Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, March 7, 2016

Kami Di Majlis Ilmu @ Masjid Bandar DiRaja Klang














Agak lama juga saya tak dapat turut serta dalam majlis ilmu yang diadakan samada di surau atau masjid.  Bukan tak 'terpanggil' untuk ke majlis tersebut tetapi bimbang Muhammad Harraz akan menggangu jemaah lain.  Tapi pada 20 Februari 2016, saya tekadkan juga nak ikut abah Hakim ke program ceramah agama Ustaz Harun Din.  Rugi rasanya kalau dilepaskan peluang untuk menambah ilmu dan pahala.














Kami sampai tepat azan Maghrib sedang berkumandang di ruang udara pusat bandar Klang.  Kelihatan ramai jemaah di ruang solat lelaki dan wanita.  Saya mengambil tempat di ruangan luar masjid yang terdapat paparan skrin rakaman ceramah yang sedang berlangsung disebabkan ruangan wanita di dalam masjid telah dipenuhi jemaah.  Dalam masa yang sama, bagi memudahkan saya memantau pergerakan anak-anak syurga saya.














Pujian diberikan kepada masjid ini kerana menyediakan ruang untuk anak-anak kecil bermain.  Taman permainan di dalam bangunan yang dipasang rumput sintetik @ palsu. 














Ibu bapa boleh membiarkan anak bermain tanpa bimbang kerana ruang ini berada di dalam bangunan.  Muhammad Harraz agak teruja dengan suasana malam sebab kami memang tak pernah keluar atau berjalan pada sebelah malam.  


Bukan main seronok mereka bertiga bermain.  Masjid yang mesra pengguna seperti ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada jemaah tetapi pada saya turut menjadi penggalak kepada anak-anak untuk 'cintakan' masjid dari kecil lagi.






Friday, February 26, 2016

Kakak Khadija Amanina

Alhamdulillah.  Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja Khadija Amanina dah memasuki tahun 3.  Kurniaan Ilahi yang terlalu bermakna, walaupun hanya pinjaman untuk menyeri kehidupan mama dan abah, kehadiran Khadija 9 tahun lepas telah mengubah 100% kehidupan mama.  Dengan adanya Khadija, mama mula mengenal apa itu tanggungjawab dan naluri keibuan.  Syukur Allah pilih mama di antara insan-insan yang dapat merasai nikmat itu. 























Semakin meningkat usia, makin terserlah sikap tanggungjawab Khadija.  Apa yang mama amati, Khadija pandai menjaga hati, tutur kata dan menyembunyikan perasaan jika dia tak berpuashati.  Sangat komited dengan tugasan di sekolah dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara serta inginkan yang terbaik dalam apa juga yang dia lakukan.


Mama dan abah amat berharap Khadija menjadi contoh terbaik untuk adik-adik baik dari segi agama, akhlak dan akademik.






Thursday, February 25, 2016

Handsome Boy Mama @ 1 year 4 months

Doa abah dan mama sentiasa mengiringi Harraz, putera yang bakal mendoakan kami nanti.  Bakal menjadi imam dan penghafaz 30 juzuk Al-Quran.  Semoga impian dan harapan kami ini dipermudahkan olehNya.


















Sedap bau busuk masam Harraz.  Bau yang dipanggil bau syurga hanya ada dekat baby je.  Dah besar nanti bau busuk masam yang sedap ni akan hilang.

















Firdaus, bff Harraz.  Kawan peluk, gomol, cium dan gigit.  Selalu yang kalah Harraz sebab si Firdaus ni memang 'sado' dan pantas gomol dan gigit dia.  Harraz hanya akan menang tangis.

















Dari sehari ke sehari sentiasa ada perkembangan baru.  Nampaknya dia semakin bijak.  Alhamdulillah.






Tuesday, February 23, 2016

Menuju Puncak Genting Highlands

Rugi rasanya kalau ke Genting tapi tidak sampai ke puncak.  Maka, program terakhir kami di Genting setelah 'check-out' adalah menaiki 'shuttle bus' untuk ke puncak taman tema Genting Highlands.  Sengaja abah Hakim memilih untuk menaiki 'shuttle bus' untuk memberikan pengalaman dan cabaran buat Khadija dan Fatihah.














'Check out' jam 11.00 pagi disebabkan kami nak naik 'shuttle bus'.  Berdasarkan jadual waktu terdekat jam 11.30 pagi.  Makanya, kenalah beratur awal sebab takut tak dapat tempat duduk.

