Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, September 7, 2018

Cuti-Cuti Port Dickson Lagi

Cuti sekolah seminggu selepas Hari Raya Korban, kami tak lepaskan peluang bawa anak-anak bercuti dan dalam masa yang sama untuk merehatkan minda dan fizikal kami dari bebanan tugasan di tempat kerja.  Lokasi yang kami pilih adalah atas permintaan anak-anak iaitu Port Dickson atas alasan mereka tak puas mandi laut tempohari masa ambil mama dari mesyuarat di PD.


















Masing-masing teruja sebab nak tidur hotel, mandi swimming pool dan laut.























Kakak Khadija ni sekarang dah pandai, masuk kereta je terus tidur.  Tidur atas sebab memang mengantuk dan juga nak mengelak dari kena layan Harraz.  Memang 'clever' dia ni dalam bab 'mengelat' ni.






















Abah Hakim plan dengan anak-anak nak camping.  Jadi kami sampai awal lebih kurang jam 11.00 pagi di PD walaupun 'check in' hotel dalam pukul 3.00 petang.  Sebabnya nak merasai suasana berkhemah.

















BFF tapi gaduh juga sekali-sekala.


Lokasi kami berkhemah di nak dekat dengan Pantai Teluk Kemang.


Antara mereka bertiga, Harraz paling teruja.  Teruja nak main pasir.



'Best' suasana kat sini, redup je.  Pasir pun taklah terbang sangat.  Ramai juga keluarga yang berkhemah macam kami kat situ.























Mama goreng wedges.  Nasi dan lauk serta kek dan jajan untuk kudapan ada juga kami bawa.

















Abah goreng ayam.  Bertuah dapat suami serba boleh ni.  Syukur Alhamdulillah.  Dia pelengkap kepada saya.  Kalau saya malas, ada dia untuk buat.



Tengahari buta mereka main pasir.


Redup tak ada gangguan.  Memang tenang disini.


Kami tinggalkan lokasi tapak perkhemahan ni lebih kurang jam 2.00 petang.  Sebelum 'check in', kami singgah ke pasaraya di pekan PD, beli stok makanan dulu.  Beli juga teh ais untuk melepas dahaga.  Untuk cawan besar, harganya sama seperti di Klang iaitu RM5.00 tapi bezanya ada 2 skop ais krim vanilla.  Rasanya?  Best lagi teh ais Dhaka.  Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan ke Glory Beach Resort, apartment yang telah mama buat tempahan secara 'online'.






Hari Raya Korban 1439H

Syukur Alhamdulillah.  Tahun ni kami dapat sempurnakan lagi ibadah korban.  Raya korban @ Aidil Adha yang disambut sederhana tetapi meriah di rumah mak di Telok Gadong, Klang.























Berlatar belakangkan Masjid Telok Gadong yang baru siap dibina.























Masjid yang menyimpan 1001 nostalgia.  Masjid yang menjadi lokasi pernikahan saya 12 tahun yang lepas.


Susah nak bergambar dengan mereka ni, banyak sangat kerenah.























Tapi akhirnya dapat juga merakam gambar kami berlatar belakangkan masjid ni.


Tahun ni kami ambil bahagian korban di Surau Haji Sulaiman, Kampung Delek Kiri.  Kariah di mana kami tinggal supaya pembahagian daging ini dapat dirasai oleh kariah kami.

















Sejak kecil mereka ini dah kami dedahkan dengan ibadah korban supaya mereka dapat penghayatannya.


Sebahagian cucu bapak dan mak Telok Gadong.  Dia orang ni kalau berkumpul habis bergegar rumah mak.  Dia orang tak kisah makan minum, apa yang dia orang tahu, main je.  Sekejap berkejar ke luar, sekejap masuk ke dalam rumah.  Itu jelah kerja dia orang.  Ketuanya Khadija.  Adik-adik sepupu semuanya suka main dengan kakak Dija.

















Wan Alang yang menjadi tempat cucu-cucu bermanja.  Semoga Wan Alang diberi kesihatan yang baik.

















Menu raya korban agak meriah walaupun tiada ketupat dan rendang.  Tahun ni mak hanya masak lontong dan nasi beriyani untuk anak cucu.  Syukur dapat bantu sama masak pagi-pagi raya tu sebab kesihatan mak dah tak macam dulu.  Mak kurang lincah di dapur.  Jadi, kami sama-sama masak pagi tu.  Walaupun menu dan kuantiti yang banyak tapi jadi sekejap hasil daripada kerjasama.






Thursday, August 30, 2018

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Gambar Muhammad Harraz dan kawan-kawan di Tadika Annur Bestari sambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke - 61 tahun.






Semoga anak-anak ini menghargai susah payah moyang mereka mendapatkan kemerdekaan untuk negara ini.  

Saya sayang Malaysia dan bangga dilahirkan di bumi Malaysia ini.  Semoga keamanan dan perpaduan negara ini berkekalan demi generasi yang akan datang.







Happy Birthday My Dear, Nur Khairin Fatihah

16 Ogos......... 9 tahun yang lepas lebih kurang jam 11.20 pagi, lahirlah puteri kedua mama dan abah.  Nur Khairin Fatihah nama diberi.  Anak yang baik, tak banyak ragam semasa kecil sebab dia ni kurang makan, kurang menyusu dan jaga dia memang senang sebab dia banyak tidur.

