Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, August 15, 2016

Muhammad Harraz @ 1 year 10 months

Alhamdulillah, Harraz dah pandai cakap.  Walaupun belum lancar dan masih pelat, tapi apa yang dia cakap tu jelas. 














Pantang pintu terbuka, sarung kasut terus tuju keluar.  Memang kena kawal dan pantau apa yang dia buat.  Kadang-kadang habis penuh pasu bunga dia bubuh batu.  Itulah aktiviti budak bijak lagi 'handsome' kesayangan kami.























Setakat ni, antibodi Harraz juga nampaknya kuat.  Jarang demam, batuk atau selesema.  Memang senang nak jaga budak bijak ni.  Makan tak cerewet.  Nak tidurkan dia juga senang.























Anak 'handsome' mama.























Harraz takkan berjalan jauh, dia pun agak penakut juga.  Kalau dia nampak tak ada siapa-siapa kat luar, dia memang akan masuk dalam.  Nasib baik juga, tak terlampau berani.























Permainan paling dia suka, main sorok-sorok dan acah-acah dengan dia.  Memang 'brilliant' anak mama dengan abah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...