Disebabkan 'packing' baju tergesa-gesa, 'sweater' Harraz lupa nak bawa.  Mujur kakak Fatihah baik hati dan mengalah pinjamkan 'sweater' dia pada adik Harraz.  Nak berikan pujian sedikit pada Fatihah, nilai-nilai murni yang saya dan abah Hakim lihat dalam diri dia ialah dia tak kedekut dan mudah mengalah berikan barang dia samada kepada adik atau kakak Khadija.


Anak-anak syurga kami.


Kami.



Dah puas berlegar dari satu tingkat ke satu tingkat, akhirnya kami duduk.  Apa yang saya lihat, semakin ramai pengunjung samada pelancong tempatan atau pun dari luar khususnya yang berbangsa Cina 'check-in' di hotel ini.  Pada saya, sambutan Tahun Baru Cina mereka adalah dengan bercuti dan makan-makan berbeza dengan budaya, adat dan ajaran Islam di dalam menyambut Aidilfitri.


Oh ya, 'outdoor theme park' masih ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. 














Balik ke Awana untuk mengambil kereta kami yang diletakkan di sana, abah Hakim putuskan untuk mendapatkan khidmat teksi limo.  Kesian katanya sebab lihat anak-anak kesejukan menunggu lama 'shuttle bus' yang hanya akan sampai mengikut jadual.  Kalau lambat menunggu dan beratur alamatnya tak dapat tempat duduk nanti.  Disebabkan itu, kami balik ke hotel menaiki teksi limo.  Selain lebih selesa, dapat juga pengalaman baru bagi Khadija dan Fatihah.


Bergambar berlatar belakangkan suasana sejuk berkabus pada sekitar jam 1.30 tengahari.  Alhamdulillah, tak dapat pergi luar negara, dalam negara pun jadilah untuk  menikmati suasana sejuk ini.






Monday, February 22, 2016

Swimming @ Hotel Awana, Genting Highlands

Kolam renang mesti ada di dalam kriteria hotel yang dipilih untuk bercuti.  Pada saya, apa yang munasabah diminta anak dan boleh diturutkan, saya dan abah Hakim memang akan penuhi.  Yang penting mereka 'happy'.























Selepas bersarapan pagi, kami balik ke bilik.  Khadija dan Fatihah merengek menuntut janji untuk mandi kolam.  Cuaca di luar agak sejuk, dengan tiupan angin yang adalanya agak kencang.


Susah nak rakam gambar dalam keadaan semua bersedia.














Pemandangan dari arah bilik kami.














Mereka berdua yang tak sabar nak terjun kolam.














Setelah kami nampak dari atas bilik, kolam yang dipasang sistem air panas dibuka dan beberapa kanak-kanak telah mula memasuki kolam, barulah kami bersiap untuk turun.














Khadija dan Fatihah puashati sebab akhirnya dapat juga berendam dalam kolam renang.














Suka betul Harraz dapat berendam dalam kolam.  Kami hanya pakaikan Harraz baju tidur sebab risaukan dia tak tahan dengan air sejuk.



Mujur ada air panas, kalau tidak kesejukanlah 'handsome boy'.














Fatihah yang banyak songeh.  Serba tak kena.  Ada sahaja yang direngekkan.  Air sejuklah, kakak mandi jauh sangatlah.














Akhirnya, mama belikan Harraz baju renang khusus untuk boboi boy yang dijual di kedai mini yang terdapat di hotel ini.  Dengan harga RM60.00, akhirnya tanpa berfikir panjang terus sahaja mama beli disebabkan berpuashati dengan kualiti kain dan set baju dan seluar yang turut dilengkapi dengan 'cap'.














Kakak-kakak yang teruja dengan baju renang adik Harraz.














Harraz yang dah kesejukan, biru bibir dan jari tetapi tetap berdegil tak nak naik kolam.


Mama ambil alih tugas memantau anak-anak dalam kolam disebabkan abah Hakim tiba-tiba 'moody'.   Nak tahu sebab apa?  Sebab dia terlupa keluarkan 'smartphone' dia dari dalam poket seluar.  Keseronokan berendam tiba-tiba bertukar menjadi mimpi ngeri.  Kesian dia.  

Akhirnya, abah Hakim dan Harraz mendahului kami naik ke bilik hotel.  Mama masih di kolam renang memantau Khadija dan Fatihah berendam sehingga mereka berdua puas.






Monday, February 15, 2016

Makan-Makan @ Hotel Awana, Genting Highlands

Makan malam kami di Genting di kedai berhampiran Hotel Seri Malaysia.  Alhamdulillah.  Walaupun servis agak lambat sehingga 1 jam menunggu, terpaksa juga bersabar kerana tiada banyak pilihan kedai makan di sana.














Bergambar di lobi sebelum masuk ke bilik hotel setelah menikmati makan malam.

