Tuesday, August 16, 2016
Monday, August 15, 2016
Muhammad Harraz @ 1 year 10 months
Alhamdulillah, Harraz dah pandai cakap. Walaupun belum lancar dan masih pelat, tapi apa yang dia cakap tu jelas.

Pantang pintu terbuka, sarung kasut terus tuju keluar. Memang kena kawal dan pantau apa yang dia buat. Kadang-kadang habis penuh pasu bunga dia bubuh batu. Itulah aktiviti budak bijak lagi 'handsome' kesayangan kami.
Setakat ni, antibodi Harraz juga nampaknya kuat. Jarang demam, batuk atau selesema. Memang senang nak jaga budak bijak ni. Makan tak cerewet. Nak tidurkan dia juga senang.
Anak 'handsome' mama.
Harraz takkan berjalan jauh, dia pun agak penakut juga. Kalau dia nampak tak ada siapa-siapa kat luar, dia memang akan masuk dalam. Nasib baik juga, tak terlampau berani.
Permainan paling dia suka, main sorok-sorok dan acah-acah dengan dia. Memang 'brilliant' anak mama dengan abah.
Posted by Shima at 11:30 AM 0 comments
Saturday, July 23, 2016
Bila BFF Datang Beraya
Cerita kali ini Dija yang tulis sebab ni cerita mengenai Dija dengan kawan Dija. Kawan baik Dija bernama Khairunnadia. Masa hari raya kelima, Keluarga Nadia datang beraya ke rumah kami. Seronok sangat dapat jumpa Nadia. Macam tak percaya Nadia dan keluarganya akan datang ke rumah kami. Dah lama tak jumpa dia. Selalu, Chatting dekat whatsapp je.
Insya Allah, Nanti kami sekeluarga akan datang beraya juga ke rumah Nadia. Rindunya Nadia........
Posted by Shima at 5:44 PM 0 comments
Thursday, July 21, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