Kecilnya dia dulu, kami panggil dia Fatihah...... jadi wan, atuk, nenek sedara, mak sedara, pak sedara dan sepupu dia semua panggil dia Fatihah hingga kini.  Cumanya mama dan abah tukar panggilan daripada Fatihah kepada Khairin semasa dia naik darjah 1 disebabkan sikap dia yang agak degil pada satu-satu situasi ketika itu.  Dengan harapan bila tukar panggilan daripada Fatihah yang bermaksud 'Pembuka' kepada Khairin yang bermaksud 'Kebaikan' akan seiring dengan akhlak dan budi pekerti dia nanti.  Syukur Alhamdulillah, Khairin memang baik.... anak yang tak pandai meminta-minta nakkan sesuatu dan sentiasa mengalah dengan kakak dan adik.
 

Surprise dari kami.  Kek dibeli pada lewat malam hari sebelum tarikh hari jadi.  Kek ni dia tak perasan ada sebab masa beli dia dah tidur. 


Jadilah, ada sebiji kek, hadiah dan belon tanda mengingati tarikh hari jadi Khairin supaya dia tak rasa kami pilih kasih nanti.























Kami surprisedkan dia pagi sebelum pergi sekolah.  Nampak dia teruja tetapi pandai dia 'cover'.  Ini memang sifat dia yang tak pandai tunjukkan perasaan.


Susah nak suruh dia ni senyum.























Anak kesayangan abah sama macam Khadija dan Harraz.  Sayang, sayang juga.... tapi kalau terlalu degil kena juga marah dengan abah.


Khairin yang tak pandai nak minta lebih-lebih.  Cuma minta char kuetiau sahaja bila kami kata nak makan di luar untuk raikan 'birthday' dia.

Mama doakan adik @ Khairin jadi anak solehah, anak yang baik, anak yang rajin, anak yang taat perintah Allah dan cemerlang dalam pelajaran serta berjaya dunia dan akhirat.  Kami semua sayang Khairin!






Monday, August 20, 2018

Bertemu Didi & Friends

Cerita Harraz dan Khairin bertemu Didi & Friends ni masa kami bertiga 'window shopping' dekat SACC Mall.  Saja jalan-jalan dan kemudiannya ter 'join' dengan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh SACC Mall.





































Alhamdulillah, Khairin dapat tempat ke-4 dalam pertandingan mewarna, manakala Harraz dapat hadiah saguhati.  Berbaloi juga menunggu dari pukul 2.30 petang hingga ke 4.30 petang semata-mata untuk menyertai pertandingan mewarna dan berjumpa Didi, Jojo dan Nana.  Cumanya tak ada gambar mereka dengan maskot kartun tu sebab mereka ni malu dan takut-takut. 






Monday, August 13, 2018

Bonding Time


















Friday, August 10, 2018

Ke Port Dickson Kita

Mereka ke Port Dickson ni sebab ambil saya yang bermesyuarat di sana dari hari Rabu hingga ke Sabtu pada pertengahan bulan Julai yang lepas.  Pada mulanya, abah Hakim rancang untuk bermalam di sana tapi disebabkan saya sudah penat duduk berhari-hari di hotel dan rasa rindu dengan rumah sendiri, makanya mereka hanya balik hari sahaja.

Disebabkan memang dah berada di PD, makanya kami tidak lepaskan peluang ke Pantai PD walaupun pada waktu tengahari.


































Singgah makan durian berhampiran Kem Sunggala, Port Dickson.  Dia orang bertiga ni memang suka makan durian.























Harraz tak sabar nak mandi laut.  Dialah yang paling teruja.  Alhamdulillah, Khadija, Fatihah mahupun Harraz tak takut air dan suka berendam.























Ni dalam lebih kurang pukul 3.00 petang.  Matahari agak terik juga.  























Dapat abah 'sporting', ikutkan je kemahuan anak.  Nak mandi laut tengahari buta pun dibolehkan.


Bertambah hitamlah kulit Muhammad Harraz.






















Masing-masing pujuk abah, tak nak balik awal sangat sebab belum puas mandi laut.



Abah pun lebih kurang, 2 kali 5 dengan anak-anak.  Bila mama campur tangan, semua berhenti mandi dalam lebih kurang pukul 4.30 petang.


2 tahun selepas SPM menimba ilmu di Politeknik Port Dickson.  Saya budak baik dulu ketika zaman Politeknik (ayat perasan, tapi kalau yang kenal saya mungkin tahu saya macam mana).  Ada yang meminati saya secara terang dan dalam diam, tapi saya tak layan.  Yang kelakarnya, ada juga terima surat yang diposkan di alamat rumah.  Mungkin 'peminat' saya tu ambil alamat saya di pondok pengawal. 

Apa yang saya tahu, hujung minggu bukan masa untuk 'dating', tapi balik rumah.  Anak mak bapaklah katakan.  Boleh dikatakan juga saya agak mahir ke PD menaiki komuter sehingga ke Seremban, kemudiannya mengambil bas di Terminal One untuk ke Politeknik Port Dickson.























Dah banyak perubahan berlaku di Politeknik PD nampaknya.  Makin tersergam indah.  Politeknik PD lah permulaan hidup saya selepas di alam persekolahan dan hasilnya adalah pada hari ini.  Alhamdulillah.





  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...