Pagi keesokannya, seawal jam 7.15 pagi kami dah turun ke kafetaria untuk bersarapan.  Syukur, rezeki kami tidak perlu membayar walaupun 'breakfast' yang diberikan hanya untuk 2 orang.  

Alhamdulillah, disebabkan terbiasa bangun awal sehinggakan pada hari cuti juga rutin tersebut diteruskan, kami putuskan untuk 'breakfast' dulu barulah kemudiannya mandi.  Ini disebabkan faktor cuaca sejuk di luar.  Anak-anak juga tidak meragam kerana mereka juga telah terdidik dengan rutin bangun pada awal pagi.














'Handsome boy' mama.  Tersangatlah bijak.  Memahami setiap apa yang dikatakan dan memberi maklumbalas bila kita minta dia buat sesuatu.














Kakak Fatihah yang tak kurang bijaknya.  Dalam diam, pemikirannya juga 'advanced' dalam banyak perkara.  Cuma apa yang saya perhatikan, sikap 'malas' dia mengatasi kelebihan yang ada.


Seorang suami dan abah yang baik di mata dan hati kami.  Alhamdulillah.  Semoga beliau dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.














Telur separuh masak.  Kesukaan anak-anak dan mama kecuali abah Hakim yang kurang gemar dengan telur separuh masak.














Bijiran dan susu, ini yang dicari mereka.














'First round'.  Makan yang ringan-ringan dulu.  Boleh tahan juga pilihan makanan disini sebab pagi lagi sudah ada nasi beriayani, ayam masak merah dan jelatah.  Tak dapat nak rasa semua sebab terlalu banyak pilihan, ada kuetiau goreng, roti canai, mee sup, lontong dan banyak lagi.













Harraz yang semakin panjang akalnya.  Semua nak dibuat sendiri.














Alhamdulillah.  Puashati dengan sarapan pagi kami. 







Friday, February 12, 2016

Unplanned Holiday ~ Hotel Awana, Genting Highlands, Pahang

Bercuti ke Genting Highlands ni memang tiada dalam perancangan kami.  Pagi Sabtu, 6 Februari 2016 sebelum membuat pemeriksaan susulan mengikut tarikh temujanji yang diberikan oleh Doktor Anne di Sri Kota, abah Hakim tiba-tiba terus minta 'packing' baju untuk bercuti.  Percutian singkat 2 hari 1 malam di lokasi yang akan diputuskan kemudian, kata dia.

Selesai sahaja urusan di Sri Kota lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi.  Singgah sebentar makan tengahari di Seksyen 7, Shah Alam dan kemudiannya meneruskan perjalanan sekitar jam 12.30 tengahari menuju ke destinasi yang abah Hakim cenderung nak pergi iaitu Genting Highlands.  Percutian sempena cuti panjang Tahun Baru Cina dan cuti sekolah selama seminggu.  Makanya, dalam keadaan tak berapa nak merancang perjalanan, terpaksalah kami menempuh kesesakan lalulintas di sepanjang jalan bermula dari Plaza Tol Gombak sehinggalah memasuki ke susur masuk Genting Highlands.  Bayangkan perjalanan yang mengambil masa kebiasaannya kurang 2 jam dari Klang untuk sampai ke Genting Highlands mengambil masa sehingga 4 jam pada hari tersebut.  Kami sampai di Hotel Awana hampir 5.00 petang dan rezeki kami untuk menginap di hotel tersebut dipermudahkan kerana masih banyak kekosongan walaupun kami tidak membuat tempahan awal.  Alhamdulillah.  








Sukar merakam gambar mereka bertiga dalam keadaan mengikut arahan.  














Kakak Khadija dan Fatihah yang teruja melihat persekitaran hotel terutamanya kolam renang.














Muhammad Harraz yang tak duduk diam.  Teruja barangkali dengan persekitaran bilik yang memang selesa bagi kami.  Bilik yang menghadap pemandangan luar yang berbukit-bukau diliputi pepohon menghijau dan kolam renang menambahkan lagi keterujaan kakak Khadija dan Fatihah.























Ada sahaja kerja si Muhammad Harraz ni.  Terpaksa abah Hakim alihkan telefon dari kedudukan asal ke atas meja yang lebih tinggi.

Petang kami di Hotel Awana berlalu begitu sahaja tanpa sempat mereka bermandi-manda di kolam renang.  Cuaca tidak mengizinkan dengan hujan ditambah angin yang agak kencang sehingga boleh mendengar tiupan angin dari dalam bilik hotel.  Kasihan dengan Khadija dan Fatihah, kecewa tak dapat mandi kolam.  Namun kekecewaan terubat dengan diganti projek berendam dalam 'bathtub' pada petang tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...