Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, January 22, 2013

Kelas Mengaji Teknik Al-Baghdadi

Syukur Alhamdulillah, cita-cita kami nak hantar Khadija belajar mengaji di Pra Tahfiz Az-Zahrah akhirnya terlaksana.  Walaupun agak lewat bagi Khadija kerana usia 6 tahun baru nak bermula disini, tetapi saya bangga kerana beliau bakal menjadi Hafiz Junior.  

Program pembelajaran tilawah dan tahfiz ni sini adalah untuk kanak-kanak bermula seawal usia 5 tahun yang bermatlamat untuk melahirkan generasi Khadimul Quran (berkhidmat kepada Al-Quran) yang menggunakan kaedah Al-Baghdadi untuk tilawah Al-Quran dan kaedah 4T untuk hafazan.  Kelas diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 3.00 hingga 5.30 petang dengan bayaran yuran bulanan sebanyak RM120.00.

Info yang saya berikan ini boleh dilayari di Pra Tahfiz Az-Zahrah. Kelas untuk golongan dewasa dan Hafiz Junior (7 - 15 tahun) turut disediakan.















Gambar dirakam semasa menghantar Khadija ke kelas mengaji yang mana jelas kelihatan beliau 'excited'.  Walaupun 'start' agak lambat, tapi Khadija dah ada asas Iqra' yang dipelajari dengan ustazah di PASTI.  Khadija ni sebenarnya dah boleh mengaji tapi masih belum lancar.















Dalam kelas.  Comel wajah anak-anak kecil ini ditambah dengan uniform putih yang dibekalkan kepada mereka.















Pada 19 Januari pula, kami hadir pada majlis pembukaan ALC (Al-Baghdadi Learning Centre) bertempat di deretan kedai berhampiran Pangsapuri Amazing Height, Sungai Udang yang mana merupakan cawangan baru.  Khadija yang sebenarnya beria-ia benar mengajak kami hadir ke majlis ni.  Katanya, ustaz pesan suruh bawa keluarga datang.  Khadija ni kalau cakap cikgu memang dia patuh dan ambil ingatan.















Risalah mengenai program yang ditawarkan.













Ucapan ringkas oleh Ustaz Ahmad Zulfadhli, salah seorang pengajar.















Khemah jamuan makan yang dipenuhi tetamu yang datang.  Menu utama yang dihidangkan adalah satay.















Artis daripada kumpulan nasyid yang dijemput bagi memeriahkan majlis iaitu Hafiz Hamidun.

 

Kelas ALC berada di tingkat 1.  Oleh kerana di bawah khemah dipenuhi ramai tetamu yang hadir, kami makan di kaki lima kedai.  Masa ni, Khadija tengah merengek minta dibelikan ice blended.  Fatihah pula kononnya malu-malu kucing, pandang belakang sebab teacher-teachernya berada tak jauh dari kami. 

Harapan mama dan abah, semoga Khadija dapat menghafal Al-Quran dengan baik dan tanpa jemu membacanya secara berterusan.  Insya'Allah, Fatihah juga akan kami masukkan ke kelas ini pada tahun hadapan  bila usianya mencecah 5 tahun nanti.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...