyambut kedatangan Syawal pula.  Program berbuka puasa masih mengekalkan hanya di rumah kami, rumah wan atau rumah mertua sahaja kerana kekangan masa disebabkan menghormati kehendak abah Hakim yang tak nak terlepas solat terawih berjemaah di surau/masjid.  Mungkin pada malam lebaran sahaja kami 'plan' untuk berbuka di luar. 


















Telekung lycra warna biru pilihan Khadija, hadiah dari abah Hakim sempena 'birthday' dia yang lepas.  Disebabkan disiplin yang tinggi menunaikan solat 5 waktu setiap hari, inilah hadiah yang paling sesuai, kata abah Hakim.  Tahun ni pula merupakan tahun ke-3 Khadija berpuasa.  Insya'Allah, mama yakin Khadija boleh puasa penuh seperti tahun sebelumnya.  Alhamdulillah, sungguh mudah kami mengejut beliau bersahur.  Lepas sahur pun tak sambung tidur, Khadija selalunya akan tunggu abah balik dari surau untuk bertadarus bersama. 























Perkembangan peperiksaan pertengahan tahun Khadija juga memuaskan, ada peningkatan dari segi nombor.  Semasa ujian penilaian beliau dapat nombor 4, kali ni dia dapat nombor 2 di dalam kelas dan untuk keseluruhan tahun 1.  Tahniah Khadija!  Komen guru kelas dia, Khadija ni agak tegas dan garang, punya sifat kepimpinan yang tinggi, fokus ketika belajar dan lancar bacaan hafazan dan tilawah. 

















Fatihah pula setakat ni hanya berpuasa penuh pada hujung minggu.  Hari persekolahan samada separuh hari atau berbuka pada pukul 4.00 petang.  Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Fatihah untuk dia menjadi seperti kakak Khadija pada usia yang sama, 5 tahun sebab kami tahu Fatihah ni agak manja dan tekad kalau nak buat sesuatu.  Masih terlalu awal, biarlah dia terdidik dengan solat dahulu.  Insya'Allah, kalau solat tak tinggal, puasa juga akan menjadi mudah nanti.

















Utusan @ ucapan Ramadhan dari Fatihah.  Sungguh comel setem gambar Fatihah dengan Teacher dan rakan Yellow Class.

















Hasil nukilan Fatihah.


















Doa mama buat keluarga kita, semoga kalian diberi kesihatan yang baik dan ditetapkan iman di bulan yang mulia ini.

**** Mama lega, persiapan baju raya semua dah 'settled'.  Tinggal bab membersih, mengemas, menghias dan menyediakan biskut raya sahaja yang tinggal.






Mak Kami

Semoga Allah beri mak kami kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.















Mak dengan cucu-cucunya yang terlebih 'excited' tolong tiupkan lilin bersempena dengan ulang tahun kelahiran mak yang ke 67 tahun pada 21 Jun lepas.















Semuanya untuk mak walaupun mak tak berapa gemar dengan makanan yang dibeli di luar.

Bagi saya, mak adalah idola yang saya sanjung tinggi kerana tanpa dia, tiadalah saya pada hari ini.  Tanpa doa dari dia, tidaklah saya menjadi seperti hari ini.  Terima kasih mak di atas segala-galanya.  Saya sayang mak saya Puan Hajjah Rohani binti Haji Hashim.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...